follow me =)

Sabtu, 21 April 2012

seksyen 8, bangi

pindah rumah 
Alhamdulillah, dapat juga aku cari kenderaan untuk mengangkat peti ais dan mesin basuh aku... Terima kasih kepada sepupu aku kak lin kerana sudi datang meminjamkan kereta dia . Terima kasih juga kepada 'si dia' juga kerana membantu aku mengangkat barang-barang tersebut... dan terima kasih banyak sekali kepada family aku yang banyak membantu aku memindahkan barang dari putrajaya ke bandar baru bangi... Banyak kali dah aku pindah rumah, memang memenatkan.. Hidup merantau memang macam ini selagi tidak mendapat kerja tetap, akan terus merantau dan merantu sehingga menjumpai titik noktah.. Pindah rumah ni, paling tidak pun aku dapat mengenali sesuatu tempat itu... Dapat mengetahui lebih mendalam tentang selok belok jalan yang ada.. 

Pertama sekali aku duduk rumah sewa adalah di padang jawa, shah alam iaitu semasa aku belajar di UiTM... Tidak sampai sebulan, kami kena keluar rumah tersebut kerana masalah dengan tuan rumah.. Dalam pada masa yang sama, rezeki kami baik kerana ada rumah kosong yang ingin disewakan berdekatan dengan rumah yang kami sewa sebelum ini iaitu di tingkat bawah sekali.. Senang kami untuk berpindah.. Jikalau tidak silap aku setahun selepas itu, kami berpindah pula ke Seksyen 7, Pusat Komersial kerana masalah pengangkutan.. Di Seksyen 7 kami duduk sehingga habis belajar.. Selepas habis belajar, aku berpindah pula ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara kerana aku dapat kerja di situ.. Tidak sampai setahun juga, aku pindah lagi ke kawasan One Utama (Aku lupa nama tempatnya) kerana masalah dengan 'housemate'.. Tidak sampai sebulan, aku pindah lagi ke Putra Damai, Presint 11, Putrajaya kerana tukar kerja. Selepas setahun, aku pindah pula ke presint 17 kerana mendapat kuartes.. Selepas setahun, aku pindah ke sini iaitu Seksyen 8, Bangi... So jumlah semua sekali  ??? kira sendirila =)...

Padang Jawa (Tingkat 1) -> Padang Jawa (Tingkat G) -> Seksyen 7 Pusat Komersial -> Taman Tun Dr Ismail -> Kawasan OU -> Presint 11 -> Presint 17 -> Seksyen 8 -> ???

bilik baru aku~~

bilik lama aku...

ruang tamu presint 17

ruang tamu juga

sama juga...

Nota : Bilakah aku akan berhenti berpindah-randah?? 
  

2 ulasan:

  1. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tau x pe...T.T
    sabar je la banyak2..aku je x pindah2 lg.huhuhu

    BalasPadam