Dear Blogger,
Apa perbezaan yang ada pada Brother BM2600? Aku bandingkan ciri-ciri dia dalam internet tidak ada yang beza... Semua sama sahaja, harga pun sama juga RM799. Tadi pusing-pusing di court Mines, ingat hendak usha harga periuk nasi maklumla tuan punya rice cooker sudah hendak mendirikan masjid, jadi kena beli yang lain.. Tengok harga semua dalam seratus lebih. Tengah usha-usha tu ternampak pulak mesin jahit brother, sekali pandang macam kawan aku punya tapi macam lain. Harga sama cuma ada diskaun RM100 jadi tinggal dalam RM699. Agak murah la berbanding dengan promosi brother XL2630 di LSN. Rasa hendak beli saja tapi duit sudah habis pulak sebab sudah beli mesin basuh. Hendak tunggu bulan depan macam lama sangat pulak.. Rasa macam hendak buat loan kt akak je, emm..dia kasi ke ek??.. Yang beza hanya kaler je, satu kaler kelabu..lagi satu kaler ungu... Mungkin satu keluaran lama dan lagi satu keluaran baru kot.. Emm..dugaan betul untuk memilih..
Brother BM-2600 |
Brother XL-2630 |
0 comments:
Catat Ulasan