follow me =)

Sabtu, 3 November 2012

pola baju melayu siri 2

Sambungan pola baju melayu siri 1 (DI SINI)

6. Kolar

pola kolar













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran leher + 1 inci.
  • Dari A, tandakan 1 1/4 inci dan labelkan C. AC = lebar kolar.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD
pola kolar 2












  • Dara C, naikkan 3/4 inci dan labelkan E.
  • Dari A, naikkan 1 inci dan labelkan F.
  • Gunakan pembentuk, lakar garis separuh melengkung dari F ke B dan dari E ke D.

7. Tetulang kiri

pola tetulang kiri












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 1 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 2 inci dan labelkan E.

pola tetulang kiri













  • Dari D, turunkan 2 inci dan labelkan F.
  • Tandakan titik tengah EF dan labelkan G.
  • Dari E, naikkan 1/2 inci dan labelkan H.
  • Dari F, naikkan 1/2 inci dan labelkan I.
  • Lakar garis lurus GH dan GI.

8. Tetulang kanan

pola tetulang kanan












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 3/4 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 1/2 inci dan labelkan E.
  • Dari D, turunkan 1/2 inci dan labelkan F.

9. Kocek bawah

pola kocek bawah













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 6 1/2 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 7 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan E.
  • Dari B, naikkan 2 inci dan labelkan F.

10. Kocek atas

Pola kocek atas













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 5 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 5 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, naikkan 1/2 inci dan labelkan E.













  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan F.
  • Dari E, naikkan 2 inci dan labelkan G.
  • Lakar garis lurus AE dan FG.
Habis sudah ilmu untuk pola baju melayu.. Selepas ini, saya akan kongsikan pola untuk seluar baju melayu pula... Mari kita nantikan =)...

p/s : Selamat mencuba =)..

0 comments:

Catat Ulasan