Assalammualaikum.. Harini buat kuih apam susu pula. Macam biasa aku akan google cari resepi paling mudah dan bahan yang ada dirumah sahaja
Diatas ni adalah resepi yang aku telah google. Alamat blog ada dalam gambar tu juga.
Bahan2 seperti telur, gula, esen vanila aku ganti esen pandan dan ovelet aku pukul guna blender je sebab tiada takde mixer. Blender sampai kaler putih. Selepas blender, baru aku gaulkan dengan tepung. Aku try blender tapi tak boleh pula, mungkin berat. Jadi aku keluarkan dari blender dan asingkan kepada dua bahagian. Satu kaler hijau dan satu lagi kaler merah seperti gambar diatas. Lepas tu aku gabungkan jadila seperti di atas juga. Cantik x?? Hehe..
Tepung jangan lupa ayak tau supaya tidak berketul-ketul bila campur dengan bahan yang di blend tadi. Aku baru tahu harini sebab sebelum ni xpernah ayak. Mesti berketul bila campur. Tapi bila ayak, tak berketul pula. Aku tak pasti sebab ada, udara dah tiada rasanya selepas ayak.
Nk buat corak tu senang je. Aku baru tau harini juga hehe. Guna lidi (aku guna batang sudu je sebab lidi xde), cucuk tengah2 pastu tarik sampai ke tepi. Pastu buat lagi sampai abis satu bulatan. Bancuhan tepung tu letak selang selikan kaler. Letak di tengah2 sampai habis. Aku letak satu sudu hijau, satu sudu merah dan seterusnya sampai habis.
Atas tu hasilnya hehe.. Agak terbantut sikit. Mungkin sebab selepas masuk tepung aku tidak pukul sampai kembang. Tapi rasa boleh tahan sedapppp =)..
Selamat mencuba!!
Posted via redmi
0 comments:
Catat Ulasan