follow me =)

Isnin, 13 Februari 2012

valentine day

sumber : edaran tazkirah KKLW

Happy Valentine’s Day!,,,,,,,,,I Love U!……hadiah dan setangkai bunga ros sangat sinonim dan seakan-akan menjadi satu kemestian dalam merayakan sambutan Valentine’s Day atau Hari Kekasih.

Sejarah Lahirnya Valentine’s Day
Pelbagai pendapat dikaitkan dengan sejarah Valentine’s Day. Walaubagaimanapun salah satu pendapat yang agak popular menyatakan bahawa Valentine’s Day diambil sempena nama seorang pendeta bernama Santo Valentine yang dibunuh oleh kaisar Claudius II pada zaman Romawi. Santo Valentine menentang dasar yang dibuat oleh kaisar Claudius II yang melarang tenteranya berkahwin kerana bimbang mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada peperangan lantaran teringatkan keluarga.

Secara rahsia Santo Valentine membantu pahlawan-pahlawan ini berkahwin dan hal ini akhirnya diketahui oleh kaisar Claudius II. Santo Valentine akhirnya ditangkap dan dibunuh pada 14 Februari. Sejarah ini kemudian terus diingati bersempena kasih sayang yang ditunjukkan oleh Santo Valentine.
                                                
  
Hukum Menyambut Valentine’s Day

            Bagi golongan remaja dan belia khususnya, Valentine’s Day sangat ditunggu-tunggu kerana hari inilah mereka akan cuba menzahirkan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Pelbagai cara dan kaedah sambutan dibuat sempena meraikan hari yang diaggap istimewa ini dari bertukar-tukar bunga ros, kad ucapan atau hadiah, makan malam, parti sehinggalah kepada aktiviti yang semakin jauh melalaikan dan merosakkan akidah dan akhlak.

Sambutan Valentine’s Day bertambah hangat dengan siaran rancangan-rancangan drama atau filem romantik di kaca televisyen dan irama lagu-lagu cinta yang diputar melalui corong-corong radio.

Majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”

            Pengharaman ini bukan hanya sekadar ia tidak mempunyai sandaran yang kukuh tetapi juga kerana sambutannya yang jelas terpesong dari ajaran Islam. Penzahiran kasih sayang melalui Hari Valentine tidak sewajarnya mengenepikan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan menghalalkan semua perlakuan.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.



Islam Sebagai Cara Hidup

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan agar umatnya sentiasa hidup dalam berkasih sayang. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w.
           
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

            Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh dihalalkan hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi iaitu melalui ikatan perkahwinan.

            Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam perlu disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.



Valentine’s Day bukanlah amalan kita umat Islam……..

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

Maksudnya : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                         (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Merayakan sambutan Valentine’s Day tidak termasuk dalam takwim hari-hari kebesaran Islam, sehubungan itu tidak perlulah kita terikut-ikut dengan budaya yang kita sendiri tidak jelas amalannya. Fikir-fikirkanlah……

0 comments:

Catat Ulasan