follow me =)

Isnin, 13 Ogos 2012

mengambil ukuran baju

Selepas kita mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk menjahit (DISINI). Sekarang, mari kita mengambil ukuran baju pula... Ukuran ini sangat penting kerana jika tersalah ukur akan menyebabkan baju kita terkecik atau terbesar.. Kalau terbesar tidak mengapa sebab boleh 'oter' semula.. tp kalau terkecil.. payah pula nak 'oter'.. kena cantum2 kain pula.. Jadi berhati-hati semasa mengambil ukuran.. =)

1. Lebar Baju : Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan.

Ukuran Lebar Baju












2. Labuh Lengan : Ukur ke pergelangan tangan mengikut labuh lengan yang bersesuaian. Nilai sebenar labuh lengan ialah labuh lengan tolak lebar bahu.

Ukuran Labuh Lengan












3. Bukaan Tangan : Ukuran lilitan hujung pergelangan tangan.

Ukuran Bukaan Tangan












4. Keliling dada : Ukur lilitandi bahagian dada yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.

Keliling dada













5. Labuh Baju : Ukur dari bahu hingga ke paras labuh yang bersesuaian.

Ukuran Labuh Baju














6. Keliling Leher : Ukur lilitan di pangkal leher dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.

Ukuran Keliling Leher














Ok..Sampai di sini dulu untuk ukuran baju.. selepas ini ukuran seluar pula ye.. =)


0 comments:

Catat Ulasan