follow me =)

Selasa, 28 Jun 2011

pergila kau jauh-jauh dari aku....

Dear Blogger,

Kenapa kau masih mahu dekat dengan aku...
Aku sudah bilang jangan dekat sama aku...
Aku sudah bosan dengan kau...
Aku sudah jemu dengan kau..
Kenapa kau sekejap ada sekejap tiada...
Alangkah indah dunia ini jika tiada kau...
Aku benci sama kau..
Aku hate sama kau...
Pergilah wahai perasaan sedih..
Sedih kerana aku tidak dapat macam dia...
Sedih kerana aku tidak macam dia...
Sedih kerana aku gembira dia macam itu...
Apa pun Tahniah kepada dia dan chayok-chayok kepada aku....

p/s : yyeyeyye.. sok malam tengok transformer... gile penuh + full booked wayang... =).. Miss my mum+daddy.. miss u so much...

Ahad, 26 Jun 2011

Fraser Hill

Dear Blogger,

Semalam aku pergi ke raub untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku Wan Nursyazwani. Kawan semasa di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra dan juga satu asrama. Tahniah diucapkan kepada Wan dan Faiz..





Semua ini gambar perkahwinan Wan dan Faiz..
Selepas pergi menghadiri majlis tersebut, aku dan bai pergi ke 'Bukit Fraser' untuk melihat apa yang ada disana sambil jalan-jalan makan angin. Sungguh tenang berada disana, tidak la sejuk sangat tapi selesa sangat. Tempat sangat lawa, ada tempat berkuda, ada taman awam, ada jungle tracking, ada tasik yang boleh bermain ala2 basikal, tak tau apa nama dia.. Semasa naik memang pening kepala sebab jalan pusing-pusing, dalam 1jam setengah sampai atas, itu pun kalau bawa kelajuan 60km je. Nasib baik aku yang bawa, memang tak rasa loya la, kalau aku yang duduk disebelah memang loyala jawabnya.. Selepas pusing-pusing, kami pun pulang ke rumah..




Sampai sudah...

Dear Blogger,

Hari ini sampai sudah mesin basuh yang aku beli iaitu samsung 7kg dengan harga RM599 + free delivery.. Disamping itu, ada juga beli rice cooker pensonic dengan harga RM69. Dengan pembelian itu, aku dapat percuma sabun basuh breeze cecair 1kg. Terima kasih kepada ubaidah kerana tolong tempahkan mesin basuh dan rice cooker. Cuma terlupa hendak minta free kaki bagi mesin basuh tersebut. Lepas pasang terus je basuh baju yang menimbun tu =)... Lega rasanya..

mesin basuh Samsung 7kg

Rice cooker Pensonic

Jumaat, 24 Jun 2011

mesin jahit Brohter XL2630 vs Brother BM2600

Dear Blogger,

Apa perbezaan yang ada pada Brother BM2600? Aku bandingkan ciri-ciri dia dalam internet tidak ada yang beza... Semua sama sahaja, harga pun sama juga RM799. Tadi pusing-pusing di court Mines, ingat hendak usha harga periuk nasi maklumla tuan punya rice cooker sudah hendak mendirikan masjid, jadi kena beli yang lain.. Tengok harga semua dalam seratus lebih. Tengah usha-usha tu ternampak pulak mesin jahit brother, sekali pandang macam kawan aku punya tapi macam lain. Harga sama cuma ada diskaun RM100 jadi tinggal dalam RM699. Agak murah la berbanding dengan promosi brother XL2630 di LSN. Rasa hendak beli saja tapi duit sudah habis pulak sebab sudah beli mesin basuh. Hendak tunggu bulan depan macam lama sangat pulak.. Rasa macam hendak buat loan kt akak je, emm..dia kasi ke ek??.. Yang beza hanya kaler je, satu kaler kelabu..lagi satu kaler ungu... Mungkin satu keluaran lama dan lagi satu keluaran baru kot.. Emm..dugaan betul untuk memilih..

Brother BM-2600

Brother XL-2630

Rabu, 22 Jun 2011

Mesin jahit - Brother XL-2630 vs Brother LS-2160

Dear Blogger,

Cut cost...
Perbezaan antara Brother XL-2630 dan Brother LS-2160

                                                   XL-2630         LS-2160
1. Harga                                      RM799           RM599
2. Sound Level                            Silent               Normal
3. Automatic Needle Threading   Semi-Auto       None
4. Quick Set Bobbin                   Yes                  No
5. Build in Stitches                       25                   14
6. Case/Cover type                     soft case          None

Setakat ini ada 6 perbezaan je yang dapat aku cari... Tidak tahu lagi samada nak beli XL atau LS... Hati memang hendak beli XL tapi duit  rasanya cukup untuk LS.. Kalau mengikut kegunaan, aku just guna jahit lurus dan lubang butang sahaja.. Akan aku fikir-fikirkan yang mana patut aku beli.. Memang nak kena cut cost.. Aku memerlukan mesin jahit untuk mengisi masa lapang aku selepas kontrak kerja aku habis...


p/s : tak sabar nak tunggu akhir bulan 7... Perlukahhh??

Mutiara Kata...

Apabila kita redha dan bersabar,
Bahagia itu hadir dalam hati...

dAn biLa EsOk - sOfAz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya


p/s : dan bila esok.. sebuah pengharapan dalam hidup aku.. Terlalu sukar di ceritakan... nak KERJA ok!! J** yang menyusahkan orang, pk sebelum bertindak..

mesin jahit vs mesin basuh...

Dear Blogger..

Dua-dua mesin ini aku memerlukan.. Satu untuk menjahit baju dan satu untuk membasuh baju yang telah dijahit.. Aku teringin sangat nak beli mesin jahit.. mesin basuh pulak keperluan aku untuk basuh baju aku yang menimbun itu.. Sungguh tidak larat untuk aku basuh secara manual.. Ada sesiapa yang hendak bagi aku mesin basuh?? mesin jahit?? bestnya kalau tiba-tiba depan rumah mesin basuh dan mesin jahit... Aku decide hendak beli mesin basuh dulu... Mesin jahit aku ketepikan dulu sementara tunggu bulan julai.. harap-harap bulan julai dapatla durian runtuh itu..wwweeeee =).. Hari khamis ni dalam perancangan, aku akan beli mesin basuh di kajang.. murah harganya dan juga free delivery...

Mesin basuh Samsung 7kg bakal aku beli =)
p/s : ati menjadi sedih bila memikirkan tentang kerja.. asal terpk mesti terpk TM... =(

Jumaat, 17 Jun 2011

Finished!!! - Baju Melayu Cekak Musang

Baju melayu cekak musang..

Sebelum cantum baju....



Sesudah menjahit dan siap sepenuhnya...

tanpa butang

berbutang
Setelah di bungkus...

Happy Besday to you!!!

Khamis, 16 Jun 2011

gerhana bulan dan 16 Jun 2011

Dear Blogger,

Gerhana bulan...

Earth casts its shadow over the moon during a total lunar eclipse as seen from Manila in the Philippines before dawn on Thursday. - Bullit Marquez / AP
Sumber dari http://wanwidget.com


Gerhana Bulan terjadi apabila bumi berada diantara matahari dan bulan. Bulan akan melalui fasa dari cerah kepada gelap sikit demi sedikit. Fenomena gerhana penuh berlaku bila matahari, bumi dan bulan pada keadaan selari dan bulan gelap sepenuhnya. Gerhana tahun ini terjadi bermula pada 15 Jun 2011 (semalam) hingga hari ini dan dijangka fenomena kedua akan berlaku pada 10 Dec 2011. Fonemena tersebut dijangka dapat dilihat pada jam2.00 hingga jam4.00 pagi. Mungkin kebanyakkan fotografer akan stay untuk menangkap gambar or video kejadian tersebut. Aku teringin hendak lihat tapi apakan daya, tidak terbangun waktu itu (teringin je tp tak merancang nak bgn =p)...


16 Jun 2011...

Selamat Hari Lahir buat Abu Ubaidah Baharom... Semoga Panjang Umur dan di murahkan rezeki...
Pada 16 Jun ni juga maka siaplah baju melayu yang aku jahit sebagai hadiah kepada si dia. Semoga muatlah baju itu =).. Kalau tidak muat, kena diet la nampaknya... All the best to you.. iLu....

Kepada yang menyambut hari jadi pada hari ini juga, aku ucapkan selamat hari jadi.. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
p/s : Terima kasih kepada emak kerana sudi mengajar aku cara menjahit kolar baju melayu dan akhirnya siap juga baju melayu tersebut. Kekemasan tu aku bagi 4/10 la.. kena banyak baiki lagi tu.. Begitu juga, terima kasih kepada kawan ku eny kerana meminjamkan aku mesin jahit. Jika tiada mesin jahit, maka tidak siaplah baju itu.. Terima kasih bebanyak =)...

notakakiku : Arini merancang nak g tgk wayang cete kungfu panda tp tak tau la jadi ke tak.. mungkin si dia nak sambut bersama family dia =)...

Isnin, 13 Jun 2011

Mesin jahit Brother XL-2630

Dear Blogger,

Sekarang, aku tengah aim untuk membeli mesin jahit brother XL-2630. Memandangkan aku masih hendak mengemaskan jahitan, aku kena menggunakan mesin jahit tersebut kerana ia tidak laju selaju singer, dan lagi satu sangat senang digunakan. Sementara ini, aku pinjam guna mesin jahit kawan aku eny. Terima kasih kerana bagi aku guna mesin jahit. Nanti bila sudah dapat duit tunggakkan gaji nanti aku beli mesin jahit. Tidak sabar rasanya hendak beli mesin tersebut.

Ni la mesin brother xl-2630
Misi aku kali ini, aku kena siapkan baju melayu tanpa seluar sebelum 16 Jun 2011 =).. Sebabnye adalah rahsia hehehe.. Sesiapa yang tahu tu senyap-senyap je la ye... Progress dalam 50%...

Selasa, 7 Jun 2011

Baju melayu cekak musang...

Dear Blogger...

Baju Melayu Cekak Musang

Sekarang aku tengah mencari-cari nota atau demo untuk membuat kolar cekak musang bagi baju melayu. Aku ada juga dapat nota dari mygfl tapi bab kolar aku tidak dapat hendak tangkap apa yang dia hendak beritahu. Aku tidak dapat nak gambarkan cara dia jahit kolar dan ukurannya tak dapat nak masuk akal aku. Mungkin aku perlu demonya. Siapa ye yang aku perlu minta pertolongan. Kak tie?? emm..jauh plak nak pergi kesana mnta pertolongan, tp dia ada btau kalo nak ditunjukkan leh datang rumah dia. Mak?? Aku rasa nak tak berapa sangat sebab baju melayu ayah aku, mak akan bagi jiran untuk jahit kolarnya. Mungkin mak boleh tunjuk ajar serba sedikit kot. Tunggu hujung minggu ini.

Baju Melayu Teluk belanga
Kalau baju melayu teluk belanga dah lama siap baju melayu tu sebab ada basic jahit baju kurung.. Mungkin sedikit susah sebab ada kocek depan..
p/s : Kepada sesiapa yang leh tolng, PM saya ye.. Tk.

notakakiku : Malasnya aku nak buat kerja ni.. Alhamdllh, aku puasa hari ni...

Isnin, 6 Jun 2011

Pelbagai...

Dear Blogger...

Agak lama juga la aku tak update blog aku nie... ye mungkin sebab aku banyak kerja yang perlu disiapkan di pejabat aku, selain itu juga alhamdullilah jiwa aku sudah sedikit tenang dan asyik keluar sehingga tidak sempat untuk update.. Bolehla aku katakan blog nie sebagai luahan hati aku ketika sedih (jiwa kacau ma) + gembira...

27 Mei 2011...
Lebih kurang genap sebulan pemergian paklang aku ke rahmatullah (28 April 2011).. Selepas pemergian arwah, sekali lagi aku dikejutkan berita pemergian pakjang pada 27 Mei 2011. Al-Fatihah kepada kedua pakcik aku. Terlalu mengejut pemergian arwah2.. Arwah pakjang meninggal semasa di warung busu aku di melaka. Arwah pakjang dan isterinya hendak makan cendol dan goreng pisang di situ. Menurut kata makjang, sebelum tu arwah pakjang demam biasa saja, lepas kebah dari demam pagi tu arwah pakjang aku siap pergi ke kedai beli ikan, tanam jagung di belakang rumah.. tapi yang aku tahu ajal maut ditangan tuhan. Dia tiba-tiba rebah di warung busu aku dan makjang aku sempat menyuruh arwah pengucap dan disitu juga arwah meninggalkan kami semuanya. Semasa hidup, dia sangat pemurah dan rapat pada keluarga aku... Aku sangat terkejut semasa menerima msg daripada ani iaitu "pakjang da meninggal". Masa aku dapat msg tu, aku tgh drive tuk pulang dari kerja.. Dalam hati, aku harap sangat yang msg tu tidak benar dan hanya salah tulis saja.. Tapi bila dapat panggilan dari ina (dalam keadaan menangis) aku terus mengucap, aku masih boleh bertahan lagi supaya tidak nangis lagi tapi akak aku tidak, hati dia terlalu lembut... Terlalu banyak jasa arwah kepada keluarga aku.. Yang dapat aku lakukan sekarang ialah mendoakan dia selalu, semoga aku tidak lupa tentang itu... Jikalau masa raya, hanya arwah yang bagi duit raya paling banyak.. selain itu, kami semua anak sedara akan menuntut habuan daripada arwah jikalau result UPSR, PMR dan SPM cemerlang... Jikalau tidak cemerlang pun, arwah tetap akan bagi juga untuk menaikkan semangat belajar... Sangat terasa kehilangan arwah... Mari la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Zamani Abdullah (Pakjang) dan Md. Nadzir Abdullah (Paklang)...  

30 Mei 2011,
Alhamdullillah sudah sebulan bai kerja sebagai M&E Engineer di syarikat YHS Associate.. Tapi kerja yang dia dapat hanyalah contract selama setahun setengah sahaja.. takpela kontrak, asalkan pengalaman kerja itu ada dan dia juga boleh apply kerja di tempat lain jika sudah da pengalaman kerja.. Sian dia da semakin hitam sebab kerja kt site. Lepas ini, aku dah dia kena cari kerja yang stabil dan tetap pula.. semoga rezeki aku dan dia ada... Mungkin kalau ada rezeki yang lebih, bolehla kami mencari rumah tuk tinggal, susah juga jikalau tidak ada rumah tuk tinggal. Ye rumah sewa tu boleh juga tinggal, tapi sampai bila nak tinggal di rumah sewa. Dari duduk sewa bayar bulan-bulan, baik duk rumah sendiri.. Tapi tu la, hanya rancangan saje, mungkin beli mungkin tidak tu bergantung pada kewangan nanti.. Nak kawen pun memerlukan duit yang banyak.. tapi kan tak boleh je ke just akad nikah je, jimat giler kalo wat cmtu.. duit hantaran selalunye sepuluh ribu tu leh guna deposit beli rumah.. Tapi tula, ada sebab yang munasabah juga kenapa tak wat cmtu..mungkin nak mengelakkan fitnah dan sebagainya... Apa yang penting, aku perlu bersabar dan berdoa supaya mempermudahkan urusan jodoh aku.. Buat masa ni aku tak bersedia lagi nak kawen.. kadang2 terasa teruja jgk sbb tgk kwn2 lain dah kawen.. Tp selepas muhasabah diri, banyak lagi yang perlu aku tingkatkan.. Semoga tercapai...

5 Jun 2011..
Semalam aku g dgr talk sal herbalife.. Lama gile aku duk sana dari pagi kul11 sampai kul6.30ptg.. Sebenarnya banyak yang nak aku katakan tapi takpela, aku simpan dulu sebab abah aku join herbalife tu. Dia punya effect kesihatan sangat la memberangsangkan tapi kalo bab turun berat badan tu aku kurang setuju sgt sebab produk lain pun boleh wat org kurang berat badan. Apa yang penting sekali aku dapat lihat ialah jikalau hendak kurus, kita kena jaga pemakanan kita selain mengambil ubat suplement... 

Ok. la sampai di sini je la aku taip.. agak panjang jgla... Len kali aku cete lagi... bubye...