follow me =)

Rabu, 6 Julai 2011

Bersih

Hari ini boleh dikirakan satu opis aku masuk lewat ke pejabat kerana ada sekatan jalan raya. Sekatan itu ada yang mengatakan kerana perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Jadi sekatan itu bertujuan untuk mencegah berlakunya perhimpunan itu. Secara logik akal, boleh ke pihak penguasa mengenalpasti siapa yang akan pergi ke perhimpunan itu??. Mungkin ada kepakaran tersendiri kot.. Kerana sekatan itu aku lewat masuk kerja. Tidak tahu lah kalau ia berlarutan sampai hari sabtu ini. Jadi terpaksala aku kena pergi awal ke pejabat.

traffic jam

walk for BERSIH
Serba sedikit yang aku dapat dalam laman web BERSIH 2.0....

  • Matlamat BERSIH 2.0 adalah untuk memulihkan sistem pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding atas padang yang rata dan rakyat diberi peluang memilih sesiapa mereka fikirkan terbaik untuk menjadi pemimpin.
  • Terdapat 8 tuntutan BERSIH 2.0 iaitu :
    • Bersihkan senarai undian - Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal. Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
    • Mereformasikan undi pos - SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

    • Gunakan dakwat kekal - Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
    • Masa kempen minima 21 hari - Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja. Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
    • Akses media yang bebas dan adil - RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
    • Kukuhkan institusi awam - Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
    • Hentikan rasuah - Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
    • Hentikan politik kotor - BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor

0 comments:

Catat Ulasan