|
duit..duit.. di mana kau duit..=) |
Hari ini aku tertarik dengan hot chat di Hotfm.. "Bonus aku yang punya"... Alhamdulillah, dapat juga bonus pada tahun ini sebanyak setengah gaji, tapi minima RM500.. tak tau la dapat RM500 atau setengah gaji.. Harap-harap bonus minima itu untuk pesara sahaja.. Kecoh juga kalau kerajaan dapat bonus... cuba kalau swasta dapat bonus, senyap-senyap je.. lepas tu banyak pulak tu.. yang paling banyak aku dengar bonus 14 bulan gaji.. tu tentunya bonus dari bank-bank rasanya ataupun dari company yang banyak keuntungan... Mungkin orang kata, kerja di sektor swasta lebih teruk daripada kerja kerajaan... Mungkin orang tidak nampak kerja di sektor kerajaan adalah sama sibuk, sama teruk dengan sektor swasta.. Hanya mereka yang melalui sahaja yang akan merasai semua itu...
Hot chat di Hotfm ada yang mengatakan hendak bayar duit baju yang dibuat tempahan tak sampai 10 helai.. AG pulak kata, meke banyak berpeluh ke?? hehehe
Ada pulak yang mengatakan bonus itu untuk khawin dan honeymoon... sedih dalam gembira kata pak usop...
Ada pulak untuk memberikan duit raya kepada sanak saudara...
Ada pulak sedia menyimpankan duit bonus suami/ isteri...
Macam-macam perancangan yang telah dibuat.. Tapi bagi aku, insyllh aku akan simpan duit itu untuk masa depan aku heheehhe... Semoga aku dapat tahan nafsu membeli belah aku =)...
p/s : bersyukur dan hargai apa yang kita dapat sekarang.. belum tentu kita dapat perkara yang sama di masa akan datang
0 comments:
Catat Ulasan