follow me =)

Selasa, 12 Julai 2011

telepon awam

Masa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja aku akan sentiasa mendengar hot FM. Hot FM akan membuatkan aku tergelak sorang2 kerana mendengar keletah deejay2 HOT. FBI, AG dan FF memang satu gandingan yang paling hebat. Pernah juga HOT buat gandingan dengan orang lain, tapi tidak menjadi juga. Aku agak bosan juga apabila HOT buat pusingan macam itu. Akhir sekali HOT dapat deejay baru iaitu pak ucop, lagi kelakar =). Berbalik pada tajuk diatas, ia mengimbau kembali kenangan aku menggunakan telepon awam di kolej MAWAR. Kalau hendak telepon mesti kena beratur, kalau sekejap tidak apa jugala, ini lama. Masing-masing memang hendak bergayut jadi kena paham-paham jela. Masa itu, topup yang ada hanya RM30 dan RM60 keatas. Selepas itu, untuk satu SMS rm0.15 per sms. Memang agak mahal jugak la masa itu, handset pula jenis 3310. Boleh tukar kaler lampu kepada biru, oren dan sebagainya. Selepas daripada itu, topup sudah murah dan nilai sms pun sudah murah, jadi aku gunakan handset daripada public phone.  



telepon awam di kolej mawar..

kadfon..

nset 3310..
p/s : aktiviti berenang telah ditunda pada masa yang akan ditentukan. Alhamdllh, aku baru sahaja baik dari demam cuma tekak agak sakit lagi.

0 comments:

Catat Ulasan