follow me =)

Isnin, 19 November 2012

selamat ye...

gambar ni yang aku suke =) ..... kami sama tak?? =)

Selamat pengantin baru =)
Selamat pengantin baru.. InsyaAllah, akan datang kami pula akan duduk di kerusi =).. Semoga berbahagia... p/s : kaler tema yg sy suke.. PURPLE !! =)

notakaki : Seronok dapat berjumpa family awk =).. walaupun dah lama kenal, tapi baru sekarang dapat berjumpa lebih dekat lagi... alhamdulillah=)... Saya tengok muka awk berseri-seri.. tersenyum sepanjang majlis tersebut =)... marilah kite berdoa bersama ye =).. 

gembira =)

Alhamdulillah...

Semalam aku gembira.. sebab nyeee.. aku gembira =).. Alhamdulillah...
Walaupun ada sedikit sedih tapi aku rasa gembira sangat sebab dalam masa yang sama ramai yg beri aku semangat dan support aku dari belakang =)... Alhamdulillah.. Semoga perasaan ini berkekalan dalam hati aku..

Aku tak dapat nak upload gambar.. pas balik keje, insyaAllah aku dan upload gambar antara sebab aku gembira =)..

p/s : thank to all family's awk.. =).. Semoga kita akan mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat =).. Tidak lupa juga...
Tahniah to fatehah dan Abu Hudzaifah.. Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke Syurga =)....

Selasa, 13 November 2012

tong..tong..tong...

tong gas
Kenapa tiba-tiba nak naik hangin dengan aku a.k.a baki org rumah yg lama =).. Semua barang dia nak amik.. Tak kisahlah nak amik ke tak tapi btau la kite yg duduk rumah ni.. at least tak la terbantut aku nak masak huhuhu.. tapi takpe, gagahkan juga g beli TONG GAS... 

Tiba-tiba je nak masam muka dengan aku.. apa salah aku.. takkan sebab aku duk sni lama ko tak puas ati kot.. takkan aku naikkan sewa rumah ni ko rasa tak puas ati.. Aku naikkn sewa rumah ni pun ada sebab.. Bil api air tak jangka brape byk dalam sebulan.. so amikla purata.. kalo terlebih bayar akan di bawa ke bulan depan.. Barang dapur pula mesti kena beli.. minyak masak, gas masak, sabun basuh pinggan dll... Duit bulanan pak guard kena juga bayar.. lagi duit maintanance mesin basuh dgn peti ais kena amik kira juga.. yela, kita tak tau org tu pakai barang mcm mane.. nnti dah rosak, at least adala duit nak baiki.. takkan dh rosak baru nak mnta duit utk baiki.. mestila lari bajet diorg dan juga aku.. klu ko nk bayar kan takpela jgk =)...

p/s.. Sila luahkan apa yang tidak puas hati.. OK???

happy deepavali vs Diwali

Apakah perbezaan dan persamaan antara

Hepi deepavali


dan...

Hepi Diwali



Ok.. yang ni aku dapat daripada http://www.deepavali.net/

Deepavali (also: Depawali, Dipavali, Dewali, Diwali, Divali, Dipotsavi, Dipapratipad ) marks the beginning of the Hindu New Year according to the Lunar Calendar. It literally translated means 'Row of Lights' (from Sanskrit: dipa = lamp / awali = row, line). It celebrates the victory of Goodness over Evil and Light over Darkness - it ushers in the new year. Especially for this event people are cleaning their houses and wear new clothes. Diwali is a 5 day festival as Dhanteras, Choti Diwali, Badi (Main) Diwali, Padwa and Bhaiduj. There are many different names for the days of Diwali in different regions of India (South & North India, East & West India) and in the different languages spoken in that regions (i.e. Hindi, Urdu, Telugu, Tamil, Gujarati, Bengali). During Deepavali people pray to Lakshmi, Goddess of wealth, light, prosperity and wisdom, but also to Ganesha, the 'Remover of Obstacles' and the 'Lord of Beginnings'. 

p/s : Hepi Deepavali to all my friends, teachers and others.. have a great festival =)...

Sabtu, 10 November 2012

tumpang

Luahan hati... urmm..yeke.. yela la kot luahan rasa pelik dari aku hehehhe =)

ni namanye nasi tumpang =)
Kata nak tumpang dalam seminggu dua.. sampai 10 haribulan... ya.. aku kasi kamu tumpang, tapi buat la cara tumpang.. aku bukan apa, kena la paham jugak.. aku kena kuarkan brg sebab ada org baru nak masuk.. takkan nak tunggu kamu semua kuar baru nak cari org baru.. letak jela brg kamu kt sni berapa lama pun aku tak kisah.. tp bilik tu bagila org baru masuk dan aku pun nk masuk.. kalau kamu buat gaya ni, mmg kena bayar duit sewa la.. aku kalau boleh, tak yah la kamu bayar sewa sbb nye nnti kan kamu nak sewa umah lain, nk byr deposit lagi.. ish2..byk tu nk kena bayar... 

urmm..selama ni aku pindah randah.. da ke aku buat mcm ni kt org lain? maklumlah, kadang2 aku tak nmpak ape yg aku buat.. 

ni la ragam orang penyewa... 

p/s.. kan senang kalo kamu ckp nak duduk lagi sebulan.. so aku pun boleh cari penyewa utk bulan 12.. Kamu pun akan byr sewa umh baru utk bln 12.. takdela nk kena byar dua umah sewa utk satu bulan.. ishhh..sabar je la.. mungkin ada sebab kamu buat bergini.. semoga dipermudahkan urusan kamu dan kami =)...

Ahad, 4 November 2012

Lirik Lagu Kelahiran - Adi Putra


Angin meniup
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

p/s : i love u bonda =)...

Sabtu, 3 November 2012

pola baju melayu siri 2

Sambungan pola baju melayu siri 1 (DI SINI)

6. Kolar

pola kolar













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran leher + 1 inci.
  • Dari A, tandakan 1 1/4 inci dan labelkan C. AC = lebar kolar.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD
pola kolar 2












  • Dara C, naikkan 3/4 inci dan labelkan E.
  • Dari A, naikkan 1 inci dan labelkan F.
  • Gunakan pembentuk, lakar garis separuh melengkung dari F ke B dan dari E ke D.

7. Tetulang kiri

pola tetulang kiri












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 1 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 2 inci dan labelkan E.

pola tetulang kiri













  • Dari D, turunkan 2 inci dan labelkan F.
  • Tandakan titik tengah EF dan labelkan G.
  • Dari E, naikkan 1/2 inci dan labelkan H.
  • Dari F, naikkan 1/2 inci dan labelkan I.
  • Lakar garis lurus GH dan GI.

8. Tetulang kanan

pola tetulang kanan












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 3/4 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 1/2 inci dan labelkan E.
  • Dari D, turunkan 1/2 inci dan labelkan F.

9. Kocek bawah

pola kocek bawah













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 6 1/2 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 7 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan E.
  • Dari B, naikkan 2 inci dan labelkan F.

10. Kocek atas

Pola kocek atas













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 5 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 5 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, naikkan 1/2 inci dan labelkan E.













  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan F.
  • Dari E, naikkan 2 inci dan labelkan G.
  • Lakar garis lurus AE dan FG.
Habis sudah ilmu untuk pola baju melayu.. Selepas ini, saya akan kongsikan pola untuk seluar baju melayu pula... Mari kita nantikan =)...

p/s : Selamat mencuba =)..