follow me =)

Khamis, 3 Mac 2011

tak baca!!??!!...

Dear Blogger,

Tension betul kalau apa yang kita minta tapi dia cakap 'takde'... tapi hakikat sebenarnya ada dekat dia kerana dia tak baca!!
Takkan dia tak baca2 apa yang ada pada dia kot...

Dialog....

dia : i takde.. cuba tgk u nya.. cuba tnya sipolan-polan..
makhluk : kt i takde, i dah teroka semua tempat dan sudah hafal tempatnya.. memang takde... 
dia : susah la macam tu, time buat tu i tak masuk lg... dtg2 je semua ckp sal tu, i tak tahu papepun time tu...
makhluk : dah tak cari memangla takde (dalam hati)

beberapa jam kemudian...

dia : apa nie?
makhluk : yang ni la, yang u nak...
dia : eh..fotosttkan tuk i.. dapat kt mane? 
makhluk : dpt dlm f** yg u bg la.. 
dia : eh ada eh.. dkt dalam mana?
makhluk : ada..
makhluk : mestila ada kalo cari n baca.. tak baca memangla tak jumpa.. padahal dah ada tajuk skali dah haiiiyaaaaa..sakit jiwaaaa... (dalam ati)

lagi satu kes...

makhluk : i dah lama bagi...
dia : yeke.. i tak boleh bukak la..
mahkluk : bukan tak leh bukak tp mmg tak amik ksh langsung (dalam hati)

*dialog diatas adalah rekaan semata2, tidak ada kena mengena yg idup dan mati cuma dialog di olah mengikut keadaan sebenar...***

notakakikukeko : semoga aku di hindari dari perangai sebegitu 'dia'... Aiseehhh...tak kuar2 plak result nie... tension aku la...

Rabu, 2 Mac 2011

Nasi kerabu...

Dear Blogger,

Semalam, housemate2 aku telah bekerjasama menyediakan nasi kerabu yang di pandu oleh Eny... Jem di tugaskan memotong ulam2 seperti timun, daun kesom, bunga kantan dan bawang, selepas potong/cincang halus2 akan digaul semua... Eny pula menggoreng kelapa... Aku tolong blend ikan, bawang merah, gula, garam dan perahan limau... di blend semua dalam satu masa.. selepas diblend, panaskan kuali untuk di campurkan dengan kelapa goreng tadi.. Selepas itu, goreng ayam untuk dijadikan lauk nasi kerabu.. aku pula merebus telur puyuh.. i like it =).. Then, cili padi di kisar bersama-sama air perahan limau, gula dan garam.. Selepas di kisar, campurkan sedikit air untuk menghilangkan sedikit pedas dan kasi banyak =).. Akhir sekali hidang makanan tersebut di depan TV... Makan sambil menonton tv dan borak-borak... Sebelum itu, jangan lupa masak nasi.. Nasi di masak seperti biasa tetapi masukkan serbuk kunyit sedikit untuk di jadikan nasi bewarna kuning... Kaler pape pun boleh.. bergantung kepada pemakan..

Resepinya aku tak berapa nak ingat tapi boleh di dapati dalam laman web... just google ok =)... Gambar hasil nasi kerabu kami akan aku upload malam ini...

notakakikuke : pagi-pagi sakit perut kerana makan cili padi terlalu banyak.. =).. ohhh nasi kerabu.. i loike!! =)... Sok result untuk interview Pegawai Tadbir & Diplomatik akan keluar... Berdebar-debar rasanya... oh tuhan, berila aku sinar kebahagiaan... Amin..
All the best to all my friendssssssss.....

Ahad, 27 Februari 2011

kek batik 2...

Dear Blogger...

Hari ini sudah makan kek batik yang telah dibekukan semalaman dalam petiais (letak kt tpt beku, kasi cepat keras skit hehehe)... Hasilnya adalah seperti gambar di bawah =).. 

Disini aku sediakan resepinya...

1 packet biskut marie
1/2 bar butter
1 packet milo paling kecil 
2 sudu besar koko 
secawan susu segar HL
4 sudu besar gula (secukup rasa)
1 biji telur ayam

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali biskut marie
2. Kacau sehingga cair dan pekat. Pastikan api sentiasa kecil
3. Setelah pekat, padam api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan
4. Sejukkan dalam petiais
5. Motong dan makannnnn =)

Selamat mencuba =)...

Makan di pagi hari minggu =)


notakakikukeko : Nak buat lagi kek batik =).... 

Sabtu, 26 Februari 2011

kek batik...

Dear Blogger..

Hari ini aku try buat kek batik.. maklumla, sabtu ahd takde keje.. so abiskan masa wat makanan selain memotong kain baju tuk dijahit... minggu ni tak sempat nak jahit tepi.. minggu depan baru boleh siapkan baju.. Lepas tu, kena amik kain dari abang yang di pesan oleh emak untuk di jahit... Jahit sahaja, potong emak sudah buat hehehhehe...

Ni kek batik yang hendak disejukkan....

Gambar dari tepi =)


Gambar dari atas =)



Gambar di bawah ini pula ialah anak sedara aku.. Maknanya aku sudah jadi makcik.. emm auntie ct kot atau pun mak ndak kot hehehe... Rindu kat iman... Dah sebulan tak tengok dia... miss u...
Muhamad hanif Iman Bin Hafizul


notakakikuke : Tak sabar nak makan kek batik... tah apa la rasanye =)....

Rabu, 23 Februari 2011

temuduga M41 vs temuduga J41

Dear Blogger,

Tamat sudah aku menghadapi interview untuk M41 dan J41... Adakah aku akan melalui perkara yang sama lagi (temudugaan) ini lagi atau setakat ini sahaja??? Segala-galanya ku berserah pada Tuhan. Semoga rezeki aku di M41 atau J41... Apa yang aku harapkan ialah lulus temuduga J41 kerana tidak perlu jalani ujian apa-apa lagi selepas itu.. Tapi jikalau rezeki aku di M41 aku lagi suka =)... Tapi jika dua2 tidak menyebelahi aku, aku kena cari kerja lain jawabnya..

Result di jangka keluar pada 3 Mac 2011 dan juga 23 Mac 2011... All the best 4 all my friends... Semoga mendapat berita gembira dari keputusan itu... Aminnn...

Notakakiku : Emak baru lepas call nak suruh jahitkan baju =).. Practices make perfect + kerajinan yang banyak...

Ahad, 20 Februari 2011

Baju Kurung Pesak gantung + kain kipas susun belakang

Dear Blogger,

Akhirnya jadi juga aku buat baju kurung pesak gantung... bukan 3 pesak lagi =)... Kain pulak, aku berjaya wat kain kipas susun belakang... Walaupun jika lihat dari dasar bolehla dikatakan OK.. Tapi bila dilihat sebenar-benarnya berserabut benang di sana sini.. Next time boleh perbaiki jahitan... Masih di tahap senget benget =)... Tak sabar hendak menjahit lagi... Masih mencari2 masa yang tenang... Ada beberapa lagi kain yang belum di jahit lagi.. Harus di jahit sebelum habis trend kain tersebut... 

Pada asalnya aku nak buat cmni...

Tapi akhir skali jadi cmni sbb tiada benang getah... =)
baju pesak gantung...

Kain Susun Belakang...
notakakiku : Nak pakai ari isnin nie =)

Khamis, 17 Februari 2011

pening + berdebar...

Dear Blogger,

Kerja..Kerja..kerja Perlukah aku mencari kerja??
Menyesal dengan tindakan 1 tahun lepas??
Ya dan Mungkin tidak... Aku yakin, ada hikmah disebalik kejadian.. Dengan kesunggah aku berkerja semoga aku di berkati dan di murahkan rezeki.. semoga ada sinar2 harapan dan keajiaban untuk aku dan juga kawan-kawan aku.. Banyak ura2 pasal keje aku sekarang ini.. Ada negatif dan ada positif.. Pening aku memikirkannya walaupun muka nampak selamba hhuhuhuuhu.. Rezeki..rezeki... Waktu ini,kerja aku sangat banyak... sangat banyak menerima panggilan dan juga banyak sangat minta maklumat..waaa...tensionnn aku..

Oh yea.. ni gambar rumah sewa aku..




rumah baru ku=)


Time to pindah =)
notakakiku : berdebar??? urmm..tiap2 ari berdebar kot...