Semalam aku kemas barang-barang yang mana tidak digunakan akan di masukkan ke dalam tong sampah... Maklumlah dalam proses permindahan perpindahan rumah.. Barang perlu di maksimakan supaya aku boleh pindah dengan senang.. Banyak juga barang aku.. baju, buku, cadar, katil, tilam, bantal, tv, petiais, kerusi, meja dan boleh di katakan memang banyak la.. nak buang sayang pula... Terpaksa fikir dua kali.. yang mana memang tidak pakai langsung akan dimasukkan dalam beg plastik sampah... Semasa tengah mengemas, terjumpala satu surat cinta dari seorang peminat aku heheheh..=). Sekejap sahaja dia mengurat aku, selepas tidak layan sangat sebab masa itu aku sudah ada boyfriend.. dia terus senyap.. mungkin sudah dapat penggantinya =)..
|
surat luahan perasaan~~ |
Banyak juga novel-novel yang aku beli sepanjang 2 tahun aku kerja. Dalam sebulan aku beli sebuah novel. Kadang-kadang sampai dua tiga buah aku beli novel dalam sebulan. Itu pun jikalau ada promosi atau jualan murah.. Bila di kumpul-kumpul, inilah hasilnya =)
|
Inilah novel-novel aku. Kebanyakannya novel Ramlee Awang Murshid =) |
Selain itu juga, aku telah membuat keputusan untuk menjualkan peti ais yang aku beli. Aku memang sayangkan peti ais itu kerana sekarang ini susah hendak dapatkan peti ais dua pintu tetapi hanya 160liter sahaja. Kebanyakan pada waktu sekarang hanya satu pintu untuk 160liter. Namun apakan daya, aku hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya. Banyak jasa peti ais ini kepada aku. Semoga kau terus berkhidmat kepada tuan baru =)...
|
peti ais yang banyak magnet fridge =) |
p/s : sayonaraaa... jikalau ada rezeki lagi, aku akan kumpul novel, magnet fridge dan beli peti ais kembali =)... Masih bersabar menunggu berita baik daripada tuhan.. Usaha, Doa dan Tawakal..
0 comments:
Catat Ulasan