follow me =)

Khamis, 27 Ogos 2015

Kek coklat moist simple tapi sedap

Kek coklat moist

Assalammualaikum...

Harini buat kek coklat moist pula. Tiba-tiba bulan ni rajin aku buat berbagai-bagai jenis kuih dan kek.


Bahan-bahan
Hasil daripada loyang bulat, potong masuk dalam bekas aiskrim

Macam biasa nak kongsi bahan-bahannya.  Aku pakai tepung siap yang di jual di kedai. Hanya tambah telur, minyak dengan susu cair sahaja.

Telur 2biji, minyak masak 220gm dan gula 230gm diblender sehingga kembang dan sebati. Jangan masukkan semua baru blender nanti jadi berat. Masukkan satu satu dulu..  Masukan gula,  blender sampai halus, lepas tu masukkan telur blender sampai rata dan last sekali masukkan minyak masak.  Blender sampai kembang dan rata.  Kembang tu maksudnya kalau bahan tu kita senduk dan terbalikkan, bahan tu xjatuh.  Tapi aku sudah tersilap tadi sebab masukkan bahan semua, jadi tak dapat blender sampai kembang. Agak-agak sudah ringan sikit je.

Lepas tu masukkan dalam mangkuk untuk di gaul bersama tepung dan juga susu. Masukkan sedikit demi sedikit dan berselang iaitu tepung sikit, susu sikit dan gaul. Buat sampai habis. Tidak perlu pukul kuat-kuat sebab nanti tekstur kek tepung tu hilang,  hanya gaul rata sahaja. 

Lepas dah rata semua,  baru masukkan dalam loyang..  Hasilnya sangat menakjubkan. Kek kembang dan yang penting tidak bantat ok..  =).. 

Alhamdulillah..

Kos
Tepung kek beserta gula : rm10
Susu cair atau susu segar : rm5.60 - ada lebih banyak,  bole buat minum.. 
Telur : rm1.00 anggaran if sebiji rm0.50
Total semua dalam rm17. Dapat dalam tiga bekas plastik petak atau satu loyang bulat bersaiz 23cm.



Posted via redmi

Isnin, 24 Ogos 2015

Apam susu

Assalammualaikum..  Harini buat kuih apam susu pula.  Macam biasa aku akan google cari resepi paling mudah dan bahan yang ada dirumah sahaja


Resepi pertama
Resepi kedua
Sambungan resepi kedua

Diatas ni adalah resepi yang aku telah google. Alamat blog ada dalam gambar tu juga. 


Dua kaler sahaja
Hasil dalam talam

Bahan2 seperti telur,  gula, esen vanila aku ganti esen pandan dan ovelet aku pukul guna blender je sebab tiada takde mixer. Blender sampai kaler putih. Selepas blender, baru aku gaulkan dengan tepung. Aku try blender tapi tak boleh pula,  mungkin berat. Jadi aku keluarkan dari blender dan asingkan kepada dua bahagian.  Satu kaler hijau dan satu lagi kaler merah seperti gambar diatas. Lepas tu aku gabungkan jadila seperti di atas juga. Cantik x?? Hehe..

Tepung jangan lupa ayak tau supaya tidak berketul-ketul bila campur dengan bahan yang di blend tadi.  Aku baru tahu harini sebab sebelum ni xpernah ayak. Mesti berketul bila campur. Tapi bila ayak,  tak berketul pula. Aku tak pasti sebab ada, udara dah tiada rasanya selepas ayak.

Nk buat corak tu senang je.  Aku baru tau harini juga hehe.  Guna lidi (aku guna batang sudu je sebab lidi xde),  cucuk tengah2 pastu tarik sampai ke tepi. Pastu buat lagi sampai abis satu bulatan. Bancuhan tepung tu letak selang selikan kaler. Letak di tengah2 sampai habis. Aku letak satu sudu hijau,  satu sudu merah dan seterusnya sampai habis.


Hasilnya

Atas tu hasilnya hehe..  Agak terbantut sikit. Mungkin sebab selepas masuk tepung aku tidak pukul sampai kembang.  Tapi rasa boleh tahan sedapppp =)..

Selamat mencuba!!



Posted via redmi

Jumaat, 21 Ogos 2015

Donut kentang sedap

Resepi dari blog
Sebelum masak
Setengah masak
Dah masak

Assalammualaikum..

Hari ni  aku buat donut kentang pula.  Resepi seperti diatas tapi ada ubah sikit sebab ambil bahan yang ada di dapur je.

Susu tepung takde so aku ganti dengan susu kambing dalam peket. Kira tepung susu juga la. Susu cair takde so hanya air suam saje. Telur tak letak sebab xde stock kt rumah..  Majerin pula aku guna buttercup.

Selepas jadi doh aku buat bulat siap2.  Nanti bila doh dah kembang,  aku hanya buat lubang di tengah-tengah.

Hasilnya sangat sedap.  Rangup diluar, lembut didalam. Dapat dalam 14biji donut..



Posted via redmi

Selasa, 18 Ogos 2015

Sesantai di Tanjung piai

Pintu masuk tg piai resort
Bilik yg kami duduk
Tempat santai2
Bilik2 lain

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...  Minggu ni dpt bercuti-cuti di johor.  Kebetulan husband dapat mc sebab sakit mata,  jadi plan untuk ke johor lebih awal iaitu hari khamis.  Turun johor tidur di rumah emak di kota tinggi.  Tidur sehingga hari jumaat.  Sabtu pagi kami gerak ke pontian. Tujuan utama ialah menghadiri majlis perkahwinan kawan husband merangkap kawan kami di universiti dulu.. Gerak dalam jam 9 pagi.. Pastu pergi sarapan nasi lemak di gerai wak kentut (sangat popular di kulai). Selepas sarapan dalam jam 10 pagi kami gerak ke sg karang.. Tidak jauh dalam sejam sudah sampai.. 

Kami tunggu sehingga majls bersanding tapi tidak dapat tengok dan ambil gambar sebab kami hendak gerak kerna naufal sudah tidak seleasa.. Kami gerak terus ke tanjung piai resort..  Sewa bilik semalam..  Harga sebilik rm174 (bilik standard iaitu satu queen 1single / 1 queen only). Okla harga tu..  Bilik pun besar, atas air gitu.. Permandangan pun cantik.. 
Waktu malam memang cantik dengan angin laut lagi.. Buat air kopi panas,  minum atas laut hehe..  Santaiii gituuu.. 


Taman negara tg piai
Batu...
Sampai sini je... Tutup pulak..
Kami...

Keesokkannya kami pergi ke taman negara tanjung piai plak...  Nak pergi ke penghujung benua tu tapi tutup plak..  Sebab jalan nak ke sana macam nak runtuh je..
Jalan-jalan pusing pusing..  Kami pun balik..  Tiket masuk rm5.. Kalau bukan warga negara harga lain,  tidak ingat pula berapa ringgit. 


Lekor chips

Akhir sekali kami singgah di keropok lekor tg piai..  Makan keropok lekor dan beli frozen lekor dengan lekor chip..  Sedap keropok lekor dia tapi bukan macam di ganu ni.. Lekor chips pun sedap juga.. 
Boleh la singgah sape yg g ke sana nanti.. 



Posted via redmi

Ahad, 9 Ogos 2015

Homemade roti canai

Hasil roti canai
Mkn dgn tempoyak goreng hehhe
Resepi roti canai

Assalammualaikum

Sekarang aku try buat roti canai plak...  Alhamdulillah jadi!! Sedap..  Kena tebar btul2 ngn uli rata2 semua bahan.. 
Aku tebar xla reti sgt cuma aku just kembngkn dia smpi nipis... Dpt 3 kali makan...  Pastu masak kari ayammmm...  Nyummm.. Nyumm..  Hehe...



Posted via redmi

Khamis, 6 Ogos 2015

Homemade aiskrim

Resepi dari blog..
ni la hasilnye..

Assalammualaikum..

Dh try buat resepi seperti di atas..  Tp susu creamer tukar kpd susu kotak fullcream.. Rupa dah menjadi tapi keras plak mcm air batu..  Mungkin masa blender xlama kot atau sbb gune susu kotak...  Bile dh cairkn..  Rasa mcm ada keping2an ais batu...  Kena try lg skali ni.. 



Posted via redmi

Rabu, 5 Ogos 2015

Kuih talam sedap

Resepi...

Aritu buat kuih talam... Senang je bahan2 dia...  Resepi dari blogger jgk... 

Buat dh jadi cume lupe letak garam kt lapisan atas hehe..  Rs tawar je la yg belah atas lapisan..  Lapisan bawah dah ok.. 

Gmbr xambil plak..  Huhu

Pasni nk buat homemade aiskrim plak..  Nyumm.. Nyumm... 



Posted via redmi