follow me =)

Ahad, 31 Julai 2011

Hidup, Cinta, Takdir - Ismi Fa Ismail

Sinopsis Novel Hidup, Cinta, Takdir
Ismi Fa. Ismail.
RM22.90

Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban HIDUP
Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendiri kerana tidak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah menggoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu... Pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?

Yakini Cintaku - Keajaiban CINTA
Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak mengenali antara satu sama lain. Namun mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mencintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mencintai Hoe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tidak pernah wujud sebarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh menyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud... Bagaimanapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe?

Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban TAKDIR
Najla seorang gadis yang tidak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkara dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptanya. Dia juga percaya, tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tidak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirudung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya dihadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah...

Komen : Cerita ini sangat best!! Boleh bagi 5 dari 5 bintang... Jalan cerita yang menarik... =) 

homesweethome dan salam ramadhan...

Lama juga aku tidak balik ke rumah... Ada juga dalam 2 bulan kalau tidak silap tapi dalam dua bulan itu aku ada jugala berjumpa dengan family aku cuma tidak berada di rumah sahaja.. Semasa perjalanan pulang, ada beberapa perubahan dari segi jalan dan pembinaan infrastruktur.. Di rumah aku pula tiada perubahan kecuali apabila mak aku. Ye, aku lihat emak aku semakin kurus. Mungkin kerana makan herbalife.. hidup semakin sihat =)... Aku bila pula hendak mulakan?? Mungkin masa puasa ini aku mulakan makan herbalife..

Minggu depan aku balik rumah lagi sebabnya akak dan adik aku ada balik. Boleh berbuka puasa ramai-ramai... Bila bulan ramadhan menjelma teringat kenangan semasa berniaga di bazar ramadhan.. Kenangan yang cukup indah =)...

Salam ramadhan buat semua.. Selamat mengerjakan ibadat puasa, semoga kita mendapat keberkatan di bulan ramadhan ini...

Jumaat, 29 Julai 2011

Captain America : First Avenger

Tarikh : 29 Julai 2011
Masa : 12.30 pagi - 2.30 pagi
Tempat : GSC, Alamanda
Harga : RM11.00

Director: Joe Johnston

Cast: Chris Evan, Samuel L. Jackson, and Hugo Weaving

Synopsis: After being deemed unfit for military service, Steve Rogers volunteers for a top secret research project that turns him into Captain America, a superhero dedicated to defending America's ideals.

Komen dari saya : Cerita yang menarik, simple dan ada lawak sikit-sikit... Ending yang tidak berapa best (bukan happy ending).. Keseluruhan boleh bagi 4 bintang daripada 5 =)

Selasa, 26 Julai 2011

steamboat di Johnny's Alamanda

Makan-makan di Johnny's... Selama dalam 3 jam menanti jem sampai dan akhirnya kekenyangan.. Tiba di rumah dalam pukul10 malam dari selepas kerja... Sabar menanti.. dan terus menanti... =)...


tertoleh2 menanti kedatangan jem =)..




buku novel

Novel untuk bulan ini...

tertarik dengan covernya...

Hidup ini penuh dengan KEAJAIBAN... kita hanya perlu PERCAYA.
TIGA kisah berbeza... Namun SATU destinasi yang sama


second last buku yang di kumpul..

Sinopsis....

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga.

Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

Sabtu, 23 Julai 2011

my bunga

My bunya sudah kembang =). Suka sangat-sangat tengok bunga sudah kembang. Mula-mula sebelum kembang, my bunga layu tidak tahu sebab apa mungkin aku sembur racun serangga kt pokok aku tu kot atau aku tidak siram pokok. Selepas siram, esok pagi nya aku tengok my bunya dah kembali segar dan kembang... hampir ke semua sudah kembang.. suka sangat-sangat bila tengok bunga sudah kembang =).. Harap pokok bunga sentiasa segar..
Masa mula-mula beli


bunga yang telah kembang

bunga yang layu selepas kembang

Khamis, 21 Julai 2011

LSN Open Day...


For all Sewing Lovers out there, grab your desired sewing machine at your desired price! Discounts up to 50% and also Cash Rebates on selected items!!

Hurry up! Visit us and grab your desired sewing machine with SPECIAL PRICE OFFER during 23rd and 24th of July 2011 (Saturday & Sunday). YES! Two days ONLY!! Be here to check out the promotional items and stand a chance to win JL 308 Home Sewing Machine worth RM 899!!!
All sewing lovers who attend our Open Day will be entitled for Lucky Draw with exciting sewing accessories upon registration. On top of that, a packet of Chocolate Chips Cookies will be given too in conjunction on one of the biggest festive season (Hari Raya) in Malaysia!!
Only ONE unit of JL 308 sewing machine is available for lucky draw so what are you still waiting for? Join us for the Celebration and be the one who grab a FREE sewing machine home!
Again, it’s only for TWO days! Do not miss out this chance to get your desired machine at your desired price. Come meet our friendly and professional staffs to get the best deal with detailed explanation of the functions, specifications, operations of sewing machine and of course demonstration of machine! Be prepared to see the 
advancement of sewing and embroidery machine; you will be impressed! =)


Teringin hendak pergi, hendak servey2 harga. Kalau murah, boleh terus beli tu pun kalau duit mencukupi.. Emm..tapi macam tidak boleh je.. Susahnya kalau gaji takuk itu je, tidak ada OT.. Kalau boleh OT, sudah lama aku buat OT.. Aku memerlukan duit untuk kawennnn... Waahhh...sungguh tension jika memikirkan tentang duit.. Semoga rezeki aku sentiasa ada.. amin...