follow me =)

Selasa, 5 Julai 2011

mari berenang~~

Hari ini aku dapat baju renang yang telah ditempah oleh kawan opis aku. Baju renang muslimah tidak nampak seksi sangat dan aku pun tidak segan untuk pakai =). Rasa tidak sabar dan berdebar juga hendak belajar berenang pada hari jumaat ini. Kami (aku, mun, hajah, ifa dan aishah) akan mengikuti sebanyak empat kelas. Setiap kelas hanya satu jam sahaja dan RM20 sejam di bayar kepada pelatih kami. Pendaftaran sebanyak RM20 juga, jadi jumlah kesemuanya ialah RM100. Kami bersetuju untuk menghadiri kelas tersebut pada hari jumaat jam satu hingga dua petang. Hari jumaat mungkin tidak ramai orang terutamanya lelaki jadi tidak seganlah bagi kami untuk melakukan kuak lentang ke kupu-kupu ke atau apa-apa kuak pun =). Baju renang kaler ungu pula harganya RM130 dan goggle kaler hitam RM19. Total semuanya dalam RM249 untuk belajar berenang. Harap-harap pandaila aku berenang selepas belajar =).

Contoh baju renang yang aku beli =)
Ala2 goggle

0 comments:

Catat Ulasan