Haiyaaa... bonus rupanya tolak juga kwsp.. Habis semua rancangan aku.. Kena plan semula la nampaknya.. Maklumlah, baru pertama kali dapat gaji.. Aku rasa kalau swasta dapat gaji pun akan tolak juga kwsp. Tapi tidak mengapalah sebab kwsp itu akan dapat balik kepada kita semula.. Itu sebagai simpanan untuk hari tua sahaja..
Susah betul aku hendak buka laman web anm untuk melihat slip gaji aku.. Mungkin terlalu ramai yang tidak berpuas hati dengan penolakan kwsp kot.. Ada yang kena tolak, ada yang tidak pula... Yang tidak kena tolak mungkin ambil pencen kot.. Pape pun, syukur dapat bonus untuk bulan ini... Dapat untuk beli skirt raya dan juga simpan duit untuk kawen.. Kawen??? emmm...semoga aku ada jodoh dengan si dia dan dimurahkan rezeki untuk kami kawen (memerlukan kerja yang boleh menjamin masa hadapan kami - permenant).. Jikalau tiada jodoh, ketemukan aku dengan jodoh aku.. amin..
p.s : hendak shoping di mana ye?? teringin nak makan aroma ikan bakar, jeram bersama si dia... =)... Bila pulak hendak berbuka di luar dengan housemate ye???
0 comments:
Catat Ulasan