Dulu semasa aku first time aku tengok wayang bersama kawan sekerja (nurul huda) cerita jackie chan yang berlakon, apa yang aku ingat ialah iklan carlsberg... Sehingga lah aku habis belajar di UiTM shah alam, iklan carlsberg tetap ada di panggung. Kadang-kadang aku terfikir, boleh ke aku tengok wayang ini? Semasa sekolah, aku tidak pernah tengok wayang dan apa yang aku fikir wayang adalah tempat orang jahat-jahat dan orang yang kaya je boleh tengok wayang.. Maklumlah membesar di kawasan kampung, fikiran tidak sama dengan orang dibandar kot.
Sekarang, iklan carlsberg tidak lagi ada ditayangkan di panggung. Yang ada iklan KFC, mungkin sudah ditukarkan kepada iklan KFC. Iklan KFC yang comeii. Setiap kali tengok mesti tersenyum. Bagi iklan carlsberg pula, kadang-kadang ada tapi aku rasa sekarang sudah tidak ada walaupun cerita english.
Sekarang juga aku sudah menjadi kaki wayang... Asal ada cerita baru, mesti hendak tengok. Tapi sekarang, tiket wayang sudah naik harga. Bagi wayang TGV harga sudah mencecah RM10, RM11 sehingga RM13, jikalau hari rabu harga RM9.. Bagi wayang GSC pula harga masih sama iaitu hari rabu RM6 dan hari biasa RM9 hingga RM11. Kemungkinan harga di GSC akan menaik juga. Kita tengok dan lihat sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan