follow me =)

Khamis, 16 Jun 2011

gerhana bulan dan 16 Jun 2011

Dear Blogger,

Gerhana bulan...

Earth casts its shadow over the moon during a total lunar eclipse as seen from Manila in the Philippines before dawn on Thursday. - Bullit Marquez / AP
Sumber dari http://wanwidget.com


Gerhana Bulan terjadi apabila bumi berada diantara matahari dan bulan. Bulan akan melalui fasa dari cerah kepada gelap sikit demi sedikit. Fenomena gerhana penuh berlaku bila matahari, bumi dan bulan pada keadaan selari dan bulan gelap sepenuhnya. Gerhana tahun ini terjadi bermula pada 15 Jun 2011 (semalam) hingga hari ini dan dijangka fenomena kedua akan berlaku pada 10 Dec 2011. Fonemena tersebut dijangka dapat dilihat pada jam2.00 hingga jam4.00 pagi. Mungkin kebanyakkan fotografer akan stay untuk menangkap gambar or video kejadian tersebut. Aku teringin hendak lihat tapi apakan daya, tidak terbangun waktu itu (teringin je tp tak merancang nak bgn =p)...


16 Jun 2011...

Selamat Hari Lahir buat Abu Ubaidah Baharom... Semoga Panjang Umur dan di murahkan rezeki...
Pada 16 Jun ni juga maka siaplah baju melayu yang aku jahit sebagai hadiah kepada si dia. Semoga muatlah baju itu =).. Kalau tidak muat, kena diet la nampaknya... All the best to you.. iLu....

Kepada yang menyambut hari jadi pada hari ini juga, aku ucapkan selamat hari jadi.. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
p/s : Terima kasih kepada emak kerana sudi mengajar aku cara menjahit kolar baju melayu dan akhirnya siap juga baju melayu tersebut. Kekemasan tu aku bagi 4/10 la.. kena banyak baiki lagi tu.. Begitu juga, terima kasih kepada kawan ku eny kerana meminjamkan aku mesin jahit. Jika tiada mesin jahit, maka tidak siaplah baju itu.. Terima kasih bebanyak =)...

notakakiku : Arini merancang nak g tgk wayang cete kungfu panda tp tak tau la jadi ke tak.. mungkin si dia nak sambut bersama family dia =)...

0 comments:

Catat Ulasan