follow me =)

Sabtu, 6 Ogos 2011

give and take ~~

Hari itu aku ada hadiahkan dia seutas jam tangan replika (ori tak mampu nak beli =p).. Aku belikan pun kerana sudah lama niat di hati hendak belikan jam, lagi-lagi semasa birthday boy. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku tangguhkan sehingga bulan ini.. Pemberian ini juga sempena kenaikan gaji aku sebanyak RM90 sahaja.. Ok la daripada tidak naik langsung kan tapi sekejap je la sampai tahun depan.. tahun depan kena cari kerja lain pula... sedihnya bila memikirkannya... Ok, berbalik pada topik jam pula.. ini gambar jam nya...



tag heuer monaco LS, RMxx =)
Sempena puasa ini, ramai yang masih tercari-cari lagi baju raya.. Semalam jalan-jalan di the curve terjumpa la kedai baju.. Saja tengok-tengok dan berkenan pada satu baju, dia pun cakap lawa... Dia tanya nak ke? saya tanya boleh ke sebab harga dia RMxxx. Dia cakap nak ke tak, so maknanya dia memang tidak kisah pada harga dia.. Aku apa lagi, terus je cuba baju tu.. Kebetulan, aku memang tengah mencari baju berwarna ala-ala kelabu sebab hendak samakan baju melayu yang aku buatkan untuk dia.. Setelah cuba, aku selesa dengan baju itu jadi terus ambil.. Terima kasih awk.. sayang awk =)... 

kain baju zaman dulu-dulu =)..
lebih kurang sama kaler =)
I loving it!!.. 

p/s : Selamat berpuasa kawan-kawan...

0 comments:

Catat Ulasan