follow me =)

Rabu, 15 September 2010

Al-Fatihah buat allahyarhamah RAIHANA BINTI ZAINUDIN

Salam 1 Malaysia...

Pada 5 September 2010, aku dan family aku menerima berita yang menyedihkan. Dalam jam7 tiba2 aku terdengar mak aku menangis teresak2.. ayah aku pula menenangkan mak aku... aku baru nak pergi jenguk mak aku yg menangis tu, tiba2 mak dan ayah aku masuk dalam bilik aku.. Mak aku kata "iti, kak nana ko dah takde ti.. accident"... mak aku srh kemas2 bj untuk g sana.. Aku terkejut tak terkata ape?? aku siap tnye, iwan macam mane?? terlupa aku seketika yang abg aku iwan masih di korea bekerja disana... Selepas itu, mak n abah aku call semua sedara mara... call2 tak berangkat.. last2 abah aku tulis msg je.. pastu call akak aku.. Time tu akak aku da kt kuantan.. Kebetulan arwah di hospital kuantan untuk dipostmortem.. Akak aku sempat bertnya berita mengenai kejadian tu. Kemalangan melibatkan 3 org. sorang masuk icu(dgr2 dan kuar icu dan sedar), sorang lagi terselamat (pemandu)... Akak ipar aku duk belakang, so dia yang kena teruk... di ceritakan sebab kematian adalah kerana kecedaraan dikepala dan tengkuk patah... Yang memilukan, ayah kepada arwah telah menelefon abg aku dikorea tetapi tidak dapat dihubungi. Setelah jam9, ayah arwah menelefon syarikat abg aku supaya menelefon pej dikorea untuk memberitahu abg aku ttg kejadian tersebut....
Jam 9pagi, kami bertolak ke kuantan dgn hajat dihati ingin melihat arwah disana sambil mengikut ke kualu kubu bharu untuk dikebumikan. Hajat kami tidak kesampaian kerana kelewatan, jalan plak banyak lori so tak leh nk bw kete laju skit. Hampir sampai je dirompin, akak aku memberitahu yang mayat arwah telah dikeluarkan dan seterusnya dimandikan dan dikapan.. Setibanye kami di rompin, akak aku memberitahu arwah telah dibawa ke kuala kubu bharu... Dengan itu, kami membuat keputusan untuk terus ke kuala kubu bharu... Dari rompin kami ke highway ape ye nama highway tu, lupa plak.. highway timur kot.. Selepas itu, akak aku tunggu kami di hentian lanchang supaya dapat konboi bersama maklumla, tempat tu kami tak pernah sampai lagi, pergi berpandukan kata2 ayah arwah. Kuala Kubu Bharu tu adalah kmpung kpd si arwah, disana ada kubur atok arwah juga, selain itu tempat tu agak dekat ngn tempat abg aku kerja... Lagipun senang sedara2 mereka untuk ziarah kubur arwah...
Kami smpai di rumah kuala kubu bharu pada kul5.00 ptg dimana sama masa dengan abg aku sampai di KLIA.. Di KLIA, kwn2 abg aku yang datang ambil abg aku. kami cuma duduk disni menunggu kepulangan abg aku... Sementara tunggu abg aku, aku melihat mayat arwah, wajahnye sangat tenang.. semoga dicucuri rahmah keatas arwah, semoga ditempatkan ditempat org yang soleh dan solehah..
Jam7ptg, aku aku smpai... Aku tgk di keluar dr kereta sgt lemah sekali.. cm nak pengsan.. lepas turun, dia terus peluk abah aku.. aku dan yg lain sgt terharu.. kawan2 yang lain menenangkan abg aku... selepas itu, abg aku masuk rumah dan memeluk emak mertua..sedih aku tgk.. selepas tu, dia berdiri dihadapan arwah melihat arwah dgn tabah... Paklang arwah selaku ketua mengurus arwah memberitahu abg aku supaya menjadi imam solat arwah tetapi abg aku tidak kuat untuk itu.. Dia just jdi makmum sahaja.. selepas jenazah disembahyangkan.. Kami semua berbuka puasa dahulu kerana dah nak berbuka time itu.. Kami berbuka beramai2 secara ala kadar... bak kata org alas perut.. Selepas buka, slt mgrib, jenazah dibawa untuk dikebumikan... Aku,adik dan akak aku tidak ikut.. Tidak kuat untuk melihat itu semua... kami tunggu dirumah sementara abg2 dan ayah aku pergi skali... 
Dalam jam10, org2 yang pergi sudah pulang dan juga makan skali.. selesai semua... Semoga arwah dirahmati ALLAH... Salam aidilfitri.. Maaf Zahir batin.. sesungguhnya daripada Nya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali.