Assalammualaikum...
Harini buat kek coklat moist pula. Tiba-tiba bulan ni rajin aku buat berbagai-bagai jenis kuih dan kek.
Macam biasa nak kongsi bahan-bahannya. Aku pakai tepung siap yang di jual di kedai. Hanya tambah telur, minyak dengan susu cair sahaja.
Telur 2biji, minyak masak 220gm dan gula 230gm diblender sehingga kembang dan sebati. Jangan masukkan semua baru blender nanti jadi berat. Masukkan satu satu dulu.. Masukan gula, blender sampai halus, lepas tu masukkan telur blender sampai rata dan last sekali masukkan minyak masak. Blender sampai kembang dan rata. Kembang tu maksudnya kalau bahan tu kita senduk dan terbalikkan, bahan tu xjatuh. Tapi aku sudah tersilap tadi sebab masukkan bahan semua, jadi tak dapat blender sampai kembang. Agak-agak sudah ringan sikit je.
Lepas tu masukkan dalam mangkuk untuk di gaul bersama tepung dan juga susu. Masukkan sedikit demi sedikit dan berselang iaitu tepung sikit, susu sikit dan gaul. Buat sampai habis. Tidak perlu pukul kuat-kuat sebab nanti tekstur kek tepung tu hilang, hanya gaul rata sahaja.
Lepas dah rata semua, baru masukkan dalam loyang.. Hasilnya sangat menakjubkan. Kek kembang dan yang penting tidak bantat ok.. =)..
Alhamdulillah..
Kos
Tepung kek beserta gula : rm10
Susu cair atau susu segar : rm5.60 - ada lebih banyak, bole buat minum..
Telur : rm1.00 anggaran if sebiji rm0.50
Total semua dalam rm17. Dapat dalam tiga bekas plastik petak atau satu loyang bulat bersaiz 23cm.
Posted via redmi
0 comments:
Catat Ulasan