follow me =)

Selasa, 5 Julai 2011

kursus anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahun 2011

Kawan-kawan,

Syukur kepada tuhan kerana kursus di bawah KKLW yang dilaksanakan dibawah unit saya iaitu Unit Latihan Keusahawanan yang akan dijalankan seperti biasa yang bermula pada 11 Julai 2011 sehingga 14 Disember 2011. Terlalu banyak prosedur yang perlu diikuti menyebabkan kursus ini lambat bermula tetapi kerana kecekalan dalam menjalankan tugas, maka kursus ini dapat dijalankan seperti biasa. Kursus tahun ini merangkumi kursus peningkatan kemahiran keusahawanan. Ia menjurus kepada pemantapan bisnes berbanding tahun lepas yang mempunyai kursus yang pelbagai iaitu dari pemprosesan makanan sehingga kepada pembungkusan, kualiti produk dan sebagainya..

Anda bolehlah mendaftar dan juga memilih kursus yang diingini di laman web KKLW (http://www.rurallink.gov.my/) atau https://smu.rurallink.gov.my/.

Antara kursus yang ada pada tahun ini ialah kursus pengurusan kewangan, pemasaran, kursus pembungkusan, kursus kualiti pembungkusan, kursus GHP, kursus GMP, kursus Halal dan kursus pengurusan.

0 comments:

Catat Ulasan