follow me =)

Sabtu, 5 Mac 2011

Retreat Bahagian...

Dear Blogger,

Semalam bermulanya retreat bahagian aku di Hotel Avillion Admiral Cove... Aku bertolak jam3.30 ptg dan sampai di Hotel dalam jam4.30 ptg... Lebih kurang 1 jam perjalanan dari Putrajaya ke Port Dickson... Aku ikut dalam, konvoi sebanyak 3 kereta ke sana iaitu faizal n family, sal n adik dan aku... 

Bagi pandangan aku, hotel ini sangat menarik dan sangat best cuma makanan yang disediakan kurang memuaskan dari segi rasanya... layanan semua adalah bagus... Permandangan sangat cantik... Ada permandangan laut, ada permandang kapal-kapal layar... ala2 macam marina bay plak =)... Setakat ini aku tidak sempat hendak mengambil gambar permandangan... Yang sempat, aku ambil gambar dalam bilik hotel yang aku duduk iaitu jenis superior single...

4 March 2011...
Selepas sampai, makan dan meeting adalah merupakan aktiviti pertama bahagian ini... Mula meeting jam9 malam dan habis dalam jam11 malam... Banyak juga yang di bincangkan dalam meeting tersebut dan yang paling penting, aku tidak mengantuk sebabnya tempat baru =)...

5 March 2011...
Pagi ini ada perbentangan perancangan tahun 2011 bahagian pula... Disini, setiap unit kena bentangkan perancangna tahun 2011... Terdapat penambahbaikan setiap unit berlaku... Bagus juga buat begini kerana terdapat pelbagai idea di cadangkan... Program ini di sambung sehingga petang jam3 ptg... Selepas jam3 ptg, ada aktiviti lawatan ke rumah anak-anak yatim pula... gambar akan susul kemudian...

Setakat ini, gambar bilik hotel yang dapat aku sharekan sekarang....

gambar bilik 1

gambar bilik 2

gambar bilik 3

gambar bilik 4

Notakakikukeko : Ambil masa dalam sesi perbentangan =).... waiting 4 my friend untuk tidur di hotel tersebut =)

2 ulasan:

  1. result PTD dah keluar di website SPA. semoga berjaya :)

    BalasPadam
  2. thanks tp..... nmpaknye tidak berjaya..kena usaha lagi la kali ini.. sob..sob..sob..

    BalasPadam