follow me =)

Rabu, 27 Mei 2015

my new gadget - redmi





yeyy... dpt nset baru..  sgt bebaloi beli nset ni..  besar.. murah.. dan spec sgt ok..

saiz 5.5' mcm nset note
camera 13mp rear, 5mp front
2g rom
8g ram

ni adalah ciri2 yg sy cari... 

redmi note 4g

 www.mi.com



Posted via mobile


Ahad, 24 Mei 2015

Renovate rumah - table top (part 1)

Assalammualaikum...

Hari itu saya ada tulis untuk buat tiles dapur. Sekarang tukar plan pula. Sebelum ni plan just buat tiles sahaja, selepas itu baru buat kabinet dapur satu set tanpa table top konkrit. Table top hanya guna solid face je. Last minit tukar plan iaitu buat tiles dan table top konkrit terus. Beza harga tak banyak sangat. Table top konkrit dpt harga lumsum sebab dapur kecik je. Alhamdulillah, masih dalam bajet.

Kira-kiranya seperti ni...
1. Satu set kabinet..
Kabinet bawah milamin + table top jenis laminate = rm1520 (rm190x8kaki)

2. Table top konkrit + kabinet bawah..
Upah table top - rm600
Tiles 2x2 - rm50
Kabinet jenis 3g - rm1040
Total rm1690

Setakat ni buat bawah dulu.. Kabinet atas kena penuhkan tabung semula hehhe...

Semlm beli tiles dapur dan sinki..
Tiles dlm rm50 jugak dan sinki dpt rm220 two bowl... Servey2 harga sinki mmg mhal dlm 100 keatas... Seratus lbh tu tuk satu bowl je.. Bile beli bowl dua, satu masalah nak kena tmbah saluran.. Nasib boleh piping sendiri.. Kalau panggil tukang paip dah kena extra cas lagi...




Ahad, 17 Mei 2015

Renovate rumah - tiles dapur (part 1)

Salam..

Semlm kami beli tiles untuk dapur memasak dan basah kami.. Kami tukar yang baru sebab yang lama tidak rata dan kaler pun tidak sama. Hasrat sebenar hendak pasang kabinet dapur agar dapur nampak kemas sedikit... Jadi sebelum pasang kabinet, lantai hendak tukar dulu supaya tidak buat kerja dua kali..
Semalam pergi jalan reko untuk beli tiles.. Banyak jugak tiles yang cantik-cantik. Harga murah sikit dari kedai yang kami servey di puchong. Beza rm0.40 je tapi kalau beli banyak, banyak jugak bezanya kan.. Tidak termasuk GST lagi..


nama kedai yang kami beli tiles

Tiles pilihan hati kami.. simple je hehehe

ni lantai dapur basah kami... 

dapur basah kami

lantai dapur memasak kami. asal takde tiles, just tikar je.