Sumber dari Kosmo 21 Mac 2011...
KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
Satu isu yang dibangkitkan... Emm...masing-masing mempunyai pendapat dan pendirian sendiri apabila akad nikah dilakukan di masjid. Bukan semata-mata mengikut amalan kristian... Ada setengah kumpulan mengadakan akad nikah di masjib adalah kerana bagi mengelakkan seseorang berpakaian menjolok mata.. Selain itu juga, ada yang berpendapat bahawa masjid adalah tempat yang suci... Ada juga yang menjadikan masjid sebagai rumah kedua kerana tidak mempunyai ruang rumah yang mencukupi untuk menjemput/melayan tetamu sebelah bakal pengantin lelaki...
Dakwaan tersebut hendaklah mempunyai bukti yang sahih untuk dijadikan sebagai panduan. Marilah kita renung-renungkan dan selamat beramal =)...
notakakiku : Selepas akad nikah nanti aku ingin mendirikan solat sunat bersama2 suami aku =)... Insyallah...
Ya Allah.. Ku mohon permudahkan lah jodoh aku, keluarga dan juga kawan-kawanku.. amin..
salam dek
BalasPadammudah2an niat kita utk mendapat keberkatan di rumah Allah. bukan mengikut adat atau budaya semata. alhamdulillah, akak sempat mendirikan solat akad sama2 suami pas akad nikah..nnti adik buatlah bersama ye.tanda ksyukuran kita
insyallah kak.. =)...
BalasPadam