follow me =)

Isnin, 18 Julai 2011

berenang part 2

Persiapan untuk berenang =)

Hari ahad jam kul3.00 ptg kami pergi belatih berenang di presint 16. Aku ingat, kami-kami sahaja yang belajar rupanya ramai juga. Kanak-kanak pun ada yang belajar, ada yang sudah pandai berenang. Kami masih lagi terkial-kial belajar berenang. Ada juga la kadang-kadang masuk air tapi itu tidak melunturkan semangat aku walaupun kadang-kadang ada perasaan cuak - takut lemas. Hari ahad, cikgu ajar kuak kaki lagi sekali, tapi kali ini tidak guna pelampung. Mula-mula memang takut lemas sebab tidak pakai pelampung, tapi aku cuba juga berdasarkan teknik yang dia ajar. Rupanya boleh terapung dan bergerak kedepan. Paling penting ialah apabila hendak landing.. Kalau silap langkah, memang boleh tergelam.

Ni la pelampung yang di gunakan..

Selepas beberapa kali buat cubaan untuk kicking, kami di ajar untuk step seterusnya iaitu tangan. Mula-mula masa nak guna tangan itu, aku asyik hendak tenggelam je. Setelah berusaha, akhirnya aku berjaya juga tapi tidak berapa puas hati kerana tidak bergerak kedepan sangat. Dua tiga kali kick dah benti. Susah juga hendak berenang ini, tengok orang lain berenang macam senang je..

Kick and pull...

Selepas guna tangan, kami di ajar untuk tarik nafas dan selam, tarik nafas dan selam. Susah juga tu, nak kena latih akan datang ini.

Tarik nafas dan selam...
2 jam kami belajar, dari pukul3 sampai pukul5 petang. Bila balik rumah je, baru terasa kesakitan dan kepenatan. Rasa hendak demam pun ada. Sampai telan 2 biji panadol. Sekarang pun masih rasa sakit-sakit pinggang... Aduhh..ni rupaya penangan berenang... tapi sangat syokkk....Jom Berenangggg!!! =)

0 comments:

Catat Ulasan