Semalam aku pergi ke raub untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku Wan Nursyazwani. Kawan semasa di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra dan juga satu asrama. Tahniah diucapkan kepada Wan dan Faiz..
Semua ini gambar perkahwinan Wan dan Faiz.. |
Selepas pergi menghadiri majlis tersebut, aku dan bai pergi ke 'Bukit Fraser' untuk melihat apa yang ada disana sambil jalan-jalan makan angin. Sungguh tenang berada disana, tidak la sejuk sangat tapi selesa sangat. Tempat sangat lawa, ada tempat berkuda, ada taman awam, ada jungle tracking, ada tasik yang boleh bermain ala2 basikal, tak tau apa nama dia.. Semasa naik memang pening kepala sebab jalan pusing-pusing, dalam 1jam setengah sampai atas, itu pun kalau bawa kelajuan 60km je. Nasib baik aku yang bawa, memang tak rasa loya la, kalau aku yang duduk disebelah memang loyala jawabnya.. Selepas pusing-pusing, kami pun pulang ke rumah..
0 comments:
Catat Ulasan