follow me =)

Jumaat, 7 Oktober 2011

bukan puteri lindungan bulan - liana afiera malik

thanks belikan ini =)...
Yeyy.. terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada abu ubaidah kerana sudi membelikan novel ini. Lain kali jangan mungkir janji lagi k =)... Aku tak pernah tahu pun novel ini. Menurut kata dia, novel ini sangat popular semasa sekolah... penjual novel semasa pesta buku pun btau kami yang novel ni sudah banyak kali di cetak dan sangat susah hendak dapatkan.. tebal novel ni dua kali ganda novel biasa... kena makan masa yang lama untuk aku menghabiskan novel ini. Maklumla, kalau aku membaca memang susah hendak laju.. kena baca setiap patah baru aku paham hehhehe.. Tidak sabar hendak baca novel ini.. yeyy.. =).. tak taula samada novel ini masih sesuai dengan sekarang atau sekadar popular semasa sekolah.. senang dikatakan untuk jiwa remaja sahaja..

Sinopsis
Lahirnya dia ke dunia menghapuskan mimpi-mimpi duka.

Pemergian ayahandanya menyebabkan dia tersisih dari kasih sejati

ibu sendiri. Namun demi sebuah memori dikuatkan dirinya

meneruskan perjuangan yang  diwariskan. Apa yang diharapkan

tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban

dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya berubah

warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang.

0 comments:

Catat Ulasan