follow me =)

Jumaat, 15 Julai 2011

berenang part 1

Akhirnya aku dan kawan-kawan aku telah memulakan pembelajaran iaitu berenang. Kami pergi pada pukul12.30 dan makan di presint 16. Selepas makan baru pergi belajar berenang dengan swimming suit yang baru sahaja kami beli. Sepatutnya, kami mula belajar pada minggu lepas tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami belajar pada hari ini.

Mula-mula belajar, dia suruh buat bubling iaitu menyelam sambil hembuskan nafas. Tarik nafas guna mulut, selam dan dalam masa yang sama lepaskan nafas guna hidung. Barulah aku tahu cara pernafasan didalam macam mana. Kalau tidak asal nak selam aku mesti tarik nafas dalam-dalam dan tidak lepaskan dalam air. Cara begitu boleh menyebabkan dada kita sakit. Cara yang betul ialah tarik nafas dan leps nafas sikit-sikit dalam air.
bubbling dalam air...

Cara kedua pula, kami dilatih untuk terapungkan badan. guna cara pertama tadi sambil terapungkan diri. Sebagai permulaan, kami dibenarkan untuk pegang tiang didalam air untuk terapungkan badan. Selepas itu menggunakan pelampung untuk bergerak kedapan.
ala2 floating....

Cara ketiga pula, kami dilatih untuk maju kedapan dengan berenang kuak dada. Buat masa sekarang, kami di ajar kuak kaki dulu untuk bergerak ke depan. Tapi setakat ini, aku tidak bergerak-gerak lagi. Aku tidak berada mahir untuk kuakkan kaki. Terasa macam pelik pulak kuak kaki aku.
kuak dada..
Pukul 2 petang, kami berhenti dan balik ke ofis semula. Tidak puas lagi untuk belajar. Tunggu hari ahad ini pula. tungguuuu... =).

p/s : Esok 16 Julai 2011 ada peperiksaan PTD, semoga aku berjaya dengan jaya nya... wwaaaa...nak kerja tetap dan aku hendak kawen ok!!... Ya Allah Ya Tuhanku, hindarkan la aku perasaan sesal dalam diri aku ini, semoga jalan yang aku pilih ini ada hikmah disebaliknya. Amin.. amin...

0 comments:

Catat Ulasan