follow me =)

Memaparkan catatan dengan label mutiara kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mutiara kata. Papar semua catatan

Ahad, 29 Julai 2012

tugas isteri di dalam rumah

keluarga bahagia


Baca di blog muslimah, tertarik dengan ilmu yang dituliskan.. Sekadar ingin berkongsi bersama... SubhanAllah...

1. Hendaklah sentiasa bersihkan rumah.
2. Sediakan makanan untuk suami tanpa disuruh atau diminta.
3. Sediakan makanan yang disukai oleh suami.
4. Menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak.
5. Mencuci pakaian suami dan anak-anak. Pakaian yang telah dibasuh hendaklah dijirus supaya suci mengikut syarak.
6. Menjaga harta suami, tidak menyerahkannay kepada orang lain tanpa keizinannya.
7. Mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman agar tidak membebankan ibubapanya di akhirat kelak.
8. Menjadi penghibur kepada suami ketika dia berada di rumah dengan memberi layanan yang baik. Seorang isteri dan ibu hendaklah menjadikan rumahtangganya seperti syurga buat suami dan anak-anak. Tanggungjawab wanita tersimpul dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. :


                  "Apabila seorang wanita menunaikan kewajipannya terhadap Tuhannya, mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka seolah-olah ia membaca tasbih terus menerus. Dan selama mana berkekalan alat tenunannya itu pada tangannya maka seolah-olah ia solat berjamaah. Apabila ia menjerang periuk untuk memberi makanan kepada anak-anaknya nescaya Allah swt menggugurkan segala dosanya (melainkan dosa besar)".

Sabtu, 21 Julai 2012

pemergian orang yang disayangi


"dalam kesedihan menangisi pemergian orang yang kita sangat2 sayang, jangan terlalu hanya duduk bersedih. Bangkitlah untuk meneruskan apa impiannnya, teladani apa yang baik padanya, jadikan semua yang baik itu suatu kekuatan, bukan kelemahan dalam ratapan" 

Isnin, 22 Ogos 2011

solat sunat tasbih..

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.


KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.

Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat 15
JUMLAH 150 X 2 = 300

2. 4 Rakaat 1 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah 15
Sesudah surah Rakaat 1 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas surah Rakaat 2 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Awal 15
Selepas Tahiyyat Awal 15
Sesudah Fatihah Rakaat 3 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Selepas Fatihah Rakaat 4 10
Rukuk 10
I'tidal 10
Sujud 10
Duduk antara dua sujud 10
Sujud kedua 10
Sebelum Tahiyyat Akhir 15

JUMLAH 300


DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

p.s : (imam semasa buat di pejabat) : buatlah solat sunat tasbih setiap malam... jika tidak larat seminggu sekali... jika tidak larat juga sebulan sekali... jika tidak larat juga setahun sekali... jika tidak larat juga sekali seumur hidup.. renung-renung dan selamat beramal ~~ 

Rabu, 17 Ogos 2011

Nuzul Al-Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.


surah pertama yang diturunkan...
 p.s : Sama-sama lah kita menghayati dan mengamal ayat-ayat suci Al-Quran... Semoga kita mendapat keberkatan oleh-Nya...

Selasa, 16 Ogos 2011

Malam Lailatul-Qadar

Untuk dikongsikan bersama...


Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)

Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;

1.Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu ‘Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-‘Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.

2.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.

3.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.

4.Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama’ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

sumber dari http://www.islamituindah.my/persiapan-menjelang-ramadhan

p.s : Sama-samala kita mencari malam al-Qadar...

Khamis, 7 Julai 2011

mutiara kata...

perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.


Rabu, 22 Jun 2011

Mutiara Kata...

Apabila kita redha dan bersabar,
Bahagia itu hadir dalam hati...