follow me =)

Khamis, 17 Mac 2011

salam takziah...

Dear Blogger,

Di kesempatan ini, aku ucapkan salam takziah kepada kawan aku (Mawarni Suci)  kerana pemergian bonda tercinta kerahmatullah... Semoga dicucuri rahmat oleh-NYA... Semoga moci tabah menghadapi... (Al-Fatihah) Selain itu juga, aku ucapkan takziah buat warga negara jepun kerana bencana (gempa bumi dan tsunami) yang di alami pada hari jumaat bersamaan dengan 11 Mac 2011... Dalam tidak sedar, cuaca di Selangor agak mendung sekali waktu itu. Dari pagi sampai ke petang, hujan renyai-renyai tidak berhenti. Pada masa yang sama juga, aku dan kawan sejawat pergi ke SIRIM Shah Alam untuk perbincangan mengenai penilaian outcome... Kesan daripada bencana tersebut, loji nuklear jepun meletup sebanyak empat kali. Banyak berita supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesan radioaktif yang telah tercemar ke udara... Negara yang terdekat dengan jepun pun di suruh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko yang terbahaya...

Antaranya ialah :
  • penduduk dalam lingkungan 20-30 kilometer supaya duduk dalam rumah, tutup tingkap, bawa masuk jemuran ke dalam rumah dan kalau keluar rumah kena pakai raincoat atau topi dan mengambil langkah berjaga-jaga.  
  • Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) meningkatkan pemantauan sinaran radiasi di empat pintu masuk utama ke Malaysia
  • pasukan-pasukan kecemasan terbabit mengepam air laut ke dalam reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan jentera bomba
Adakah ini semua tanda-tanda hari kiamat??..
Subhanallah... Allah Maha Besar... Segala puji-pujian bagi Allah... Kau Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai...

notakakiku : Kau Maha Mengetahui segala-galanya.. Berilah aku petunjuk dari-Mu.. amin..

0 comments:

Catat Ulasan