follow me =)

Ahad, 5 Februari 2012

peperiksaan lagi


hala ke dewan
Kali ini aku menduduki Peperiksaan Skim Memasuki Perkhidmatan Kastam WK1-1... Soalannya banyak berkaitan dengan kastam.. tentang cukai, peranan utama kastam dan sebagainya.. Aku jawab apa yang aku tahu sahaja.. Maklumat semua itu boleh baca di laman web kastam.. Boleh membantu untuk menjawab.. Peperiksaan kali ini hanya ada 4 seksyen sahaja iaitu seksyen pengetahuan am, penyelesaian masalah, esei bm dan esei bi.. Bagi esei BM dan BI, tiada had patah perkataan.. Boleh tulis sesuka hati kita tapi syaratnya mestilah susunan ayat yang jelas kemas dan mempunyai isi-isi penting.. Tempat peperiksaan aku di Perpustakaan UNITEN.. Agak dekat bagi aku untuk sampai ke sana.. Banyak juga aku ambil peperiksaan untuk memasuki kerajaan, tapi semua keputusan dukacita sahaja... Bila la aku nak dapat keputusan sukacita.. Semoga aku ada rezeki kali ini.. amin.. 

surat panggilan peperiksaan


sarapan pagi sebelum memasuki peperiksaan =)...

dalam dewan peperiksaan =)

0 comments:

Catat Ulasan