Sinopsis Novel Hidup, Cinta, Takdir
Ismi Fa. Ismail.
RM22.90
Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban HIDUP
Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendiri kerana tidak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah menggoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu... Pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?
Yakini Cintaku - Keajaiban CINTA
Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak mengenali antara satu sama lain. Namun mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mencintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mencintai Hoe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tidak pernah wujud sebarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh menyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud... Bagaimanapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe?
Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban TAKDIR
Najla seorang gadis yang tidak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkara dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptanya. Dia juga percaya, tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tidak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirudung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya dihadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah...
Komen : Cerita ini sangat best!! Boleh bagi 5 dari 5 bintang... Jalan cerita yang menarik... =)
aweosome...novel ni bagi nafas ..entah..tak tua nak cakap macam mana...tapi ianya bagi sesuatu yang buatkan ikin fikir cinta tu indah..takdir yang menentukan...dan jangan salah kan sesuatu...jika ianya telah tertulis dalam takdir hidup kita :)
BalasPadambetul tu ikin... novel ini dapat membuatkan sy lebih bersabar dan fikir positive... sangat suka novel ini..
BalasPadamSalam buat pemilik blog. Saya Ismi Fa Ismail, penulis novel HIDUP CINTA TAKDIR. Terima kasih sbb buat review yg best ttg novel ni. Sebagai tanda penghargaan, saya nak hadiahkan novel terbaru saya yang bertajuk CINTA Out of This World. Tlg email pd saya nama penuh, nombor telefon dan alamat utk saya poskan novel tu. Ni email sy.
BalasPadamismifaismail@yahoo.com
Terima kasih byk2... ;D
betul ke ni? thanks bebyk =).. tak sabar nak bayar baca novel terbaru Ismi Fa Ismail...
BalasPadamYe ke, sya rasa mcm best je
BalasPadam