follow me =)

Memaparkan catatan dengan label Jahitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jahitan. Papar semua catatan

Sabtu, 3 November 2012

pola baju melayu siri 2

Sambungan pola baju melayu siri 1 (DI SINI)

6. Kolar

pola kolar













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran leher + 1 inci.
  • Dari A, tandakan 1 1/4 inci dan labelkan C. AC = lebar kolar.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD
pola kolar 2












  • Dara C, naikkan 3/4 inci dan labelkan E.
  • Dari A, naikkan 1 inci dan labelkan F.
  • Gunakan pembentuk, lakar garis separuh melengkung dari F ke B dan dari E ke D.

7. Tetulang kiri

pola tetulang kiri












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 1 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 2 inci dan labelkan E.

pola tetulang kiri













  • Dari D, turunkan 2 inci dan labelkan F.
  • Tandakan titik tengah EF dan labelkan G.
  • Dari E, naikkan 1/2 inci dan labelkan H.
  • Dari F, naikkan 1/2 inci dan labelkan I.
  • Lakar garis lurus GH dan GI.

8. Tetulang kanan

pola tetulang kanan












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 3/4 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 1/2 inci dan labelkan E.
  • Dari D, turunkan 1/2 inci dan labelkan F.

9. Kocek bawah

pola kocek bawah













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 6 1/2 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 7 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan E.
  • Dari B, naikkan 2 inci dan labelkan F.

10. Kocek atas

Pola kocek atas













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 5 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 5 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, naikkan 1/2 inci dan labelkan E.













  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan F.
  • Dari E, naikkan 2 inci dan labelkan G.
  • Lakar garis lurus AE dan FG.
Habis sudah ilmu untuk pola baju melayu.. Selepas ini, saya akan kongsikan pola untuk seluar baju melayu pula... Mari kita nantikan =)...

p/s : Selamat mencuba =)..

Sabtu, 6 Oktober 2012

pola baju melayu siri 1

Setelah mengambil ukuran baju (DI SINI) dan juga seluar (DI SINI). Sekarang mari kita melukis dan mengunting pola baju pula...

1. Bahagian hadapan dan belakang baju

bahagian badan baju












  • Lakar garis lurus dari A ke B. A = B ukuran labuh baju.
  • Lakar garis lurus dari A ke C. A = C 1/2 ukuran lebar baju.
  • AC = BD. Lakar garis lurus CD dan DB.
2. Lengan

lengan baju












  • Dari C, tandakan  F = 1/4 bahu + 1 inci.
  • Lakar C ke F = Ukuran labuh lengan.
  • Dari F, tandakan G = 1/4 bukaan tangan.
lengan baju












  • Lakar garis lurus dari F ke G.
  • Dari E, keluarkan 1/2 inci dan labelkan H.
  • Gunakan pembentuk, lakar garis berbentuk dari C ke H. C ke H = 1/2 ukuran pangkal lengan.
3. Pesak

pesak baju












  • Pada garis lurus EG, tandakan 2 1/1 inci dari E dan labelkan I.
  • Pada garis lurus BD, dari D, tandakan 4 1/2 inci dan labelkan J. Lakar garis lurus dari I ke J.
4. Kekek

kekek baju












  • Pada garis lurus IJ, dari I, tandakan 3 inci dan labelkan K.
  • Pada garis lurus EG, dari I, tandakan 3 inci dan labelkan L. Lakar garis lurus KL.
5. Leher

leher baju












  • Lakar garis lurus A ke B = 1/2 ukuran leher + 1 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C = ukuran leher = 1/4 inci.
  • AC = BD, lakarkan garis lurus BD dan CD. AB = CD = ukuran leher + 1 inci.
pola leher












  • Dari A, naikkan 1/2 inci dan labelkan E.
  • Dari C, naikkan 1/2 inci dan labelkan F.
  • gunakan sesiku, lakar bentuk separuh bulatan dari E ke B.
Ok. Setakat ini saja yang aku dapat sharekan.. InsyaAllah esok aku akan sambung semula untuk pola kolar,  tetulang kiri kanan dan kocek. Selamat mencuba =)..

Jumaat, 19 Ogos 2011

manik di hari raya ~~~

Mula-mula kawan sekerja bersemangat hendak jahit baju maklumlah bila nampak kak ti menjahit manik sendiri..Sekali tengok macam senang tapi bila buat sendiri memang menguji kesabaran di bulan ramadhan =)... Aku mula-mula tidak berniat hendak jahit manik cuma saja je ikut cikmun pergi beli manik.. cikmun dan farah yang bersemangat sekali. Ajah pun ikut sekali. Semasa hendak pilih manik tu memang susah juga la sebab kaler baju dalam samar-samar diingatan.. Aku apa lagi, main beli je.. Dengan harapan kaler nya masuk dengan kaler baju aku.. Bila balik rumah, aku matchingkan kaler manik dengan baju.. alhmdllh.. kalernya masuk sangat-sangat... Aku pun mulakan menjahit selepas habis solat terawih... Ni la hasilnya... =)..

step pertama ~~

step kedua ~~

finally step ketiga ~~

p. s : Saje-saje letak manik kerana terpengaruh kawan sekerja hehehe.. buat sesimple yang boleh... =)

Khamis, 21 Julai 2011

LSN Open Day...


For all Sewing Lovers out there, grab your desired sewing machine at your desired price! Discounts up to 50% and also Cash Rebates on selected items!!

Hurry up! Visit us and grab your desired sewing machine with SPECIAL PRICE OFFER during 23rd and 24th of July 2011 (Saturday & Sunday). YES! Two days ONLY!! Be here to check out the promotional items and stand a chance to win JL 308 Home Sewing Machine worth RM 899!!!
All sewing lovers who attend our Open Day will be entitled for Lucky Draw with exciting sewing accessories upon registration. On top of that, a packet of Chocolate Chips Cookies will be given too in conjunction on one of the biggest festive season (Hari Raya) in Malaysia!!
Only ONE unit of JL 308 sewing machine is available for lucky draw so what are you still waiting forJoin us for the Celebration and be the one who grab a FREE sewing machine home!
Again, it’s only for TWO days! Do not miss out this chance to get your desired machine at your desired price. Come meet our friendly and professional staffs to get the best deal with detailed explanation of the functions, specifications, operations of sewing machine and of course demonstration of machine! Be prepared to see the 
advancement of sewing and embroidery machine; you will be impressed! =)


Teringin hendak pergi, hendak servey2 harga. Kalau murah, boleh terus beli tu pun kalau duit mencukupi.. Emm..tapi macam tidak boleh je.. Susahnya kalau gaji takuk itu je, tidak ada OT.. Kalau boleh OT, sudah lama aku buat OT.. Aku memerlukan duit untuk kawennnn... Waahhh...sungguh tension jika memikirkan tentang duit.. Semoga rezeki aku sentiasa ada.. amin...

Jumaat, 24 Jun 2011

mesin jahit Brohter XL2630 vs Brother BM2600

Dear Blogger,

Apa perbezaan yang ada pada Brother BM2600? Aku bandingkan ciri-ciri dia dalam internet tidak ada yang beza... Semua sama sahaja, harga pun sama juga RM799. Tadi pusing-pusing di court Mines, ingat hendak usha harga periuk nasi maklumla tuan punya rice cooker sudah hendak mendirikan masjid, jadi kena beli yang lain.. Tengok harga semua dalam seratus lebih. Tengah usha-usha tu ternampak pulak mesin jahit brother, sekali pandang macam kawan aku punya tapi macam lain. Harga sama cuma ada diskaun RM100 jadi tinggal dalam RM699. Agak murah la berbanding dengan promosi brother XL2630 di LSN. Rasa hendak beli saja tapi duit sudah habis pulak sebab sudah beli mesin basuh. Hendak tunggu bulan depan macam lama sangat pulak.. Rasa macam hendak buat loan kt akak je, emm..dia kasi ke ek??.. Yang beza hanya kaler je, satu kaler kelabu..lagi satu kaler ungu... Mungkin satu keluaran lama dan lagi satu keluaran baru kot.. Emm..dugaan betul untuk memilih..

Brother BM-2600

Brother XL-2630

Rabu, 22 Jun 2011

Mesin jahit - Brother XL-2630 vs Brother LS-2160

Dear Blogger,

Cut cost...
Perbezaan antara Brother XL-2630 dan Brother LS-2160

                                                   XL-2630         LS-2160
1. Harga                                      RM799           RM599
2. Sound Level                            Silent               Normal
3. Automatic Needle Threading   Semi-Auto       None
4. Quick Set Bobbin                   Yes                  No
5. Build in Stitches                       25                   14
6. Case/Cover type                     soft case          None

Setakat ini ada 6 perbezaan je yang dapat aku cari... Tidak tahu lagi samada nak beli XL atau LS... Hati memang hendak beli XL tapi duit  rasanya cukup untuk LS.. Kalau mengikut kegunaan, aku just guna jahit lurus dan lubang butang sahaja.. Akan aku fikir-fikirkan yang mana patut aku beli.. Memang nak kena cut cost.. Aku memerlukan mesin jahit untuk mengisi masa lapang aku selepas kontrak kerja aku habis...


p/s : tak sabar nak tunggu akhir bulan 7... Perlukahhh??

Khamis, 16 Jun 2011

gerhana bulan dan 16 Jun 2011

Dear Blogger,

Gerhana bulan...

Earth casts its shadow over the moon during a total lunar eclipse as seen from Manila in the Philippines before dawn on Thursday. - Bullit Marquez / AP
Sumber dari http://wanwidget.com


Gerhana Bulan terjadi apabila bumi berada diantara matahari dan bulan. Bulan akan melalui fasa dari cerah kepada gelap sikit demi sedikit. Fenomena gerhana penuh berlaku bila matahari, bumi dan bulan pada keadaan selari dan bulan gelap sepenuhnya. Gerhana tahun ini terjadi bermula pada 15 Jun 2011 (semalam) hingga hari ini dan dijangka fenomena kedua akan berlaku pada 10 Dec 2011. Fonemena tersebut dijangka dapat dilihat pada jam2.00 hingga jam4.00 pagi. Mungkin kebanyakkan fotografer akan stay untuk menangkap gambar or video kejadian tersebut. Aku teringin hendak lihat tapi apakan daya, tidak terbangun waktu itu (teringin je tp tak merancang nak bgn =p)...


16 Jun 2011...

Selamat Hari Lahir buat Abu Ubaidah Baharom... Semoga Panjang Umur dan di murahkan rezeki...
Pada 16 Jun ni juga maka siaplah baju melayu yang aku jahit sebagai hadiah kepada si dia. Semoga muatlah baju itu =).. Kalau tidak muat, kena diet la nampaknya... All the best to you.. iLu....

Kepada yang menyambut hari jadi pada hari ini juga, aku ucapkan selamat hari jadi.. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
p/s : Terima kasih kepada emak kerana sudi mengajar aku cara menjahit kolar baju melayu dan akhirnya siap juga baju melayu tersebut. Kekemasan tu aku bagi 4/10 la.. kena banyak baiki lagi tu.. Begitu juga, terima kasih kepada kawan ku eny kerana meminjamkan aku mesin jahit. Jika tiada mesin jahit, maka tidak siaplah baju itu.. Terima kasih bebanyak =)...

notakakiku : Arini merancang nak g tgk wayang cete kungfu panda tp tak tau la jadi ke tak.. mungkin si dia nak sambut bersama family dia =)...

Isnin, 13 Jun 2011

Mesin jahit Brother XL-2630

Dear Blogger,

Sekarang, aku tengah aim untuk membeli mesin jahit brother XL-2630. Memandangkan aku masih hendak mengemaskan jahitan, aku kena menggunakan mesin jahit tersebut kerana ia tidak laju selaju singer, dan lagi satu sangat senang digunakan. Sementara ini, aku pinjam guna mesin jahit kawan aku eny. Terima kasih kerana bagi aku guna mesin jahit. Nanti bila sudah dapat duit tunggakkan gaji nanti aku beli mesin jahit. Tidak sabar rasanya hendak beli mesin tersebut.

Ni la mesin brother xl-2630
Misi aku kali ini, aku kena siapkan baju melayu tanpa seluar sebelum 16 Jun 2011 =).. Sebabnye adalah rahsia hehehe.. Sesiapa yang tahu tu senyap-senyap je la ye... Progress dalam 50%...

Selasa, 7 Jun 2011

Baju melayu cekak musang...

Dear Blogger...

Baju Melayu Cekak Musang

Sekarang aku tengah mencari-cari nota atau demo untuk membuat kolar cekak musang bagi baju melayu. Aku ada juga dapat nota dari mygfl tapi bab kolar aku tidak dapat hendak tangkap apa yang dia hendak beritahu. Aku tidak dapat nak gambarkan cara dia jahit kolar dan ukurannya tak dapat nak masuk akal aku. Mungkin aku perlu demonya. Siapa ye yang aku perlu minta pertolongan. Kak tie?? emm..jauh plak nak pergi kesana mnta pertolongan, tp dia ada btau kalo nak ditunjukkan leh datang rumah dia. Mak?? Aku rasa nak tak berapa sangat sebab baju melayu ayah aku, mak akan bagi jiran untuk jahit kolarnya. Mungkin mak boleh tunjuk ajar serba sedikit kot. Tunggu hujung minggu ini.

Baju Melayu Teluk belanga
Kalau baju melayu teluk belanga dah lama siap baju melayu tu sebab ada basic jahit baju kurung.. Mungkin sedikit susah sebab ada kocek depan..
p/s : Kepada sesiapa yang leh tolng, PM saya ye.. Tk.

notakakiku : Malasnya aku nak buat kerja ni.. Alhamdllh, aku puasa hari ni...

Ahad, 20 Februari 2011

Baju Kurung Pesak gantung + kain kipas susun belakang

Dear Blogger,

Akhirnya jadi juga aku buat baju kurung pesak gantung... bukan 3 pesak lagi =)... Kain pulak, aku berjaya wat kain kipas susun belakang... Walaupun jika lihat dari dasar bolehla dikatakan OK.. Tapi bila dilihat sebenar-benarnya berserabut benang di sana sini.. Next time boleh perbaiki jahitan... Masih di tahap senget benget =)... Tak sabar hendak menjahit lagi... Masih mencari2 masa yang tenang... Ada beberapa lagi kain yang belum di jahit lagi.. Harus di jahit sebelum habis trend kain tersebut... 

Pada asalnya aku nak buat cmni...

Tapi akhir skali jadi cmni sbb tiada benang getah... =)
baju pesak gantung...

Kain Susun Belakang...
notakakiku : Nak pakai ari isnin nie =)