Lama juga aku tidak balik ke rumah... Ada juga dalam 2 bulan kalau tidak silap tapi dalam dua bulan itu aku ada jugala berjumpa dengan family aku cuma tidak berada di rumah sahaja.. Semasa perjalanan pulang, ada beberapa perubahan dari segi jalan dan pembinaan infrastruktur.. Di rumah aku pula tiada perubahan kecuali apabila mak aku. Ye, aku lihat emak aku semakin kurus. Mungkin kerana makan herbalife.. hidup semakin sihat =)... Aku bila pula hendak mulakan?? Mungkin masa puasa ini aku mulakan makan herbalife..
Minggu depan aku balik rumah lagi sebabnya akak dan adik aku ada balik. Boleh berbuka puasa ramai-ramai... Bila bulan ramadhan menjelma teringat kenangan semasa berniaga di bazar ramadhan.. Kenangan yang cukup indah =)...
Salam ramadhan buat semua.. Selamat mengerjakan ibadat puasa, semoga kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini...
0 comments:
Catat Ulasan