follow me =)

Ahad, 4 November 2012

Lirik Lagu Kelahiran - Adi Putra


Angin meniup
Seluruh alam semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

p/s : i love u bonda =)...

Sabtu, 3 November 2012

pola baju melayu siri 2

Sambungan pola baju melayu siri 1 (DI SINI)

6. Kolar

pola kolar













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran leher + 1 inci.
  • Dari A, tandakan 1 1/4 inci dan labelkan C. AC = lebar kolar.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD
pola kolar 2












  • Dara C, naikkan 3/4 inci dan labelkan E.
  • Dari A, naikkan 1 inci dan labelkan F.
  • Gunakan pembentuk, lakar garis separuh melengkung dari F ke B dan dari E ke D.

7. Tetulang kiri

pola tetulang kiri












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 1 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 2 inci dan labelkan E.

pola tetulang kiri













  • Dari D, turunkan 2 inci dan labelkan F.
  • Tandakan titik tengah EF dan labelkan G.
  • Dari E, naikkan 1/2 inci dan labelkan H.
  • Dari F, naikkan 1/2 inci dan labelkan I.
  • Lakar garis lurus GH dan GI.

8. Tetulang kanan

pola tetulang kanan












  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 1/2 ukuran keliling leher.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 3/4 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, turunkan 1/2 inci dan labelkan E.
  • Dari D, turunkan 1/2 inci dan labelkan F.

9. Kocek bawah

pola kocek bawah













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 6 1/2 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 7 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan E.
  • Dari B, naikkan 2 inci dan labelkan F.

10. Kocek atas

Pola kocek atas













  • Lakar garis lurus A ke B. AB = 5 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C. AC = 5 1/2 inci.
  • AB = CD Lakar garis lurus BD dan CD.
  • Dari B, naikkan 1/2 inci dan labelkan E.













  • Dari A, naikkan 2 inci dan labelkan F.
  • Dari E, naikkan 2 inci dan labelkan G.
  • Lakar garis lurus AE dan FG.
Habis sudah ilmu untuk pola baju melayu.. Selepas ini, saya akan kongsikan pola untuk seluar baju melayu pula... Mari kita nantikan =)...

p/s : Selamat mencuba =)..

Sabtu, 6 Oktober 2012

pola baju melayu siri 1

Setelah mengambil ukuran baju (DI SINI) dan juga seluar (DI SINI). Sekarang mari kita melukis dan mengunting pola baju pula...

1. Bahagian hadapan dan belakang baju

bahagian badan baju












  • Lakar garis lurus dari A ke B. A = B ukuran labuh baju.
  • Lakar garis lurus dari A ke C. A = C 1/2 ukuran lebar baju.
  • AC = BD. Lakar garis lurus CD dan DB.
2. Lengan

lengan baju












  • Dari C, tandakan  F = 1/4 bahu + 1 inci.
  • Lakar C ke F = Ukuran labuh lengan.
  • Dari F, tandakan G = 1/4 bukaan tangan.
lengan baju












  • Lakar garis lurus dari F ke G.
  • Dari E, keluarkan 1/2 inci dan labelkan H.
  • Gunakan pembentuk, lakar garis berbentuk dari C ke H. C ke H = 1/2 ukuran pangkal lengan.
3. Pesak

pesak baju












  • Pada garis lurus EG, tandakan 2 1/1 inci dari E dan labelkan I.
  • Pada garis lurus BD, dari D, tandakan 4 1/2 inci dan labelkan J. Lakar garis lurus dari I ke J.
4. Kekek

kekek baju












  • Pada garis lurus IJ, dari I, tandakan 3 inci dan labelkan K.
  • Pada garis lurus EG, dari I, tandakan 3 inci dan labelkan L. Lakar garis lurus KL.
5. Leher

leher baju












  • Lakar garis lurus A ke B = 1/2 ukuran leher + 1 inci.
  • Lakar garis lurus A ke C = ukuran leher = 1/4 inci.
  • AC = BD, lakarkan garis lurus BD dan CD. AB = CD = ukuran leher + 1 inci.
pola leher












  • Dari A, naikkan 1/2 inci dan labelkan E.
  • Dari C, naikkan 1/2 inci dan labelkan F.
  • gunakan sesiku, lakar bentuk separuh bulatan dari E ke B.
Ok. Setakat ini saja yang aku dapat sharekan.. InsyaAllah esok aku akan sambung semula untuk pola kolar,  tetulang kiri kanan dan kocek. Selamat mencuba =)..

Isnin, 1 Oktober 2012

Cinta Kita - Teuku Wisnu feat Shireen Sungkar

gambar hiasan =)

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

dedikasi kepada tunang ku =).. Semoga cinta kita dirahmatiNya dan di permudahkan...

Rabu, 26 September 2012

Button Badge

Sekarang aku bergiat pula kepada bisnes Button Badge =)...

Sesiapa yang berminat/maklumat lebih lanjut bolehlah PM di facebook saya ye.. =).. 

Ni sebagai contohnya dijadikan sebagai doorgift...




myWord : Apa akan anda buat jika anda di situasi saya =)... Semoga di beri ketenangan... 

Sabtu, 22 September 2012

BISNESS


Bisness.. Salah satu cita-cita aku =).. Tapi tidak lama aku bertahan untuk satu-satu bisnes.. Salah satu sebabnya aku susah nak buat promosi =)..

Sekarang ada beberapa bisnes yang aku buat (angan-angan je =) )
1. Perkhidmatan membasuh baju : Dobi InTheHouse (memerlukan mesin basuh dan pengering)
2. Jual makanan : DropDown LunchBox (memerlukan kepakaran memasak)

Setakat ini baru dua bisness angan-angan ku hehehe.. Nama pun aku on the sport letak =)..

Sabtu, 1 September 2012

mengambil ukuran bahagian seluar

Sebelum ni aku da kongsi sedikit nota untuk mengambil ukuran baju melayu (DISINI)... Sekarang aku nak kongsikan cara-cara untuk mengambil ukuran seluar baju melayu pula..

1. Keliling Pinggang : Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.

ukuran keliling pinggang













2. Keliling pinggul : Ukur lilitan bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.

ukuran keliling pinggul













3. Labuh seluar : Ukur dari pinggang hingga ke buku lali atau ke bahagian labuh yang bersesuaian mengikut kehendak pemakai.

ukuran labuh seluar













4. Bukaan kaki : Ukur dari buku lali mengikut lebar yang bersesuaian. Ukuran juga boleh dibuat dengan mengukur bukaan keliling seluar sedang yang dipakai.

Ukuran bukaan kaki













5. Keliling lutut : Ukur lilitan di bahagian lutut mengikut kelonggaran yang sesuai. Ukuran juga boleh dibaut dengan mengukur bahagian keliling lulut seluar sedang yang dipakai

Ukuran keliling lutut













6. Keliling paha : Ukur lilitan di bahagian paha mengikut kelonggaran yang sesuai. Ukuran juga boleh dibuat dengan mengukur keliling peha seluar sedang yang dipakai.

Ukuran keliling paha













7. Cawat : Ukur dari pusat hadapan hingga ke belakang melalui kelengkang mengikut keselesaan pemakai. Hujung ukuran di belakang adalah sama paras dengan bahagian pusat.

Ukuran cawat








Ok. Selesai sudah.. =).. Ukuran-ukuran tersebut hendaklah di catit dalam kertas supaya tidak terlupa dan akan di gunakan untuk membuat polar baju dan juga seluar.. Jumpa lagi~~

lain-lain : Hanya tuhan yang tahu perasaan ku kali ini.. Tak tau nak cakap ape.. aku berserah kepada-MU.. =(