jauh perjalanan luas permandangan |
Semenjak ulang alik dari putrajaya ke bukit jalil ni, banyak juga jalan yang aku dapat tahu... dari putrajaya ada 5 jalan yang boleh lalu... yang ada tol dan tidak ada tol pun ada... Masa mula-mula aku pergi ke sana aku melalui highway MEX iaitu dari putrajaya terus masuk highway di putrajaya tetapi ada tol.. Malangnya aku tidak berapa ingat harga tol tersebut.. Rasanya dalam dua ringgit lebih... Laluan kedua pula, melalui highway sungai besi (highway plus). Tol dari highway upm ke bukit jalil sebanyak RM1.60. Laluan ke tiga pula melalui jalan ke KTM serdang dan tol sebanyak RM1.30... Laluan ke empat pula melalui depan south city dan tidak mempunyai tol.. trafic light ada 2 kena lepaskan dan ada dalam 6 bonggol.. Laluan ke lima pula melalui belakang south city.. jalan dia ajak jauh sedikt berbanding jalan depan south city tetapi jalan tersebut tidak mempunyai bonggol.. Jalan yang aku selalu ikut adalah jalan ke empat, agak dekat sedikit dan tidak ada tol.. Ohh ye..ada lagi satu jalan ke bukit jalil iaitu melalui jalan ke puchong dan terus ke bukit jalil.. aku tidak berapa tahu jalan itu kerana jarang lalu kerana sana mesti 'jem'...
0 comments:
Catat Ulasan