Dear Blogger,
Hari weekend lepas, aku bersama si dia pergi ke johor untuk menghadiri majlis perkhawinan kawan sekolah aku iaitu sekolah tunku abdul rahman putra(STARP), kulai... Tahniah diucapkan kepada Dayana & Anuar (Bulan)... Hampir selama 10tahun jalinan perhubungan diikat dan diakhiri dengan ikatan pernikahan..
Jam 8.30pg..
Aku bertolak dari rumah ke kajang mengambil 'A'. Dalam jam9 pagi aku sampai dirumah 'A' dan bertolak terus ke Johor. Aku melalui Highway Lekas dari Kajang ke Seremban dengan tol lebih kurang 5 ringgit. Dari seremban aku melalui jalan lama untuk save budjet aku =) tapi memakan masa yang lama.
Jam 1.00tghari
Aku keluar dari jalan lama melalui highway PLUS dari Pagoh/Yong Peng. Selepas itu, terus aku pecut supaya aku tidak terlewat pergi ke majlis perkhawinan dayana. Aku fikir memang tidak sempat, mesti pengantin sudah sanding. 'A' cakap kalau buat majlis di dewan, majlis persandingan mesti mula awal. Aku tidak percaya dan tunggu dan lihat saja bila sampai.
Jam1.50tghari
Sampai di pintu Tol Skudai. Aku terus suruh 'A' buka GPS. Dulu aku pernah pergi Taman Sri Pulai tapi dah tentu aku tak ingat. Nasib baik aku ada GPS di handset aku. Tidak lama dari Tol ke rumah nya. Kalau sesat mesti lagi lambat aku sampai.
Jam2.00ptg
Aku sampai ke destinasi Dewan Raya Taman Sri Pulai tanpa sesat. Thanks gps =). Aku dan 'A' pun masuk ke dalam perkarangan dewan, rupanya aku tidak lewat cuma pengantin yang lewat sampai. Makan terbuktila teori 'A' tidak betul huhuu. Selepas diketahui pengantin belum tiba, aku dan 'a' makan dulu sebab lapar sangat. Mana tak nya, sarapan just makan kuih sahaja. Tengah leka makan, pengantin pun sampai. Dalam masa yang sama aku tercari2 kawan sekolah aku.. Emmm...semuanya tiada. Yang aku lihat hanya lelaki je.. manala perempuan nie... Antara yang aku masih ingat dalam ingatan ialah semut, atok, ramdan, bobo dan peddy.. Yang lain aku tak brape kenal.. Lepas itu aku jumpa ain dan siti.. so maknanya perempuan hanya aku, siti dan ain sahaja yang datang... Takpela, aku wakilkan semua=)..
Jam4.30ptg
Bertolak dari Dewan Raya ke Danga Bay =).. Jalan2 tengok permandangan.. Lama sangat tidak pergi sana.. Banyak juga penambahan.. Pusing2 jalan2 makan2 dan ingin bertolak balik. Tiba-tiba ternampak ramai yang beratur, rupanya diorang hendak naik Danga Cruise 8.. Aku pun macam teringin hendak naik juga. Tanya la 'counter tiket' di situ.. harga nya boleh tahan juga la. Kalau just naik kapal dan jalan2 dalam kapal tu hanya RM10 seorang.. Kalau dengan dinner sekali hanya RM50 untuk dewasa.. kanak plak rm25.. So aku dan 'a' decide tuk walk-in je.. just bayar rm20 untuk dua orang.. jadila dan merasala aku naik Danga Cruise =)
Jam8.00mlm
Aku dan 'a' pun naik la cruise tersebut sambil bergambar.. Banyak jugala aku tangkap gambar. Tapi tidakla secantik mana gambar dari yang reality.. Lama juga aku tunggu cruise ini untuk berjalan. Jam8.30 baru bergerak. Perjalanan dari Danga ke Waterfront city dan patah balik... mengambil masa dalam 2 jam. Seronok naik cruise walaupun takla sespecial mana pun tapi beshh.. =)
Jam10.45mlm
Tiba di Danga semula.. Then, kami bertolak pulang ke Kajang. Sudah malam, mata pun mengantuk juga la tapi kena tahan juga sebab hendak pulang dengan selamat. Bawa kereta pun slow2. Nasib baik ada 'a', dia melayan aku supaya aku tidak mengantuk. Aku bercadang mengikut jalan lama untuk save bajet lagi. Tapi 'a' suruh aku ikut jalan highway untuk memudahkan dan cepat sampai.
Jam2.00pg
Tiba di hentian rnr Jambatan Ayer keroh. Kami berenti untuk makan. Sian 'a' berlapar =).. Disana kami makan KFC sebab itu sahaja kedai yang buka. Ada juga kedai lain, tapi tak berminat nak masuk. So kami decide makan KFC sahaja.
Jam3.00pg
Kami bertolak pulang.
Jam4.30pg
Tiba di kajang
Jam5.00pg
Tiba di Putrajaya. Kemas2 barang dan aku terus tidurrr... Epi sgt2 time tu.. thanks 'A' sbb temankan saya=)..
0 comments:
Catat Ulasan