follow me =)

Khamis, 6 Oktober 2011

mistika legenda - ismi fa ismail

Akhirnya dapat juga aku membeli novel mistika legenda yang di tulis oleh Ismi Fa Ismail. Cerita yang sangat ringkas untuk di fahami mengenai lagenda mahsuri. Aku sebenarnya berminat juga hendak mengetahui lebih lanjut  mengenai lagenda mahsuri tersebut. Tertarik hendak baca novel ini adalah semasa aku membaca novel Hidup, Cinta, Takdir... 

~~ Mahsuri yang sangat sempurna sehinggakan bunga yang diletakkan rambut tidak mahu layu...
~~ Tingkah laku mahsuri yang sangat ayu dan lemah lembut, peramah dan lain-lain...
~~ Ramai yang masuk meminang tetapi di tolak sehingga berkenalan dengan seorang pendekar yang baik paras rupa dan budi pekerti 'Wan Darus'
~~ Di fitnah semasa suami pergi berperang menyelamatkan negeri kedah kerana perasaan hasad dengki seseorang
~~ Mahsuri seorang yang pandai dalam seni mempertahankan diri
~~ dan macam-macam lagi di dalam novel ini...


Sinopsis Mistika Legenda 
Ismi Fa Ismail
RM19.90

Mistika Legenda mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang tokoh legenda yang tersohor di Pulau Langkawi iaitu Mahsuri Binti Pandak Mayah. Mahsuri adalah seorang wanita yang dikatakan cukup sempurna dari segala segi. Cantik, beriman, dan berpendirian teguh. Kisahnya pula disebut orang sejak zaman berzaman kerana wasiat terakhirnya yang telah memberikan impak yang begitu besar kepada Pulau Langkawi. Sebelum meninggal dunia, Mahsuri telah berdoa kepada tuhan agar menjadikan Langkawi, ‘Padang Jarak Padang Terkukur’ selama tujuh keturunan kerana kezaliman yang telah dilakukan kepadanya. Ketika dibunuh, tubuh Mahsuri telah memancarkan darah berwarna putih sebagai bukti kesuciannya.
Menariknya novel ini, ia juga terkandung semua kisah mitos dan legenda lain yang ada di Pulau Langkawi. Cerita-cerita lain yang terdapat di dalam novel ini adalah seperti berikut :
-          PUTRI MAMBANG SARI DAN TASIK DAYANG  BUNTING
-          SANG GEDEMBAI
-          GUA CHERITA
-          GUA LANGSUIR
-          PARI-PARI TELAGA TUJUH
-          MERONG MAHAWANGSA
-          JENTAYU DAN GARUDA
-          GERGASI MAT RAYA DAN MAT CHINCHANG
-          BERAS TERBAKAR
-          TELAGA AYER HANGAT
-          ASAL NAMA-NAMA TEMPAT DI PULAU LANGKAWI

Di dalam novel ini juga terdapat banyak puisi moden dan tradisional seperti Sajak, Pantun, Syair, Gurindam, dan Seloka yang sangat penting dalam Pendidikan Sastera Bahasa Melayu.
Bacalah novel Mistika Legenda untuk mengalami pengembaraan dan keajaiban yang luar biasa berselang-selikan dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan contoh serta tauladan.


0 comments:

Catat Ulasan