follow me =)

Khamis, 25 Ogos 2011

Testing guna nset post blog ni hehehe

Rabu, 24 Ogos 2011

samsung galaxy s i9003

Yeahhh.. akhirnya aku tergoda dengan bai untuk beli nset baru iaitu samsung galaxy s (i9003)... Aku bab handphone memang aku lemah skit.. tak boleh tahan kalau tengok ada handphone canggih2 nie... tapi aku beli based on kemampuan aku je la.. kumpul duit semata untuk beli nset wakakaak.. tapi nset ni mmg tidak dijangka akan di beli oleh aku.. aku dah tahan diri je supaya aku tak beli nset baru.. maklumlah nset c6 yang aku pakai sebelum ini memang ok, puas ati dan apa yang aku nak guna kt nset tu memang ada... Aku beli nset samsung ni pun sebab memory card aku tu rosak pulak... rosak semasa aku test-test nset kat PERTAMA iaitu semasa bai hendak beli nset kat ctu.. Sakit hati juga la... org kedai tu buat tak tau je... Kedai nset kat pertama ni kalau nak beli kena berhati-hati dan make sure bawa orang yang pakar sebab kalau tidak memang kena tipu bulat-bulat... 
Samsung galaxy s i9003
RM1230 + Memory card RM30
p.s : best sgt nset ni =)... ok, dah tiba masa memasak untuk berbuka... jomm masakk...=)

Selasa, 23 Ogos 2011

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

JAWATAN:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEGAWAI REKOD PERUBATAN
3. WARTAWAN/PENULIS SKRIP
4. PEMBANTU REKOD PERUBATAN
5. KERANI
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
7. PEMBANTU AM PEJABAT

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/iklan/IklanPerjawatanPentadbiranKontrakUiTM20113.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Tarikh Tutup : 27 Ogos 2011

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

IKLAN JAWATAN KOSONG

http://www.felda.net.my/feldav3/attachments/article/311/Pembantu%20Tadbir%20N17%202011.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://e-jobs.felda.net.my/

Tarikh Tutup : 9 September 2011

Guru DG41

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:


JAWATAN LANTIKAN BARU

UKM - GURU DG41
Tarikh permohonan : 12 Ogos 2011 2 September 2011

Cara Memohon Jawatan Lantikan Baru:
Laman Web : http://www.ukm.my/ejob

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

Isnin, 22 Ogos 2011

solat sunat tasbih..

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.


KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.

Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300

2. 4 Rakaat 1 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Awal 15
Selepas Tahiyyat Awal 15
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Akhir 15

JUMLAH 300


DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

p.s : (imam semasa buat di pejabat) : buatlah solat sunat tasbih setiap malam... jika tidak larat seminggu sekali... jika tidak larat juga sebulan sekali... jika tidak larat juga setahun sekali... jika tidak larat juga sekali seumur hidup.. renung-renung dan selamat beramal ~~ 

shopping raya~~

Yeahhh.. ramai sangat orang di kuala lumpur terutamanya di shopping-shopping complex.. Hari sabtu aku pergi Sogo untuk window shopping bukan shopping ye.. Selain itu, aku temankan bai juga untuk beli seluar jeans dia.. Semasa di Sogo, memang ramai orang memilih-milih baju untuk hari raya.. dari segi harga aku tengok mahal juga... kalau ada sale 70% pun, harga nya tetap atas RM50.. itu yang menghairankan aku.. mungkin sebab berjenama kot tapi tempat lain berjenama pun ada gak yang murah... Mungkin aku takde apa nak beli jadi nak belek-belek satu persatu tu memang takdela lagi-lagi sesak macam tu.. sekejap je masuk sogo.. dalam 1 jam je, lepas tu keluar cari kedai untuk buka puasa..
jem dan sesak di sogo..
Sebelum pergi sogo tu, kami singgah di pertama.. jalan-jalan tengok nset... sekali bai berkenan pulak dengan nset samsung galaxy s. Harga ori RM1250.. Tapi dia beli yang 2ndhand harga dia RM950.. tokey kedai kasi harga RM930... Beli nset 2ndhand tu sebab orang yang first guna tu baru je 3 bulan guna nset tu dan dia nak upgrade ke samsung galaxy s II.. Kira murah juga la.. Lain nak beli, lain yang dibeli...

shopping-shopping~~
samsung galaxy s ~~
Selepas buka di restorant pelita berdekatan dengan KLCC (mula-mula hendak berbuka di hotel tapi takde tempat kosong plak), kami pergi ke downtown danau kota untuk mencari jeans lagi.. Di sogo tak termampu oleh kami untuk membeli.. beli di downtown dapat dua helai dengan harga RM100.. berbaloi-baloi =)... Sebelum pergi, kami lepak dulu di kedai restorant pelita itu untuk menonton bola sepak.. Liverpool lawan arsenal... siapa memang ye.. emmm..aku lupa plak.. heheheh =)..

restorant pelita untuk berbuka puasa ~~
Pusing-pusing di downtown tu selama dalam 5 jam. Dari lepas tengok bola, terus sampai sana dalam kul11 malam.. pusing-pusing sana, minum sekejap juga dan balik dalam kul4 pagi... kaki jangan katalah, memang lenguh gila... hantar bai ke rumah dan singgah di masjid kajang untuk solat isyak pula. Bila tiba di masjid, ramai juga orang untuk tunggu malam lailatuqadar... para jemaah tengah buat solat tasbih.. aku apa lagi, join la (1st time buat pada hari jumaat-program pejabat).. Syukur dan alhamdullh dapat belajar benda baru.. Selepas habis semula, aku pulang ke rumah, sampai dalam kul5.30pg.. sahur sekali.. dan tidoooo... =)
downtown danau kota ~~

p. s : rancangla sebelum berbelanja.. bijak berbelanja.. ~~

Jumaat, 19 Ogos 2011

manik di hari raya ~~~

Mula-mula kawan sekerja bersemangat hendak jahit baju maklumlah bila nampak kak ti menjahit manik sendiri..Sekali tengok macam senang tapi bila buat sendiri memang menguji kesabaran di bulan ramadhan =)... Aku mula-mula tidak berniat hendak jahit manik cuma saja je ikut cikmun pergi beli manik.. cikmun dan farah yang bersemangat sekali. Ajah pun ikut sekali. Semasa hendak pilih manik tu memang susah juga la sebab kaler baju dalam samar-samar diingatan.. Aku apa lagi, main beli je.. Dengan harapan kaler nya masuk dengan kaler baju aku.. Bila balik rumah, aku matchingkan kaler manik dengan baju.. alhmdllh.. kalernya masuk sangat-sangat... Aku pun mulakan menjahit selepas habis solat terawih... Ni la hasilnya... =)..

step pertama ~~

step kedua ~~

finally step ketiga ~~

p. s : Saje-saje letak manik kerana terpengaruh kawan sekerja hehehe.. buat sesimple yang boleh... =)

Khamis, 18 Ogos 2011

Kordial MARDI

Hari ini, kawan pejabat pergi beli kordial MARDI untuk di hidangkan semasa Hari Raya nanti. Kordial ini sangat sedap.. Terdapat 7 perisa iaitu oren, mangga, strawberi, sarsi, laici, campuran dan anggur.. Cara bancuh senang sahaja iaitu bancuh dengan air tanpa gula.. Rasa memang sedap.. Buatan Malaysia... Kalau dulu harganya RM7 sebotol (2 liter).. Tahun ini tidak tau la, samada kekal atau naik harga..

Perisa oren
perisa laici
perisa strawberi
perisa sarsi
perisa anggur
perisa buahan campuran
perisa mangga
 p.s : sesiapa hendak try, boleh pm saya =)...

Selamat Hari Raya

Lagu-lagu raya sudah berkumandang di corong-corong radio... Disini saya kongsi kegemaran lagu hari raya saya...

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya


p.s : Selamat Hari Raya kepada semua.. Semoga kita bijak berbelanja!!...

Rabu, 17 Ogos 2011

Nuzul Al-Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.


surah pertama yang diturunkan...
 p.s : Sama-sama lah kita menghayati dan mengamal ayat-ayat suci Al-Quran... Semoga kita mendapat keberkatan oleh-Nya...

Selasa, 16 Ogos 2011

Malam Lailatul-Qadar

Untuk dikongsikan bersama...


Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)

Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;

1.Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu ‘Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-‘Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.

2.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.

3.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.

4.Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama’ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

sumber dari http://www.islamituindah.my/persiapan-menjelang-ramadhan

p.s : Sama-samala kita mencari malam al-Qadar...

Isnin, 15 Ogos 2011

bonus kwsp yang punya...

Haiyaaa... bonus rupanya tolak juga kwsp.. Habis semua rancangan aku.. Kena plan semula la nampaknya.. Maklumlah, baru pertama kali dapat gaji.. Aku rasa kalau swasta dapat gaji pun akan tolak juga kwsp. Tapi tidak mengapalah sebab kwsp itu akan dapat balik kepada kita semula.. Itu sebagai simpanan untuk hari tua sahaja..

Susah betul aku hendak buka laman web anm untuk melihat slip gaji aku.. Mungkin terlalu ramai yang tidak berpuas hati dengan penolakan kwsp kot.. Ada yang kena tolak, ada yang tidak pula... Yang tidak kena tolak mungkin ambil pencen kot.. Pape pun, syukur dapat bonus untuk bulan ini... Dapat untuk beli skirt raya dan juga simpan duit untuk kawen.. Kawen??? emmm...semoga aku ada jodoh dengan si dia dan dimurahkan rezeki untuk kami kawen (memerlukan kerja yang boleh menjamin masa hadapan kami - permenant).. Jikalau tiada jodoh, ketemukan aku dengan jodoh aku.. amin.. 

p.s : hendak shoping di mana ye?? teringin nak makan aroma ikan bakar, jeram bersama si dia... =)... Bila pulak hendak berbuka di luar dengan housemate ye???

Pokok - Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Indahnya cinta - Nidji

Oh jiwa muda
Mudah bercinta
Mudah putus juga

Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah

Oh jiwa muda
Jangan sampai mudah menyerah
Semua demi cinta
Hai jiwa muda pertahankan cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
Cinta paling indah

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah
Menghiasi jiwa untuk selamanya
Cinta masa muda
 
p.s : memang indah bercinta saat muda.. banyak kenangan manis =)...

Ahad, 14 Ogos 2011

tq ila ~~~

terima kasih kepada ila kerana masakkan aku ikan bakar pandan =)... Tiba-tiba je mengidam hendak makan ikan bakar... 

ikan bakar pandan =)

sayur-sayur untuk makan tomyam...

air carrot susus...
Selamat berbuka!!...

Sabtu, 13 Ogos 2011

my roses ~~

Suka sangat-sangat bila my roses menampakkan daun-daun baru selepas semua daunnya dan juga bunya layu kerana di makan oleh serangga perosak... Aku ingat sudah mati, sedih juga mula-mula tengok sehingga aku malas hendak jaga.. Tiba-tiba bila aku tengok pokok itu semula, aku dapati terdapat daun-daun baru hendak tumbuh... Semoga my roses dapat mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan harum baunya... amin..

Layu....

Tumbuh pucuk baru..

tumbuh daun baru juga...
p.s : Masih belajar untuk menjaga pokok bunya ros...

berbuka puasa bersama-sama ~~~

12 Ramadhan bersamaan dengan 12 Ogos 2011, Buat pertama kalinya aku dan juga housemate aku berkesempatan berbuka bersama... Walaupun satu rumah tetapi masing-masing mempunyai komitmen yang tersendiri menyebabkan jarang untuk berbuka bersama semua orang... Tetapi hari ini, kami berbuka puasa di rumah dengan menu masakan yang di cadangkan oleh eny iaitu nasi kerabu + ayam goreng ila + telur puyuh ct + sotong jem + kuih onde-onde (buah melaka) bersama pencuci mulut iaitu kek coklat mek ti =)... Jimat kan, tak perlu membazir, berbaloi-baloi =)...  
Resepi nasi kerabu boleh tengok ni blog ini http://blog01011.blogspot.com/2011/07/request.html

Menu-menu seperti yang disebutkan

tempat memasak...

pencuci mulut.. sedapp=), siapa nak boleh order ngn saya..=)

Percaya Padaku - Unggu

Suka lagu ini juga =)

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Lelaki Seperti Aku - Alif Satar

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak


Memang tak ada lelaki sehebat aku

Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

p.s : sesiapa nak tolak secara baik, kasila lagu ini =)

Khamis, 11 Ogos 2011

kursus halal dan kursus GMP

Sesiapa yang ingin menyertai kursus Ke Arah Penghasilan Makanan Halal pada 20-22 September 2011 dan juga Kursus GHP pada 26 - 29 September.. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan pesanan di tab comment.. =)..

Horrible Bosses

Tarikh : 10 Ogos 2011 (Rabu)
Masa : 9.00malam - 11.00malam
Tempat : Jusco Cheras Selatan (tgv)
Harga : RM13.00

Director: Seth Gordon

Cast: Jason Bateman, Charlie Day, Jason Sudeikis, Jennifer Aniston, Jamie Fox, Colin Farrell, Kevin Spacey, Donald Sutherland and Julie Bowen

Synopsis: For Nick, Kurt and Dale, the only thing that would make the daily grind more tolerable would be to grind their intolerable bosses into dust. Quitting is not an option, so, with the benefit of a few-too-many drinks and some dubious advice from a hustling ex-con, the three friends devise a convoluted and seemingly foolproof plan to rid themselves of their respective employers...permanently. There's only one problem: even the best laid plans are only as foolproof as the brains behind them.

Komen dari saya : Cerita yang kelakar... =).. Dalam berani ada takutnye...

Selasa, 9 Ogos 2011

bonus aku punya ~~


duit..duit.. di mana kau duit..=)
Hari ini aku tertarik dengan hot chat di Hotfm.. "Bonus aku yang punya"... Alhamdulillah, dapat juga bonus pada tahun ini sebanyak setengah gaji, tapi minima RM500.. tak tau la dapat RM500 atau setengah gaji.. Harap-harap bonus minima itu untuk pesara sahaja.. Kecoh juga kalau kerajaan dapat bonus... cuba kalau swasta dapat bonus, senyap-senyap je.. lepas tu banyak pulak tu.. yang paling banyak aku dengar bonus 14 bulan gaji.. tu tentunya bonus dari bank-bank rasanya ataupun dari company yang banyak keuntungan... Mungkin orang kata, kerja di sektor swasta lebih teruk daripada kerja kerajaan... Mungkin orang tidak nampak kerja di sektor kerajaan adalah sama sibuk, sama teruk dengan sektor swasta.. Hanya mereka yang melalui sahaja yang akan merasai semua itu...

Hot chat di Hotfm ada yang mengatakan hendak bayar duit baju yang dibuat tempahan tak sampai 10 helai.. AG pulak kata, meke banyak berpeluh ke?? hehehe
Ada pulak yang mengatakan bonus itu untuk khawin dan honeymoon... sedih dalam gembira kata pak usop...
Ada pulak untuk memberikan duit raya kepada sanak saudara...
Ada pulak sedia menyimpankan duit bonus suami/ isteri...
Macam-macam perancangan yang telah dibuat.. Tapi bagi aku, insyllh aku akan simpan duit itu untuk masa depan aku heheehhe... Semoga aku dapat tahan nafsu membeli belah aku =)...

p/s : bersyukur dan hargai apa yang kita dapat sekarang.. belum tentu kita dapat perkara yang sama di masa akan datang

Isnin, 8 Ogos 2011

Hari Taska Antarabangsa...

Tadi dengar di radio Hot FM, Hot chat kali ini membincangkan mengenai Hari Taska Antarabangsa.. Aku baru pertama kali mendengar hari tersebut. Ada juga rupanya, ingatkan ada hari guru  sahaja.. Bagus juga hari taska diadakan bagi mengenang jasa mereka yang mendidik anak-anak dimana para ibubapa tidak dapat berbuat demikian kerana bekerja untuk mendapatkan rezeki.. Aku tidak menjumpai artikel mengenai Hari Taska, mungkin kerana ramai yang tidak tahu atau ramai yang tidak alert dengan hari ini...

Selamat menyambut Hari Taska walaupun aku dibesarkan dengan kasih sayang ibubapa dari kecil =)...

abcde~~~
taska...

Ahad, 7 Ogos 2011

perindu...

Habis juga aku baca novel berjudul Rahsia Perindu... Jalan cerita yang sungguh complicated sehingga aku kena baca berulang kali untuk memahamkan jalan ceritanya... 
Di sini aku hendak kongsikan sedikit hasil tulisan dalam novel ini.. 
"Nak kata puisi pun bukan juga tapi itulah rahsia hati abang" 

'Isteriku... ibarat bidadari pemberian dari langit
Nyawaku bersatu dalam nafasmu
Sedangkan nafasmu adalah nyawaku
Jasad dan roh kita ditakdirkan bertaut
Isteriku yang disayangi...
Biar sejuta tahun kita bernafas
Kau tetap di hati, mahkota jiwaku
Kerana tanpamu, aku tak mampu bernafas sendiri
Terima kasih kerana mencintai
dan menjadi bidadariku'

p/s : setia menanti kata-kata pujangga dari mu...=)

Sabtu, 6 Ogos 2011

give and take ~~

Hari itu aku ada hadiahkan dia seutas jam tangan replika (ori tak mampu nak beli =p).. Aku belikan pun kerana sudah lama niat di hati hendak belikan jam, lagi-lagi semasa birthday boy. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku tangguhkan sehingga bulan ini.. Pemberian ini juga sempena kenaikan gaji aku sebanyak RM90 sahaja.. Ok la daripada tidak naik langsung kan tapi sekejap je la sampai tahun depan.. tahun depan kena cari kerja lain pula... sedihnya bila memikirkannya... Ok, berbalik pada topik jam pula.. ini gambar jam nya...



tag heuer monaco LS, RMxx =)
Sempena puasa ini, ramai yang masih tercari-cari lagi baju raya.. Semalam jalan-jalan di the curve terjumpa la kedai baju.. Saja tengok-tengok dan berkenan pada satu baju, dia pun cakap lawa... Dia tanya nak ke? saya tanya boleh ke sebab harga dia RMxxx. Dia cakap nak ke tak, so maknanya dia memang tidak kisah pada harga dia.. Aku apa lagi, terus je cuba baju tu.. Kebetulan, aku memang tengah mencari baju berwarna ala-ala kelabu sebab hendak samakan baju melayu yang aku buatkan untuk dia.. Setelah cuba, aku selesa dengan baju itu jadi terus ambil.. Terima kasih awk.. sayang awk =)... 

kain baju zaman dulu-dulu =)..
lebih kurang sama kaler =)
I loving it!!.. 

p/s : Selamat berpuasa kawan-kawan...

shake to shake...

Hari ini terasa segar pula apabila sahur hanya minum shake dan juga sekeping roti... Tidak terasa lapar sangat dan tidak rasa menggigil.. Esok makan kita makan lagi.. =)

Rise of the planet of the apes

Tarikh : 6 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa : 12.30 pagi - 2.30 pagi
Tempat : The Curve, Damansara
Harga : RM12.00


Director: Rupert Wyatt
Cast: James Franco, Freida Pinto, John Lithgow, Andy Serkis, Tom Felton, Brian Cox, David Hewlett

Synopsis: RISE OF THE PLANET OF THE APES combines fantastic storytelling with the next leap in Visual Effects for an emotional and action-packed motion picture experience unlike any other. Man's arrogance sets off a chain of events that leads to intelligence in apes and a challenge to our place as the dominant species on the planet. Caesar, the first intelligent ape, is betrayed by humans and rises up to lead his species' spectacular race to freedom and the ultimate showdown with Man. In Caesar, WETA - the Oscar-winning visual effects team behind Avatar - have created a CGI ape that delivers a dramatic performance of unprecedented emotion and intelligence

Komen dari saya : Boleh bagi 5 bintang daripada 5 bintang... sangat best jalan cerita dia... 

Khamis, 4 Ogos 2011

Masehi dan Hijrah...

Tiba-tiba hari ini tergerak hendak melihat kalender islam...
Tarikh lahir aku pada 9 Januari 1985 adalah bersamaan dengan 16 Rabiulakhir 1405..
Sekarang 4 Ogos 2011 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1432..
Jika 9 Januari 2011 bersamaan dengan 4 Safar 1432, maka umur aku 27 tahun iaitu kurang satu tahun mengikut kalender masehi.. Semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. aminn..

Januari 2012...
1hb - 23hb = 3 - 29 Safar 1433
24hb - 31hb = 1 - 8 Rabiul Awal1433

Februari 2012...
1hb - 22hb = 9 - 30 Rabiul Awal 1433
23hb - 29hb = 1 - 7 Rabiul Akhir 1433

Mac 2012...
1hb - 23hb = 8 - 30 Rabiul Akhir 1433
24hb - 31hb = 1 - 8 Jamadil Awal 1433

April 2012...
1hb - 21hb = 9 - 29 Jamadil Awal 1433
22hb - 30hb = 1 - 9 Jamadil Akhir 1433

Mei 2012...
1hb - 21hb = 10 - 30 Jamadil Akhir 1433
22hb - 31hb = 1 - 10 Rejab 1433

Jun 2012...
1hb - 20hb = 11 - 30 Rejab 1433
21hb - 30hb = 1 - 10 Syaaban 1433

Julai 2012..
1hb - 19hb = 11 - 29 Syaaban 1433
20hb - 31hb = 1 - 12 Ramadhan 1433

Ogos 2012...
1hb - 18hb = 13 - 30 Ramadhan 1433
19hb - 31hb = 1 - 13 Syawal 1433

September 2012...
1hb - 16hb = 14 - 29 Syawal 1433
17hb - 30hb = 1 - 14 Zulkaedah 1433

Oktober 2012...
1hb - 16hb = 15 - 30 Zulkaedah 1433
17hb - 31hb - 1 - 15 Zulhijjah 1433

November 2012...
1hb - 14hb = 16 - 29 Zulhijjah 1433
15hb - 30hb = 1 - 16 Muharram 1434

Disember 2012...
1hb - 13hb = 17 - 29 Muharram 1434
14hb - 31hb = 1 - 18 Safar 1434

Rabu, 3 Ogos 2011

Salam Ramadhan...

Selamat menyambung bulan ramadhan yang penuh keberkatan..
Semoga aku mendapat keberkatan dan kerahmatan di bulan ramadhan ini..
Semoga aku di murahkan rezeki...
Semoga aku tabah, sabar dan redha dengan perjalanan hidup yang semakin mendebarkan...
Semoga aku di panjangkan jodoh dengan si dia =)..