follow me =)

Khamis, 30 Disember 2010

Debaran~~

Dear Blogger,

Saat debaran sangat mendebarkan... Aku berusaha sedaya upaya dan semoga aku dan kawan-kawan berjaya bersama... Semoga rezeki berpihak kepada aku dan kawan2 aku...
~~all the best guys..

Saat debaran berganti kepada kegembiraan kerana aku dapat kuarters di presint 17.. Harap2 kuarters kt situ ok sbb sebelum ini kuarters tersebut telah didiami oleh orang... Apabila dia keluar, aku pula menggantikannya... Tak sabar rasanya hendak pindah ke rumah baru... emmm...pindah rumah lagi =).. Tapi nak angkat barang tu yang tak larat tu.. penuh satu kereta plus plus lagi... huhuhu...

Hari isnin aku kena ambil surat tawaran kuarters.. Kena bayar deposit.. Bulan dua baru boleh duduk rumah tersebut sebab masih dalam baik pulih... Harap baikpulih tersebut on the time la. Kalau tidak, tidak tahula mana hendak letak barang2 aku dan kawan2 aku nie...

Hari Selasa aku interview pulak... Semuanya debaran bagi aku.. 

nota kakiku : all the best... semoga aku mendapat rezeki untuk kerja sebagai permenant... Kawan-kawan TM sudah permenant tapi aku masih 50-50 =(.. Skim yang tidak memikirkan masa depan rakyat langsung...

Khamis, 23 Disember 2010

Interview lagi ~~~

Dear Blogger,

4hb ni aku kena g interview spa... Harap2 aku leh wat yang terbaik walaupun aku tau kelemahan diri aku.. Banyak perasaan aku sekarang ini.. berdebar...cuak.. takut.. ape nak jawab.. ape nak baca.. semuanye menghantui aku....
Sebelum g interview, 27hb ni plak ada taklimat pasal interview aku nie.. Maklumla interview special cases... harap2 apa yang nak dia bakal taklimatkan nnti memberikan harapan yang bersinar2 tuk aku...

Emmm..perut ku dah berbunyi2, aku g makan dulu...

notakakiku : all the best kawan2 ku.. =) dan eny, satu megi ye =)

Selasa, 14 Disember 2010

gembira + sedih

Dear Blogger,

Hari weekend lepas, aku bersama si dia pergi ke johor untuk menghadiri majlis perkhawinan kawan sekolah aku iaitu sekolah tunku abdul rahman putra(STARP), kulai... Tahniah diucapkan kepada Dayana & Anuar (Bulan)... Hampir selama 10tahun jalinan perhubungan diikat dan diakhiri dengan ikatan pernikahan..

Jam 8.30pg..
Aku bertolak dari rumah ke kajang mengambil 'A'. Dalam jam9 pagi aku sampai dirumah 'A' dan bertolak terus ke Johor. Aku melalui Highway Lekas dari Kajang ke Seremban dengan tol lebih kurang 5 ringgit. Dari seremban aku melalui jalan lama untuk save budjet aku =) tapi memakan masa yang lama.

Jam 1.00tghari
Aku keluar dari jalan lama melalui highway PLUS dari Pagoh/Yong Peng. Selepas itu, terus aku pecut supaya aku tidak terlewat pergi ke majlis perkhawinan dayana. Aku fikir memang tidak sempat, mesti pengantin sudah sanding. 'A' cakap kalau buat majlis di dewan, majlis persandingan mesti mula awal. Aku tidak percaya dan tunggu dan lihat saja bila sampai.

Jam1.50tghari
Sampai di pintu Tol  Skudai. Aku terus suruh 'A' buka GPS. Dulu aku pernah pergi Taman Sri Pulai tapi dah tentu aku tak ingat. Nasib baik aku ada GPS di handset aku. Tidak lama dari Tol ke rumah nya. Kalau sesat mesti lagi lambat aku sampai.

Jam2.00ptg
Aku sampai ke destinasi Dewan Raya Taman Sri Pulai tanpa sesat. Thanks gps =). Aku dan 'A' pun masuk ke dalam perkarangan dewan, rupanya aku tidak lewat cuma pengantin yang lewat sampai. Makan terbuktila teori 'A' tidak betul huhuu. Selepas diketahui pengantin belum tiba, aku dan 'a' makan dulu sebab lapar sangat. Mana tak nya, sarapan just makan kuih sahaja. Tengah leka makan, pengantin pun sampai. Dalam masa yang sama aku tercari2 kawan sekolah aku.. Emmm...semuanya tiada. Yang aku lihat hanya lelaki je.. manala perempuan nie... Antara yang aku masih ingat dalam ingatan ialah semut, atok, ramdan, bobo dan peddy.. Yang lain aku tak brape kenal.. Lepas itu aku jumpa ain dan siti.. so maknanya perempuan hanya aku, siti dan ain sahaja yang datang... Takpela, aku wakilkan semua=)..

Jam4.30ptg
Bertolak dari Dewan Raya ke Danga Bay =).. Jalan2 tengok permandangan.. Lama sangat tidak pergi sana.. Banyak juga penambahan.. Pusing2 jalan2 makan2 dan ingin bertolak balik. Tiba-tiba ternampak ramai yang beratur, rupanya diorang hendak naik Danga Cruise 8.. Aku pun macam teringin hendak naik juga. Tanya la 'counter tiket' di situ.. harga nya boleh tahan juga la. Kalau just naik kapal dan jalan2 dalam kapal tu hanya RM10 seorang.. Kalau dengan dinner sekali hanya RM50 untuk dewasa.. kanak plak rm25.. So aku dan 'a' decide tuk walk-in je.. just bayar rm20 untuk dua orang.. jadila dan merasala aku naik Danga Cruise =)

Jam8.00mlm
Aku dan 'a' pun naik la cruise tersebut sambil bergambar.. Banyak jugala aku tangkap gambar. Tapi tidakla secantik mana gambar dari yang reality.. Lama juga aku tunggu cruise ini untuk berjalan. Jam8.30 baru bergerak. Perjalanan dari Danga ke Waterfront city dan patah balik... mengambil masa dalam 2 jam. Seronok naik cruise walaupun takla sespecial mana pun tapi beshh.. =)

Jam10.45mlm
Tiba di Danga semula.. Then, kami bertolak pulang ke Kajang. Sudah malam, mata pun mengantuk juga la tapi kena tahan juga sebab hendak pulang dengan selamat. Bawa kereta pun slow2. Nasib baik ada 'a', dia melayan aku supaya aku tidak mengantuk. Aku bercadang mengikut jalan lama untuk save bajet lagi. Tapi 'a' suruh aku ikut jalan highway untuk memudahkan dan cepat sampai. 

Jam2.00pg 
Tiba di hentian rnr Jambatan Ayer keroh. Kami berenti untuk makan. Sian 'a' berlapar =).. Disana kami makan KFC sebab itu sahaja kedai yang buka. Ada juga kedai lain, tapi tak berminat nak masuk. So kami decide makan KFC sahaja.

Jam3.00pg
Kami bertolak pulang.

Jam4.30pg
Tiba di kajang

Jam5.00pg
Tiba di Putrajaya. Kemas2 barang dan aku terus tidurrr... Epi sgt2 time tu.. thanks 'A' sbb temankan saya=)..

nota kakiku : Hari ini aku merasa sedih kerana terfikir tentang 'A', kadang2 aku ragu, kadang2 aku yakin... Kuatkan la semangat aku..

Isnin, 13 Disember 2010

kenangan terindah

Dear Blogger,

Hari ini aku nak share lagu seperti perasaan aku sekarang =)....

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...
 
nota kakiku : love him so much~~~

Khamis, 25 November 2010

dulu dan kini

Dear blogger,

Selepas muhasabah diri...
Sedar...
Dulu dan kini adalah sama...
Cuma perasaan dulu dan kini tidak sama...

Tapi...
Semua itu biasa...
Mesti berfikiran positif...
Tidak sama itu bererti tidak melakukan 'itu'...
cuba melakukan 'itu'...
mesti perasaan sama dengan dulu, kini dan selamanya...

Perubahan..
Cuba ada perubahan...
Mungkin dah lali...
Jalan terbaik berdiam diri...

Jeles...
tidak jeles...
kadang-kadang jeles...
mungkin jeles...
jeles semua...
tidak sesekali jeles...
tidak...

notakaki : Mata aku selalu terasa bergerak2.. Apakah tanda itu? 
i miss my family...

Isnin, 15 November 2010

pendirian~~

Dear blogger,

Aku ingin merubah...
Lupakan perkara lama...
Kadang2 perkara lama menghantui diri aku...
Setiap masa dan detik...
Aku perlu kesabaran...
Aku perlu semangat untuk aku berubah...
Perlukah aku mengambil angin baru...
Perlukah aku buat semuanya untuk mencari ketenangan...
Aku menyesal apa yang aku buat...
Aku menyesal apa yang aku lakukan...
Maafkan la aku...
Dengan ini, aku ingin berubah...
bantula aku untuk berubah..
berikanla aku semangat untuk berubah..
Berkatila aku wahai tuhan ku...
Berila aku jalan...
Permudahkanla aku menjalani perubahan...
Aku insan yang lemah...


p/s : macam putus cinta plak ayat ni =)

Khamis, 11 November 2010

perasaan

Dear Blogger,

Semakin hari semakin serabut...
Penat aku memikirkan....
Kenapa macam itu...
Kenapa macam ini...
Setiap hari memikirkan benda yang sama...
Sampai setiap hari tidak tenang...
Aku perlukan semangat..
Aku perlukan kesabaran...
Tapi sampai bila aku perlu bersabar...
Makin hari makin lama...
Makin hari makin sakit aku memikirkannya...
Perlukah aku melepaskan semuanya..
Setelah apa yang aku menanti...
Pedih, Sedih... Tolonglah hamba mu ini...
Tidak terdaya aku meluahkan kepada insan...
Semoga aku mendapat penyelesaian...

nota kaki : hendak berjalan-jalan di Alamanda, melepaskan keluh kesah... pergilah jauh dari aku...
Rindunya ketenangan....

Sabtu, 30 Oktober 2010

loan~~cash~~

Dear Blogger..

Pada 081010 - Aku telah buat loan dengan kakak aku untuk beli handset baru... Sebelum aku beli, aku telah senaraikan function yang aku nak guna.... Yang pertama mestila ada 3G (kamera di depan), yang kedua pulak mesti ada GPS, ketiga boleh berinternet, fb dan juga blogging... Tu saja yang aku nak.. Nset yg aku minta skali ialah nset sonyericson tapi nset sony takde semua function yang aku tulis tu terutama 3g... pilihan kedua aku pilih nset nokia.. servey2, aku berkenan plak jenama samsung tp harganye mahal jugak la.. lari bajet aku.. Selepas servey2, aku buat keputusan untuk beli nset nokia saje iaitu c6.. tp aku berminat n97.. tp bajet takleh lebih, aku pilih nokia c6.. tiada sgt perbezaan n97 ngn c6 cuma n97 ada memory internal sebyk 8g, tp c6 just ada 320M sahaje.. Selain itu, casing n97 memag lawa berbanding c6... Pape pun perbezaannya, aku tetap puas ati ngn nset yang aku beli nie.. harga yang aku dapat RM1000 termasuk memory card sebyk 4G.. GPS aku guna garmin.. so far aku pakai garmin nie, takdela hang seperti aku dgr2 org lain kata... Aku pilih kaler itam sebb kalo pilih kaler putih, gerenti jadi coklat nnti =).. i love it..

Pada 291010 - Aku apply broadband u-mobile plan u40.. walaupun aku tahu penggunaannya limited sebnyak 2G dan hanya dinegeri tertentu je yang ada, aku tetap pilih u-mobile sebab murah hehehe... Sebelum nie aku pkai celcom plan 68 tu.. tp bila aku tgk, aku selalu guna tak sampai 2G, so aku amik keputusan untuk pakai u40.. Sebagai percubaan selama 5 bulan sebab aku bayar rm168 tuk 5bulan percuma... So aku kena pastikan samada yang aku kai selalu celcom broadband sebanyak 1.1G tu btul ke tak.. tunggu dan lihat untuk sebulan akan datang...

Pada 301010(arini) - Jam 2.40(skit lagi timenye) aku akan pergi ke presint 3 untuk berjalan.. 'charitywalk'.. Saje je aku masuk.. bila lagi aku nak join program2 cmtu.. nak merasa juga... Ok.. Aku nak bersiap pergi ke sana.. Nanti lepas walk, aku tulis lagi... daaa...

nota kaki : miss him so much.. seminggu lebih tak jumpe...=)


Ini gambar my baby boo c6 =)


Selasa, 5 Oktober 2010

Jalan-jalan di jakarta...

Salam 1Malaysia

gambar jalan-jalan2 di jakarta...
1st day : Makan di Garuda restaurant... tdo
2nd day : Pagi2 bertolak ke bandung menaiki van.. singgah di Tangkuban PErahu... pastu g pasar baru.. masa naik ke tangkuban perahu, singgah sebentar makan jagung bakar... Lepas balik dari pasar baru, singgah di heritage... pastu trus balik bandung... dalam perjalanan singgah di tepi highway,makan bakso keriuk...
3rd day : shopping di tanah abang... tghari balik hotel.. ptg kuar g senen..tp patah balik sebb tiada ape disana.. last2 pergi ke mangga dua shoppng kompleks... jalan2...pusing2.. balik hotel.. Malam plak g makan kt sri bonda plak.. sebelah restorant garuda..
4th day : pergi shoping lagi skali di mangga dua.. jalan2..beli2.. tgahari balik untuk checking out.. Sebelum pulang, singgah di monas.. menara tinggi.. ambil2 gambar.. pastu trus g airport...
di airport plak, pusing2, jalan2..singgah di kedai.. lepak2 makan sambil online... tiket kul6.20..
Nek flight... sampai KL dalam kul9.50 malam..






















Ni gambar2 nye...

Rabu, 15 September 2010

Al-Fatihah buat allahyarhamah RAIHANA BINTI ZAINUDIN

Salam 1 Malaysia...

Pada 5 September 2010, aku dan family aku menerima berita yang menyedihkan. Dalam jam7 tiba2 aku terdengar mak aku menangis teresak2.. ayah aku pula menenangkan mak aku... aku baru nak pergi jenguk mak aku yg menangis tu, tiba2 mak dan ayah aku masuk dalam bilik aku.. Mak aku kata "iti, kak nana ko dah takde ti.. accident"... mak aku srh kemas2 bj untuk g sana.. Aku terkejut tak terkata ape?? aku siap tnye, iwan macam mane?? terlupa aku seketika yang abg aku iwan masih di korea bekerja disana... Selepas itu, mak n abah aku call semua sedara mara... call2 tak berangkat.. last2 abah aku tulis msg je.. pastu call akak aku.. Time tu akak aku da kt kuantan.. Kebetulan arwah di hospital kuantan untuk dipostmortem.. Akak aku sempat bertnya berita mengenai kejadian tu. Kemalangan melibatkan 3 org. sorang masuk icu(dgr2 dan kuar icu dan sedar), sorang lagi terselamat (pemandu)... Akak ipar aku duk belakang, so dia yang kena teruk... di ceritakan sebab kematian adalah kerana kecedaraan dikepala dan tengkuk patah... Yang memilukan, ayah kepada arwah telah menelefon abg aku dikorea tetapi tidak dapat dihubungi. Setelah jam9, ayah arwah menelefon syarikat abg aku supaya menelefon pej dikorea untuk memberitahu abg aku ttg kejadian tersebut....
Jam 9pagi, kami bertolak ke kuantan dgn hajat dihati ingin melihat arwah disana sambil mengikut ke kualu kubu bharu untuk dikebumikan. Hajat kami tidak kesampaian kerana kelewatan, jalan plak banyak lori so tak leh nk bw kete laju skit. Hampir sampai je dirompin, akak aku memberitahu yang mayat arwah telah dikeluarkan dan seterusnya dimandikan dan dikapan.. Setibanye kami di rompin, akak aku memberitahu arwah telah dibawa ke kuala kubu bharu... Dengan itu, kami membuat keputusan untuk terus ke kuala kubu bharu... Dari rompin kami ke highway ape ye nama highway tu, lupa plak.. highway timur kot.. Selepas itu, akak aku tunggu kami di hentian lanchang supaya dapat konboi bersama maklumla, tempat tu kami tak pernah sampai lagi, pergi berpandukan kata2 ayah arwah. Kuala Kubu Bharu tu adalah kmpung kpd si arwah, disana ada kubur atok arwah juga, selain itu tempat tu agak dekat ngn tempat abg aku kerja... Lagipun senang sedara2 mereka untuk ziarah kubur arwah...
Kami smpai di rumah kuala kubu bharu pada kul5.00 ptg dimana sama masa dengan abg aku sampai di KLIA.. Di KLIA, kwn2 abg aku yang datang ambil abg aku. kami cuma duduk disni menunggu kepulangan abg aku... Sementara tunggu abg aku, aku melihat mayat arwah, wajahnye sangat tenang.. semoga dicucuri rahmah keatas arwah, semoga ditempatkan ditempat org yang soleh dan solehah..
Jam7ptg, aku aku smpai... Aku tgk di keluar dr kereta sgt lemah sekali.. cm nak pengsan.. lepas turun, dia terus peluk abah aku.. aku dan yg lain sgt terharu.. kawan2 yang lain menenangkan abg aku... selepas itu, abg aku masuk rumah dan memeluk emak mertua..sedih aku tgk.. selepas tu, dia berdiri dihadapan arwah melihat arwah dgn tabah... Paklang arwah selaku ketua mengurus arwah memberitahu abg aku supaya menjadi imam solat arwah tetapi abg aku tidak kuat untuk itu.. Dia just jdi makmum sahaja.. selepas jenazah disembahyangkan.. Kami semua berbuka puasa dahulu kerana dah nak berbuka time itu.. Kami berbuka beramai2 secara ala kadar... bak kata org alas perut.. Selepas buka, slt mgrib, jenazah dibawa untuk dikebumikan... Aku,adik dan akak aku tidak ikut.. Tidak kuat untuk melihat itu semua... kami tunggu dirumah sementara abg2 dan ayah aku pergi skali... 
Dalam jam10, org2 yang pergi sudah pulang dan juga makan skali.. selesai semua... Semoga arwah dirahmati ALLAH... Salam aidilfitri.. Maaf Zahir batin.. sesungguhnya daripada Nya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali.

Ahad, 29 Ogos 2010

Belajar menjahit



Salam 1 Malaysia....

Baru nak cerita ni, akhir minggu julai, aku dan eny pergi belajar menjahit baju kurung... Sebab nak belajar menjahit baju kurung adalah kerana aku sudah bosan pakai baju yang sama je g keje.. pastu kalo nak wat tempahan just baju kurng je mahal.. mengalahkan kain yang aku beli je.. So eny dengan tekadnye telah menmpahkan aku dan dia satu kelas menjahit baju kurung... Hanya dua hari je menjahit dan dapat 1 baju kurung... nak kata susah tu, tak la jgk sbb dia ajar satu bersatu..Lagi pun dalam kelas tu ada 5 org pelajar je.. so dia boleh ajar pergi ke setiap org untuk tunjuk... First skali, kitorg diajar mengambil ukuran baju dan bdan.. selepas itu, kami di ajar melukis pola baju.. pastu mengunting dan seterusnye menjahit.. memang  tak percaya hanya dua hari sudah siap 1 baju.. Aku guna mesin jahit kak ti tu sng je... tapi kalo aku guna mesin mak aku, cm susah je nak jahit.. mybe mesin jahit mak aku tu untuk org yang dah expert je kot.. laju je mesin tu.. mesin yang aku guna untuk belajar tu, leh plak aku kawal dan tak de silap pun.. hhehehe...
Skrang nie, umah sewa aku dah ada mesin jahit.. eny dah beli mesin baru... aku plak bawa mesin dari rumah.. cume tak meja plak nak letak mesin jahit nie..
Aku tgh2 servey meja2 yang simple untuk meletakkan mesin jahit dan menjahit... tak sabarnya aku nak menjahit...  aku dah amik kain kakak aku tuk jadi ekperiment aku hehehe... Nnti kalo aku dah mahir menjahit, aku akan mengambil upah menjahit.. insylh ...Disini ada serba sedikit gmabr untuk tatapan pembaca... 
sijil selepas blaja menjahit
dan hasilnya...


Jalan-jalan..lalllalalalala..

Salam 1 Malaysia..

Eemmm..dah lama aku tak jenguk blog aku nie.. Nak kata bz, tak la bz sgt.. huhuhu.. Skrang dah puasa, dah separuh bulan berpuasa dah.. Semalam aku g la jalan2 di uptown danau kota.. mula2 smpai tu tak la ramai org lagi.. dalam kul1 pagi, perrhhh ramai sungguh org.. smpai jalan kaki pun boleh jem jgk.. Pusing2 takde satu pun yang berkenan dihati.. sbb nye mmg takde niat nk beli pun.. Bf aku je yang dapat hasil tangkapan... Dia beli seluar jeans levis.. boleh tahanla harga dia rm45 je huhuhu.. tu pun dah pusing 4 kali di kedai yg sama.. last2 beli jgk... Pas beli tu, kitorng pun makan yong tau fu kt situ.. sedap jgk kuah dia.. lama jgk kitorng jalan2 kt sana.. dalam kul3 lbh kitorg melangkah pulang.. sampai rumah kul4 lbh... Tu 1st time aku rasa begitu ramainye org membeli belah.. rasanye kalo kt jalan tar, takdela cmtu sgt... mybe time aku g tu time tak ramai org kot... uptown danau kota tu mmg femes jgk la.. ramai yg kata kt situ besar n best2 belaka.. eemmm..nk parking kete jangn ckpla.. mesti jauh nk kena jalan...
Emm.. rasa nk g berjalan2 lagi je kat mane yang ada uptown.. tinggal 2 minggu lagi nk raya.. emm..tak sabarnye nk raya!!!... tak sabarnye nk balik kampung... yeehhhh!!!!!!!!!

Selamat Hari Raya kawan2 ku!!!... Maaf zahir batin ....

Khamis, 22 April 2010

my mini laptop..

Salam 1 Malaysia...

Seronok sangat rasanya bila dapat beli mini laptop.. bolehla aku bawa ke mana2 yang aku suka sebab ianya ringan... dgn berbekal broadband celcom, aku pun leh layari internet gak.. dah lama dah aku tak layari internet... nak bk fb pun jarang2.. nak update blog pun mmg lama giler aku tak update blog aku nie... Arini aku kena rajin juga nak tulis blog sbb nak btau aku dah beli mini laptop kai 1st gaji aku sebagai PTD hehehe... Kalo takde laptop aku rs cm tak lengkap je idup aku cewwahh.. hahhaha..yeke nie?? Emm..mybe laptop leh mengisi masa aku yg terluang.. Lg pun aku nya keje pun memerlukan internet dan juga laptop.. so makin kuatla aku nak beli mini laptop nie.. Jenama tu takla berjenama mana pun, tak femes lagila sbb dia femes brg lain.. Jenama mini laptop aku ni ialah samsung N150.. Harga dia cm biasala.. RM1299... Semua aku servey2 harga dia lebih kurang sama je.. yang cntik dia patern dia harga tu mahal skit la..

Ni gambar mini laptop aku.....
SAMSUNG N150
INTEL ATOM 1.66GHz
WINDOWS 7 STARTER
250G HDD

I LIKE IT!!...I LoVE It!!!... Puas Ati sgt222!!...

Jumaat, 12 Februari 2010

bowling oh bowling...

Salam 1Malaysia...

Hari isnin aku cuti... So bercadang untuk menyetelkan semua document yg diperlukan untuk pendaftaran di putrajaya nnti.. Pagi2 lagi aku dh gerak g umah eny nak buat medical checkup dan juga mnta cop suruhanjaya kt wangsa maju.. Aku gerak dalam kul7.30 pagi sampai sana lebih kurang kul8.30 pagi.. 1 jam ke perjalanan aku?? hheheheehe.. Sebenarnye tak sampai satu jam pun... aku sampai dalam kul 8pagi.. Sebelum tu aku terlajak nak masuk simpang ke taman wangsa melawati, jauh aku berjalan aru la aku perasan aku dh terlajak.. Masa nak u-turn, perut aku plak meragam.. ingin ke toilet segera.. Pastu aku amik keputusan singgah di petronas kt simpang awl2 tu tuk aku melabor huhuhuhu.. Sesudah melabur barula aku g umah eny.. Sesudah itu aku g umah eny tp dia takde plak.. mak dia ikut naik g umah lagi satu tunjuk jalan.. Pas amik, kitorng g wat medical checkup (aku je, eny dah buat dah heheh).. Sampai kul9.30, siap semua result dalam kul10.30.. Begitu cepatnye keputusan yg diberikan oleh hospital swasta.. Kalo klinik kerajaan, sebulan aru leh dapat result tu semua... Aku rasa klinik kerajaan nie kena bayar juga kalo wat medical checkup nie, kalo tak silap aku dalam RM80.. Hospital swasta nie RM105 je aku bayar.. Hnya beza RM25 shj dan juga cepat siap.. Lepas aku g wat medical checkup, aku g amik cop suruhanjaya plak.. kena RM4.. tak taula RM4 tu untuk ape.. kos2 penyelenggaraan kot ataupun kos admin huhuhu... Pas semua setel, aku g men bowling ngn eny.. dah lama dah aku tak g men bowling.. Aku men 3 game, tu pun terasa nak men lagi.. huhuhu.. Dalam 3 game tu, sekali je aku dapat markah  100 lbh (kalo tak silap)... Pas men bowling, kitorng g makan kt umah eny.. sedap2.. mak eny masak tomyam.. Pas makan, lepak2 sekejap kt umah eny dan aku trus balik..
Balik tu aku tak balik umah trus, aku g amik kad yg sudah siap yg ditempah aritu.. Nak pergi punya la jem kt jalan pudu tu.. Akhirnya sampai juga aku.. Lepas check semua kad2 tu, aku trus g umah bai.. Dh lama tak jumpe dia, alang2 dah berjalan baik jalan trus hehehehe... Pastu aku g the mines.. nk tgk wayang kt sana.. cete Adnan Sempit.. Best cetenye, tak rugi kalo tgk.. Sementara nak tunggu masa wayang tu, aku g cuci gmbr untuk pendaftaran juga.. 6 keping sepuloh hinggit.. Gambar yg dia nak tu kena kai 'kot' dan juga berwarna.. nasib baik aku dah ada gmbr tu, so tinggal cuci je..
Lepas abis tgk cete wayang aku pun balik rumah.. penat dan puas hati!!..hehehe
Hari rabu plak, aku malas gila nk g keje.. aku amik keputusan drastic untuk tidak g keje n amik MC hehhee.. Pastu jem ajak aku g wangsa maju.. dia da interview kt sana, so aku ape lagi aku pun ikut la.. Sampai sana, jem trus g intervw.. lepas intervw aku ngn jem g jumpa eny kt care4.. pas jln2 di care4 kitorg g wangsa walk in untuk bermain bowling.. wawawawa..men bowling lagi huhuhu.. kitorg men 3 game... ketiga2 game aku menang hahahahah.. pastu tambah lagi 1 game plak.. tp aku plak kalah... Lama juga la kitorng men bowling, dari kul12 kot smpai kul3 lbh.. Pastu g makan kt umah eny n rehat.. Selesai semua aku n jem balik rumah selepas temankan eny g amik gambar passport.. Masa perjalanan pulang, aku tersilap jalan plak.. Aku jalan smpai sg buloh plak.. jauh gila aku jalan hahahha.. pastu aku u-turn balik dan sampai la rumah dalam kul7 lebih..
Alhmdllh, semua document sudah aku sediakan.. cuma dokumen fotostt sijil2 je blum.. Nasib akak aku boleh copkan fotocopy tu.. kalo tak mmg jenuhla nak cari org tuk pengesahan.. Habis cete heheh..

Ahad, 7 Februari 2010

rumah baru....

salam 1Malaysia...

selamat sudah aku ngn housemate aku berpindah rumah.. Penat giler walaupun angkut kai sewa lori.. Punyala banyak barang kitorng.. nasib baik ada lift, kalo naik tangga memang mati kot.. huhuhuhu... Kitorg packing barang ari jumaat pagi.. siap packing semua dalam kul11 lebih.. Pastu g makan tghari kt sg penchala.. bawah jambatan.. best jgk makan kt situ,sedap pun sedap..
Pas makan kitorg g duplicate kunci.. pastu balik rumah.. balik2 je, kitorg nmpak satu kete yg di kenali.. emmm..lantak r, dia br masuk dah tunjuk sombong, belagak.. malas nk layan org cmtu.. huhuhu.. Dia pun tak duk lama pun, dia balik rumah, tah ape dia amik trus je kuar time kitorg masuk..
Lori smpai dalam kul3 lebih.. emm..time tu rezeki ALLAH turun.. ujan turun dgn lebat.. lori smpai pun ujan tak benti.. Kitorg takleh nk tunggu ujan benti, takut tak sempat plak.. Umah baru, protocolnye kalo nak pindah barang kena buat time waktu bekerja.. dari kul9 sampai kul5.. So kitorg angkatla barang semua..penuh 1 lori gak tu..Nasib baik ada kawan ana tolng, ringan skit beban.. Baju aku nie takleh nk citela.. cm mandi peluh plak.. Semua skali abis angkat dalam kul6.30.. Pastu kitorg duk rehat kt atas, tak larat nak kemana2 pun.. Una g amik moto dia kt umah lama..
Malam tu, jem dgn rela hati pun menawarkan diri tuk masak jemput2.. Aku tukang makan je hehehhe... Ohh..satu kelemahan rumah yg aku duduk nie ialah bilik medium ngn small takde kipas... Kepanasan la kalo tido dalam bilik tu.. Apelagi, aku bercadang tdo di luar sbb ada kipas.. Seronok juga tido di luar nie, cm tdo kt kg plak.. tdo beramai2..hehehe.. Lepas tu aku tdo dgn nyenyakkk...
Bangun kul6.53pg.. Pas bgn trus kemas barang2.. buka kotak..susun barang.. kemas2.. kul11 pg siap kecuali baju aku.. Pastu aku tidur balik.. tak tahan mata,terasa ngntuk sgt... Pas bgn, aku, una n ana g carrefour baru kt kota damansara utama... Murah2 jugala barang kt situ, maklumla nk promosi tpt baru.. Lepas beli, kitorg balik n una masak mee hun goreng... sedap dia masak walaupun bahan nya ala kadar sahaja.. Penat tak hilang lagi.. Sok nak g jalan kuar plak.. Ari isnin plak nak g wat medical checkup plak.. penuh tul jadual aku nie.. Lastly, aku rindu sgt kt dia.. lama dh tak jumpe sbb ke-bz-an aku.. Nasib dia paham keadaan aku walaupun kdg2 dia merajuk gak.. miss him so much..

Khamis, 4 Februari 2010

Satu beban sudah lepas..alhamdulillah

Salam 1Malaysia...

Okla.. Skrang beban kepala aku duk mempk sal satu hal dh hampir selesai.. Bebannya ialah mencari rumah sebelum 5hb Feb... Alhamdulillah lega sedikit kepala otak aku nie setelah jumpa rumah sewa yg boleh tahan.. tak mahal tak murah..janji selamat.. Sekejap je kitorg cari rumah tu, maklumla dh terdesak selepas 2 buah umah terpaksa lepaskan last2 minit pada 2 feb. Sebab2 nye ialah:
1. Rumah teres 2tgkt damansara utama : Terlalu lama perjanjian (2thn tu) dan juga mahal RM1300 yg hanya boleh duduk seramai 6org saja.. punya la besar rumah tu dia kasi duduk 6 org je.. ish2..Nasib duit booking yg kitorg dah bayar boleh dapat lagi.. mane tak nye, salah tuan rumah.. mmg la dia bg blik duit tu..
kalo tak mmg tak dapat la.. 
2. Rumah flat desa mutiara : Kawasan dia sgt tenng, ada guard juga.. parking tak mahal tuk sebulan. Sewa pun tak mahal.. hanya RM550.. Tp tu la. tuan rumah nk sewakan kt cousin dia plak.. so terpaksala kitorg mengalah.. takde rezeki nak duk situ...

Lepas dapat tahu yang rumah desa mutiara tak jd di sewakan, apa lagi.. kepala penng balik.. nak pilih rumah pun ala kadar saja.. yela dah last minit nie mmg susah le nak cr umah, lagipun dah awal bulan.. kalo ada kosong pun mesti nak amik bulan 3 punya.. Tapi nasib menyebelahi kitorg.. selepas melayari internet di pejabat (heheh wat keje lain plak), aku jumpa la rumah ni.. Nama rumah nie Pangsapuri Kayu ara,bandar utama dkt2 ngn kg kayu ara. harga RM600.. Call2 masih availble rumah tu.. terasa lega dihati.. pas keje, kitorg g tgk rumah tu, janji nk tgk rumah kul7.30... so smpai je kt sana, kitorg tgk rumah dia perrhh...serabut kepala.. nak naik lift pun takut hehehe.. So dgn selamba kitorg decide tak nak tgk langsung rumah tu heheheh.. Pastu kitorg g cari rumah kot2 ada iklan ke.. jalan2 depan skit, kitorg masuk satu ala2 appartment gak tp ada guard.. masa nk masuk tu, pak guard bg kitorg namecard tuk agent appartment nie.. Apalagi, jem pun cll agent tu dan nasib baik juga agent tu ada kt situ jgk.. So kitorg pun trus tgk rumah tu.. Masa kitorg masuk appartment tu..awl2 dah nampak swimming pool, gym, gelangg tenis dll.. cntik tuk dianya kawasan.. guard pun bnyk.. setiap lift nak naik kena guna pass card.. emm..punyala ketat.. org kuar masuk jalan kaki pun sama ketat gak, kena pascard gak.. Pas tgk umah, bilik ok, dapur ok, kwsn ok, tgkt pun ok.. so kitorg decide nak amik rumah nie..  Ni senarai harga sewa rumah yg bakal aku duduk tak lama lagi... huhuhu..

Sewa bulanan : RM850
Deposit : 2 + (1/2 sewa bulan- bil api air)
Sewa parking : RM100/bulan tp ada 1 parking percuma
Passcard personal : RM25 seumur hidup
Sticker motor : RM10/bulan
Agreement : RM200 for 1 year contract

Tu la senarai2 nye.. Tak sabar nak duk rumah baru.. harap2 takde masalah lagi terhadap rumah baru nie... aminn...

Ni la permandangan umah kitorg...


Isnin, 1 Februari 2010

penat..penat..penatnyeee...

Salam 1Malaysia...

Hari ni cuti wilayah so aku bekerja di KL bermakna aku pun cuti juga.. Seronok rasanya dapat cuti nie.. Dalam perancangan cuti wilayah ni, aku bercadang nak buat medical checkup kt klinik kerajaan la.. konon2 nak jimat duit sbb klinik swasta kena rm120 sekali buat.. So aku amik keputusan nak buat med chckup kt kajang, snng pakwe aku nak temankan aku..
Pagi2, aku pun pergila kajang menjemput pakwe aku dan juga sekaligus pergi hospital kajang yang berhampiran dgn rumah dia.. Emm..nak cari parking punya la satu hal.. last2 dapat jugala aku parking.. Masa nk mendafta je, aku terbaca satu notis nie "segala urusan medical checkup sila buat di klinin kesihatan berhampiran area rumah".. Aku tnyala di kaunter nk mensahihkan kenyataan tu tp memang benar pun.. lepas tu kitorg g kt klinik kesihatan batu 9 plak.. Masa aku nk dafta tu dia tnya aku duk mane? Ape lagi, aku pun temberang kata aku duk sama alamat ngn pakwe aku.. pastu org kaunter tu ckp, takleh la dik, kena buat kt klinik kesihatan yang nerhampiran la.. Emm..aku pun bla dari klinik tu... Sebelum bla, aku sempat tnye kt mane klinik yg berhampiran?? dia ckp kt bndar teknologi.. Pastu aku pun pecut g sana.. Emm..aku smpai2 tgk notis kt meja pendaftaran kul2 aru ada medical checkup. So aku n pakwe pun g la makan dulu, pastu aru tunggu kt dalam smpai kul2.. Pas no giliran aku tiba, aku masuk dalam. Emm..masa masuk tu, ingtkan dah leh wat la.. tp doc btau aku yg appoimnt akan datang pd 1 mac (appoitm untuk dapatkan result semua).. Yang boleh buat sekarang hanye x-ray dan juga ujian air kencing.. Aku amik keputusan untuk tidak amik disitu maklumla aku dafta 18hb feb.. tak sempat plak nnti.. Emm..macm perasaan ada.. bengang ada, tension ada, geram ada... Last2 aku amik keputusan buat kt swasta.. tu pun tak tahu lagi berapa hari leh settle..
Emm..Lepas semua tak leh, aku trus g midvalley tuk cari kasut hitam.. lagipun aku dah aim satu kasut ni kt jusco bukit tinggi tp kat sana takde saiz.. So aku mencari di midvalley.. jumpa juga akhirnya... Bolehla mengubat perasaan bgg+geram+tension td.. Emm..Maafla pada pakwe aku.. sian dia melayan keranah aku tadi.. I'm sorry.. I love u..

Jumaat, 29 Januari 2010

bumiku hijau...

Salam 1Malaysia...

Hari ini opis aku ada buat satu aktiviti "bumiku hijau" di mana semua staff di galakkan menderma atau membawa sebatang pokok tak kira pokok buah-buahan atau pokok bunga... Pagi dalam jam 9, da ucapan ringkas dr AGM ITIS ( En. Mohd Thaib )... Selepas ucapan, sesi bergambar pula.. Sebelum tu, semua staff di galakkan memakai baju hijau.. emmm..ramai juga yang memakai baju hijau termsauk juga la aku.. Staff TM memang sporting dan KERJASAMA mereka sungguh bagus.. Selesai ucapan dr GM, acara perasmian penanaman pokok dilancarkan. En.Thaib di minta menanam sebtg pokok sebagai permulaan aktiviti bermula. Selepas itu, semua mengambil tempat masing (ikut suka hati nak tanam kt mana) untuk menanam pokok.. Aku pun mengambil kesempatan menanam pokok cili berwarna ungu (first time aku tgk cili tu)... Byk juga pokok-pokok yang ada seperti pokok cili, limau kasturi (salah satu yg bagi ialah boss aku hehehe), pokok serai wangi, pokok kemboja dan sebagai nye.. Adala sedikit gmbar yg sempat aku snap heheh.. Walaupun sekejap tetapi memberi kenangan aku tp TM.. Harap2 pokok yang aku tanam hidup subur dan berguna untuk org2 TM yg akan datang.. Selepas selesai tanam, kitorg di jamu dgn makanan iaitu nasi lemak dan juga sandwish.. Air plak air sirap dan juga air teh panas..
Ok la.. ni gambar2 yg sempat aku snap.. saksikan la ye.. :)

Pamplet "bumiku hijau"

Pokok cili

En.Wan mencangkul tanah untuk tanam serai
menanam pokok cili...


Selesai tanam..

Pokok cili yg aku tanam berwarna ungu...

Khamis, 28 Januari 2010

Bilik kosong damansara utama(dkt2 uptown lama)

Salam 1Malaysia.

ada 2 bilik kosong...

Medium room
> rm300/bulan (tidak termasuk api air)
> max 3 org
> perempuan sahaja

Small room ( kecil sedikit dari medium room)
> RM250/bulan (tidak termasuk api air)
> Max 2 org
> Perempuan sahaja

> Ada tv,mesin basuh, dapur, meja,kerusi dll..
> berdekatan uptown lama, kedai makan, masjid.
> Public transport U82, teksi

Sesiapa beminat sila tinggalkan msg di sini
Terima kasih...

Selasa, 26 Januari 2010

PTD a.k.a Pegawai Tadbir Diplomatik


Salam 1Malaysia.

Masa bulan 11 2009, aku terima surat dari UiTM menawarkan aku sambung belajar ke PHD.. Kiranya aku belajar trus dapat Phd tanpa sijil Master... Berbelah bahagi jugala time tu samada aku nk terima tawaran atau tak.. UiTM juga menawarkan aku biasiswa iaitu TPM(kalo tak silap aku la). So kalo aku jadi smbung, aku just pergi dafta tanpa bayaran pape pun.. semua dah di tanggung oleh uitm. Nama aku pun di dafta kan secara automatik tanpa aku perlu membayar yuran borang permohonan dan juga mengisi form.. tau2 je nama aku dah ada dalam sistem.. Family aku semua suruh aku smbung belajar sbbnye peluang hanye datang sekali je. Memang aku akui, ramai yg nak sambung tapi tak kesampaian atas sebb kewangan. Tapi aku takde perasaan nak sambung blaja lagi... Aku rs aku tak mampu+tak minat ke arah tu.. Aku tak berminat nak membaca jurnal2 semua tu.. cukupla sekali aku lalui tu semua hehehe.. tp satu masa kalo aku tergerak nk sambung blaja, aku akn sambung.. bergantung kepada term & condition hehehe... Kadang2 aku dengar kawan2 aku sambung terasa jeles dan terasa aku nak sambung juga.. Tapi setelah aku pk semasak2nya, aku membuat keputusan untuk tidak smbung belajar.. Aku harap ada hikmat di sebalik keputusan aku...

Tup..tup.. pada bulan januari nie.. aku terima surat tawaran satu lagi iaitu.......... "Tawaran Pelantikan sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (kontrak)"....  Sebelum tu, zana ada ckp yg Sila dan juga Ayie dapat tawaran tu dan JPA anta melalui pos... So aku kisah tak kisah la time tu, malam tu erny call aku.. Tp time dia cll tu aku tgh drive untuk g cari umah sewa baru.. pastu aku suruh dia cll semula bila aku dah free.. Mlm tu juga aku msg erni, aku ingt dia just nak bertnya kabar je rupanya ada berita gumbira.. Dia pun dapat juga tawaran tu.. Aku plak tak pasti samada aku dapat or tak sbb nye surat hantar ke umah aku kt jhr. Bila aku cll mak aku, mak aku takde kat umah plak balik kg lawat atok.. Pas mak aku blk, aku cll lagi skali.. mak aku ckp da kad pos laju.. yahoo..aku dpat juga(walaupun tak g amik lagi surat tu dah tahu dapat or tak ahahhahaha).. Syukur aku dapat keje PTD.. aku pun tak tahu kenapa aku suka sgt dapat ptd nie.. padahal keje di TM ni tak la teruk sgt, kemudahan dan benefit dia pun boleh tahan la tp kena tunggu permenant aru leh nikmatinye semua.. So dgn selamba nya aku menerima jawatan itu walaupun berdebar-debar rasa dihati untuk memikul tnggungjwb tersebut... Byk yg aku pk, tapi takpela aku trima n nak try jadi ptd... Aku kontrak 2 thn, so dalam dua tahun tu, aku kena lulus berbagai ujian antara nye ialah :
a. Lulus Peperiksaan Khas memasuki Skim PTD
b. Lulus uijian psikologi
c. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan berada di tahap baik
d. Lulus kursus pendek berbentuk penilaian yang ditetapkan
e. Lulus program PTD Assessment Centre (PAC)
f. Lulus kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)
g. Diperakuan oleh Jabatan
h. Lulus temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam...
Hhaaa..sebanyak 6 jenis aku kena lulus.. tak taula leh lulus ke tak.. aku berserah pada-NYA sahaja beriringan doa dan tawakal dan juga usaha.
Tak sangka aku JPA leh tawarkan cm gitu skali untuk pemegang biasiswa JPA.. Tapi tpt dan juga bahagian aku tak diberitahu lagi. Masa time dafta aru dia akan btau... tapi aku dapat agak mesti ramai cm aku dapat twaran bekerja di TM.. Di TM kami di induksikan di Marang,tganu sebelum di letakkan ditempat2nya. Aku rasa, ptd ni pun lebih kurang macam tu sbb nye, aku kena lapor diri seperti berikut :
Tarikh : 18 Februari 2010
Waktu pendaftaran : 10 pagi
Tempat : Auditorium, Jabatan Perdana Menteri, Kompleks B, Putrajaya.
Haa..lagi satu aku hepi sgt sbb aku mybe akan bekerja di putrajaya.. Tu la tempat yang aku idam2 kan.. tak tau la knp aku teringin bekerja di sana, tetapi aku berminat walaupun pakwe aku kata tak hapenning duk sana hehehee... Tp aku tak leh gumbira sgt sbb penempatan aku tak tahu lagi.. tunggu dan lihat sahaja ye.. tunggu 18hb nie... berdebar-debar rasanya.. Wish me luck k..
All the best to you...

Selasa, 19 Januari 2010

Teringin nak dendangkan lagu nie :)... Tgk cerita balqis.. ending yang tak disangka2.. so nice.. semua bahagia.. padan muka mak ezany huhuhu.. Mar pun mendapat kebahagiaan yg di cari selama ini...

Istana Cinta - Eira Syazira (OST Cinta Balqis)


Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku
Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui

Korus

Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu
Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti
Tuhanku titiskanlah rahmatMu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu

Isnin, 18 Januari 2010

past is past.. present is presentance..


Salam 1Malaysia...

Okla.. skrang aku malas dah nak pk sal dia... Sekarang ni aku tgh mencari rumah2 lagi.. nak cari sekarang macam awal sgt sbb nak masuk awl bulan 3.. so ada sebulan lagi.. harap2 dapatla umah yg selesa skit dan juga harap takde masalah lagi sal umah sewa nie.. tension je, asal pindah umah je mesti ada je masalah.. agaknye aku ke punca masalah nye??? wakakkakaka... 

Arini aku seperti biasa, duk wat keje ngadap komputer.. sekali-sekali aku baca2 blog yg lawak2 tuk hilangkan boring.. Semalam aku baru je balik dari johor.. penat juga la pergi ari jumaat balik ari ahd.. ari sabtu je aku ada masa sepenuhnya di rumah.. aku tak kisah daripada duk umah sewa tu.. 

Emm..seminggu ni aku hangin ngn pakwe aku.. rs nak marah je dia tu.. geram pun ada.. merajuk ngn dia.. tak tnye pape pun kt dia tp dia tnye aku jawabla... aku rs, selagi  tak jumpe dia n dia tak terus trg ngn aku, selagi tu la aku hangin ngn dia.. kadng2 terpk juga, sian dia melayan kerenah aku.. tp dia tetap sbar ngn kerenah aku.. tu sebb aku syg dia.. Dah lama tak jumpe, terasa rindu pun ada kt dia.. tp kena kuat kan semangat.. takkan merajuk2 nak ajak jumpa plak.. nnti tak jadila merajuk namanya.. so kena tunggu je la dia jumpa aku tu pun kalo dia nak jumpa aku.. emm..bosan pun ada kalo merajuk nie.. tak leh nak msg selalu ngn dia.. kadang2 nak ilngkan gian msg tu, aku msg ngn kawan2 aku.. satu tahap tu, aku msg kt semua no dalam nset aku nie.. tp last2 aku tak terlayan.. heheheh... Aku ni kuat merajuk, tak tau la kenapa aku nie kuat merajuk.. aku jeles kot.. emmm..pape pun, aku harap aku ngn dia berkekalan sampai ke jinjang pelamin.. aku dah malas dah nak cari yg lain.. dia la buah hati jantung aku.. kalo takde dia, aku tak kawen la jadinye sbb nye aku malas nk cari lain kecuali org cari aku hehehehe.. tp kalo umur dah lanjut nie, sapela nak kt kita nie.. kalo lelaki tu takpe jgk, dia tua pun mengaku muda eheheh...
K la.. Aku doakan korg berbahagia juga bersama org yg tersayang.. Moga sampai ke jinjang pelamin dan akhir hayat..  amin.. amin.. 

Jumaat, 15 Januari 2010

Jawatan @ KLIA Air Traffic Control Tower

Technicians and Engineers. (12 vacancies)

Urgently required for:-

Minimum Qualification : Diploma in IT or Electronics and related.
To work in KLIA ATC Tower and to cover Airport Area.

Salary: Negotiable.


Send Resume to me at allil@yahoo.com or jamal_allil@amcop.com.my or syahida@amcop.com.my or
call 03-8787 2099 / 03-8787 2199 Cik Syahida for appointment for interview.

Thank You.

Jamal Al-Lil Bin Shuhaimi
Department of Civil Aviation Malaysia
Air Traffic Control Tower Complex
KL International Airport
64000 Sepang, Selangor.

you are the reason why this friendship continues..
p/s : pls pass this email to your relatives/friends/friends of friends..

Note from me: tak tahula due date ni bila.. tapi aku dapat email nie pada 15 january 2010.. dalam seminggu kot dari tarikh aku nie dia closed...

terasa la plak...

Salam 1Malaysia...

Hari ini hari jumaat... Tak sabar nak tunggu ptg pas balik kerja sebab aku nak balik johor.. yahhhoooo!!! Bukan dah lama aku tak balik sana, just nak tolong2 mak+ayah aku kat rumah tu je.. Lagipun nak lepaskan rindu kt mak+ayah+adik kecik... Aku balik ngn abg aku so kitorg nek kete.. kalo aku balik sorg je, aku mesti nek bas.. jimat skit duit eheheheh..

Okla, berbalik pada tajuk yg aku tulis tu, aku sebenarnya terasa nak letak gambar2 aku yg boleh di katakan yang terkini la.. Terasa nak share gambar kt korang tp jangan edit or super impose gambar aku plak...


Ni gambar anak patung housemate aku.. kawan dia bagi.. sangat comel patung dia nie.. geram puna da.. Warna plak warna oren, memang TM la.. heheheh


Gambar ni plak, aku , akak aku dan juga tunang akak aku g KLCC lepak2 kat situ.. Saje je g jalan2 kat Suria KLCC pastu amik gambar KLCC.. so cantik..


Gambar ni pulak, aku g usha2 jalan ke GENTING... Emm..jalan dia boleh tahan jauh jugala nak sampai ke atas.. Jalan nak keatas tu lebih kurang curam jugak la smpai kete aku termati engine hehehe.. salah masuk gear.. sepatutnya guna gear dua, aku plak gedik guna gear 3, memang la termati tiba2.. nasib baik tak kete aku tak berundur, aku sempatla tekan braek dan tarik handbreak.. Kete plak time tu tak banyak sgt dan juga jalan dia besar juga la.. Masa perjalanan g sana tu, ada dalam 3 or 4 kot stesen untuk naik cable car.. Emm..teringat dulu2 (2005) aku naik GENTING tp time tu aku naik dgn bas pastu nek cable car.. time tu murah lagi masa aku g iaitu dalam 20inggit lebih kalo tak silap aku la.. tp naik bas ni jimat skit la.. kita beli tiket bas termasuk cable car pergi+balik dan jg permainan outdoor... Seronok sgt2 time tu pergi, 1st time pergi pastu main plak permainana dia.. perhhh...memangla seronok!!.. Sekarang harga dah naik, harga permainan kt situ pun dah naik.. Gambar ni kali kedua aku g tp pergi naik kete.. Best juga naik kete, parking percuma.. boleh jln2+pusing2 GENTING tu berapa lama kita nak sebab tak perlu takut pada time untuk turun sbb cable car sampai ptg shj.. Lagi satu, aku terasa nak tgk wayang kt genting tu, nak rasa keadaan wayangnya kt genting tu.. sama atau lebih exclusive skit.. harga boleh tahan la rm12 kalo tak silap aku la.. time aku g tu, cete yg ditayangkan semua nya aku dah tengok sbb tak byk pilihan sgt.. Lepas dah puas pusing2 aku pun balik.. Oh yea lupa plak, time dah nak smpai atas tu, kabus dia perhh..hampir2 aku tak nampak jalan..turun pun cmtu jgk, sakit jugala mata nak kena tgk jln btul2.. Syukur, takde pape yg berlaku masa aku pergi dan balik genting.. 


Gambar ni kt PIVILION.. 1st aku g sana time nak kismes.. time jalan2 kt dlm pivilion tu.. tiba2 aku tgk kt luar ada salji trun.. waa..terkejut aku.. tp bila tgk betul2, pihak pivilion just buat salji tiruan.. dia kuarkan salji dari atas guna alat penyembur kot.. salji tu dia wat guna buih so nampak macam salji betul.. Dia wat kt depan pivilion so ramai yg bergambar kt situ.. ramai juga la.. Dapat jugala aku merasa salji dalam negara.. kehkehkehkeh..


Gambar ni kt dataran merdeka untuk smbut new year 2010 tapi aku tak join sampai abis.. just smpai kul9.45malam je.. Aku sebenarnya nak balik kg.. tiket aku beli on the spot, jadi hanya jam10.30 malam je yang ada tiket tu.. Aku beli time tu kul7.30 so ada banyak lagi masa jadi kitorg buat keputusan untuk lepak2 kt sana.. Sebelum lepak tu, aku g makan la dulu kt kedai mamak.. yg tensionnya kt kedai mamak tu, punya la lambat diorg amik order.. nasib baikla aku makan nasi cmpur, kalo makan yg goreng2, memang anginla aku.. sampai ada sekumpulan polis tu bla dari situ tanpa amik order.. pelik tul,ape tah mamak2 ni buat, bukan nya ramai pun time tu.. lengang je tp lambat gila amik order... sengal punya mamak..



Gambar last ni pula gambar rumah aku heheheh.. rumah lepas cat n renovate skit (tambah cornis je)... Kira puas hati la ngn umah kitorg nie.. semua nye kitorng cat, takpe amik org upah pun.. punyala penat tp berbaloi2..heheh... Yang paling best aku tgk, pintu rumah kitorg.. lawa!! ada dua caler tu... takde sape lagi yg buat cmtu..heheheh