follow me =)

Sabtu, 6 Oktober 2012

pola baju melayu siri 1

Setelah mengambil ukuran baju (DI SINI) dan juga seluar (DI SINI). Sekarang mari kita melukis dan mengunting pola baju pula...

1. Bahagian hadapan dan belakang baju

bahagian badan baju












  • Lakar garis lurus dari A ke B. A = B ukuran labuh baju.
  • Lakar garis lurus dari A ke C. A = C 1/2 ukuran lebar baju.
  • AC = BD. Lakar garis lurus CD dan DB.
2. Lengan

lengan baju












  • Dari C, tandakan  F = 1/4 bahu + 1 inci.
  • Lakar C ke F = Ukuran labuh lengan.
  • Dari F, tandakan G = 1/4 bukaan tangan.
lengan baju












  • Lakar garis lurus dari F ke G.
  • Dari E, keluarkan 1/2 inci dan labelkan H.
  • Gunakan pembentuk, lakar garis berbentuk dari C ke H. C ke H = 1/2 ukuran pangkal lengan.
3. Pesak

pesak baju












  • Pada garis lurus EG, tandakan 2 1/1 inci dari E dan labelkan I.
  • Pada garis lurus BD, dari D, tandakan 4 1/2 inci dan labelkan J. Lakar garis lurus dari I ke J.
4. Kekek

kekek baju












  • Pada garis lurus IJ, dari I, tandakan 3 inci dan labelkan K.
  • Pada garis lurus EG, dari I, tandakan 3 inci dan labelkan L. Lakar garis lurus KL.
5. Leher

leher baju












  • Lakar garis lurus A ke B = 1/2 ukuran leher + 1 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C = ukuran leher = 1/4 inci.
  • AC = BD, lakarkan garis lurus BD dan CD. AB = CD = ukuran leher + 1 inci.
pola leher












  • Dari A, naikkan 1/2 inci dan labelkan E.
  • Dari C, naikkan 1/2 inci dan labelkan F.
  • gunakan sesiku, lakar bentuk separuh bulatan dari E ke B.
Ok. Setakat ini saja yang aku dapat sharekan.. InsyaAllah esok aku akan sambung semula untuk pola kolar,  tetulang kiri kanan dan kocek. Selamat mencuba =)..

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. tidak berkesempatan lagi nak tulis =).. kalau Razali Hassan nak nota nya, sila tinggalkan email, nnti sy email..

      Padam