follow me =)

Memaparkan catatan dengan label perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perayaan. Papar semua catatan

Selasa, 13 November 2012

happy deepavali vs Diwali

Apakah perbezaan dan persamaan antara

Hepi deepavali


dan...

Hepi Diwali



Ok.. yang ni aku dapat daripada http://www.deepavali.net/

Deepavali (also: Depawali, Dipavali, Dewali, Diwali, Divali, Dipotsavi, Dipapratipad ) marks the beginning of the Hindu New Year according to the Lunar Calendar. It literally translated means 'Row of Lights' (from Sanskrit: dipa = lamp / awali = row, line). It celebrates the victory of Goodness over Evil and Light over Darkness - it ushers in the new year. Especially for this event people are cleaning their houses and wear new clothes. Diwali is a 5 day festival as Dhanteras, Choti Diwali, Badi (Main) Diwali, Padwa and Bhaiduj. There are many different names for the days of Diwali in different regions of India (South & North India, East & West India) and in the different languages spoken in that regions (i.e. Hindi, Urdu, Telugu, Tamil, Gujarati, Bengali). During Deepavali people pray to Lakshmi, Goddess of wealth, light, prosperity and wisdom, but also to Ganesha, the 'Remover of Obstacles' and the 'Lord of Beginnings'. 

p/s : Hepi Deepavali to all my friends, teachers and others.. have a great festival =)...

Jumaat, 31 Ogos 2012

SHRMZB

1 hari di Hari Raya~~

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. Mungkin trend sekarang dalam laman-laman sosial => SHRMZB...

Apapun, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin =).. Halalkan makan minum kami...



Hari sabtu sebelum naik cuti, kami sekeluarga pergi ke pekan untuk melawat akak aku yang dah bersalin dua hari sebelum raya sambil-sambil berjalan raya.. 

ini dia Muhammad Abdullah Asyraf

Tahun ini aku beraya di rumah saje, menanti kakak-kakak dan abang-abang balik beraya maklumlah masing-masing sudah ada keluarga sendiri.. Selalunya malam raya kami akan balik beraya di Melaka.. Tengahari Hari Raya pertama pula kami pergi beraya ke Negeri Sembilan pula.. Macam gitu la tiap-tiap tahun kami beraya.. Sekarang perubahan berlaku dalam keluarga aku pula, beraya di rumah sendiri.. Dalam masa yang sama pula atok aku tidak berapa sihat, jadi kalau nak berjalan pun tak boleh jalan jauh-jauh sangat.. Kebetulan kami beraya di Pekan tu, PM ada buat majlis HR.. So kami pun pergilah serbu sekali hehheh =)... Punyalah orang berebut-rebut beratur nak duit raya dengan kuih raya.. siap leh beratur dua tiga kali hhuhuuh... Ni la hasilnya =)..

siap ada gambar lagi tu =)

persembahan oleh para artis

selepas abis collect ape yg patut heheh =)

banyak tu kumpul =)


welcome...
orang jual emas celup pada malam raya.. Ramai juga yang beli.

M-day ~~~

noted : Kemungkinan ini raya terakhir aku sambut as a 'single' =).. InsyaAllah...

Isnin, 13 Februari 2012

valentine day

sumber : edaran tazkirah KKLW

Happy Valentine’s Day!,,,,,,,,,I Love U!……hadiah dan setangkai bunga ros sangat sinonim dan seakan-akan menjadi satu kemestian dalam merayakan sambutan Valentine’s Day atau Hari Kekasih.

Sejarah Lahirnya Valentine’s Day
Pelbagai pendapat dikaitkan dengan sejarah Valentine’s Day. Walaubagaimanapun salah satu pendapat yang agak popular menyatakan bahawa Valentine’s Day diambil sempena nama seorang pendeta bernama Santo Valentine yang dibunuh oleh kaisar Claudius II pada zaman Romawi. Santo Valentine menentang dasar yang dibuat oleh kaisar Claudius II yang melarang tenteranya berkahwin kerana bimbang mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada peperangan lantaran teringatkan keluarga.

Secara rahsia Santo Valentine membantu pahlawan-pahlawan ini berkahwin dan hal ini akhirnya diketahui oleh kaisar Claudius II. Santo Valentine akhirnya ditangkap dan dibunuh pada 14 Februari. Sejarah ini kemudian terus diingati bersempena kasih sayang yang ditunjukkan oleh Santo Valentine.
                                                
  
Hukum Menyambut Valentine’s Day

            Bagi golongan remaja dan belia khususnya, Valentine’s Day sangat ditunggu-tunggu kerana hari inilah mereka akan cuba menzahirkan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Pelbagai cara dan kaedah sambutan dibuat sempena meraikan hari yang diaggap istimewa ini dari bertukar-tukar bunga ros, kad ucapan atau hadiah, makan malam, parti sehinggalah kepada aktiviti yang semakin jauh melalaikan dan merosakkan akidah dan akhlak.

Sambutan Valentine’s Day bertambah hangat dengan siaran rancangan-rancangan drama atau filem romantik di kaca televisyen dan irama lagu-lagu cinta yang diputar melalui corong-corong radio.

Majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

            Pengharaman ini bukan hanya sekadar ia tidak mempunyai sandaran yang kukuh tetapi juga kerana sambutannya yang jelas terpesong dari ajaran Islam. Penzahiran kasih sayang melalui Hari Valentine tidak sewajarnya mengenepikan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan menghalalkan semua perlakuan.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.



Islam Sebagai Cara Hidup

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan agar umatnya sentiasa hidup dalam berkasih sayang. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w.
           
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

            Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh dihalalkan hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi iaitu melalui ikatan perkahwinan.

            Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam perlu disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.



Valentine’s Day bukanlah amalan kita umat Islam……..

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

Maksudnya : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                         (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Merayakan sambutan Valentine’s Day tidak termasuk dalam takwim hari-hari kebesaran Islam, sehubungan itu tidak perlulah kita terikut-ikut dengan budaya yang kita sendiri tidak jelas amalannya. Fikir-fikirkanlah……

Sabtu, 17 September 2011

yey..raya datang lagi~~

Tahun ini raya pertama aku sambut di kota tinggi... Selepas makan-makan di hari raya, kami mengambil gambar raya pula di kedai. Ingatkan kami sahaja yang ambil gambar, rupanya ramai juga yang ambil gambar raya di kedai tersebut.. Selepas itu, kami pulang ke kampung.. sehari selepas itu, kami beraya di kampung negeri sembilan pula... Selepas itu, kami tidur di putrajaya... Keesokkan hari nya kami bertolak pergi ke ipoh dan tidur di sana.. Selepas itu kami bertolak ke Kedah.. Selepas majlis di kedah habis, kami tidur di sungai petani pula...Dari sungai petani, kami pulang bertolak ke rumah sambil singgah di kampung melaka... Sampai di rumah dalam jam1.00 pagi juga... 

singgah di lake town resort...

bajak di lake town resort

bumper car di lake town resort - RM5 selama 3 minit




majlis di anak bukit...

abang ku kawen lagi...

couple wedding

beraya di kampung

abah tepung tawar

giliran emak pula...

beraya rumah kak shila..

jalan di tengah-tengah sawah

di pagi raya

kek coklat raya...

masak rendang ayam...

Isnin, 31 Januari 2011

Gong Xi Fa Cai!!! =)

Dear Blogger, 

Tidak lama lagi rakyat malaysia akan menyambut raya cina... Thanks for this perayaan kerana aku dapat bercuti dirumah.. Hari selasa pagi aku akan balik kampung hoooreeyyy... Sudah lama aku tidak melihat rumah mak aku.. mesti ada perubahan di rumah =)... Aku sangat teruja untuk balik kali ini kerana ingin melihat anak buah ku.. Mohd Haniff Iman kalau tidak silap namanya=)..

Di pejabat ku tidak ramai yang kerja, maklumla hari selasa cuti wilayah... So masing-masing mengambil cuti seminggu dari hari ini sampai hari ahad.. Cuti yang di tolak hanya dua hari sahaja.. Sangat berbaloi2 =).. Aku pulak cuti hari rabu sahaja kerana hari isnin, mybe akak aku tidak balik lagi dari kuantan... Mak dan ayah aku akan bawa akak aku berpantang di rumah kota tinggi... Terjaga sikitla makan minum akak aku.. Kalau duduk di rumah kuantan, tidak ada sape pun yang boleh jaga.. bahaya juga tu...

Tahun Baru Cina inii juga, ramai kawan2 aku yang akan mendirikan rumah tangga.. Kepada aida, wana, lia dan juga maliza - selamat pengantin baru!!! =)... Semoga berbahagia sampai ke anak cucu... Semoga diberkati =).. Congratulations!!!...

Selamat Tahun baru cina =)... 

notakakiku : ptg ni aku nak angkat peti ais plak... yeyyy..dah ada petiais... tinggal mesin basuh sahaja yang perlu dicari.. =)