follow me =)

Isnin, 22 Ogos 2011

solat sunat tasbih..

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.


KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.

Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300

2. 4 Rakaat 1 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Awal 15
Selepas Tahiyyat Awal 15
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Akhir 15

JUMLAH 300


DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

p.s : (imam semasa buat di pejabat) : buatlah solat sunat tasbih setiap malam... jika tidak larat seminggu sekali... jika tidak larat juga sebulan sekali... jika tidak larat juga setahun sekali... jika tidak larat juga sekali seumur hidup.. renung-renung dan selamat beramal ~~ 

0 comments:

Catat Ulasan