Assalammualaikum...
Alhamdulillah... Minggu ni dpt bercuti-cuti di johor. Kebetulan husband dapat mc sebab sakit mata, jadi plan untuk ke johor lebih awal iaitu hari khamis. Turun johor tidur di rumah emak di kota tinggi. Tidur sehingga hari jumaat. Sabtu pagi kami gerak ke pontian. Tujuan utama ialah menghadiri majlis perkahwinan kawan husband merangkap kawan kami di universiti dulu.. Gerak dalam jam 9 pagi.. Pastu pergi sarapan nasi lemak di gerai wak kentut (sangat popular di kulai). Selepas sarapan dalam jam 10 pagi kami gerak ke sg karang.. Tidak jauh dalam sejam sudah sampai..
Kami tunggu sehingga majls bersanding tapi tidak dapat tengok dan ambil gambar sebab kami hendak gerak kerna naufal sudah tidak seleasa.. Kami gerak terus ke tanjung piai resort.. Sewa bilik semalam.. Harga sebilik rm174 (bilik standard iaitu satu queen 1single / 1 queen only). Okla harga tu.. Bilik pun besar, atas air gitu.. Permandangan pun cantik..
Waktu malam memang cantik dengan angin laut lagi.. Buat air kopi panas, minum atas laut hehe.. Santaiii gituuu..
Keesokkannya kami pergi ke taman negara tanjung piai plak... Nak pergi ke penghujung benua tu tapi tutup plak.. Sebab jalan nak ke sana macam nak runtuh je..
Jalan-jalan pusing pusing.. Kami pun balik.. Tiket masuk rm5.. Kalau bukan warga negara harga lain, tidak ingat pula berapa ringgit.
Akhir sekali kami singgah di keropok lekor tg piai.. Makan keropok lekor dan beli frozen lekor dengan lekor chip.. Sedap keropok lekor dia tapi bukan macam di ganu ni.. Lekor chips pun sedap juga..
Boleh la singgah sape yg g ke sana nanti..
Posted via redmi
0 comments:
Catat Ulasan