follow me =)

Rabu, 19 Januari 2011

$$$....

Dear Blogger,

Duit... Wang... Money...

Boleh buat orang pusing kepala...
Boleh buat pergaduhan...
Boleh buat orang salah padang...
Boleh mengubah seseorang...
Boleh membutakan hati seseorang...
Boleh merunsingkan hati...
Boleh menyukarkan tidur...

Keikhlasan hati hanya boleh melenyapkan semua itu...
Ikhlas kerana Allah...
Dengan keikhlasan, kita dapat hidup dengan tenang...
Segala rezeki yang diberi kepada kita bukan hanya untuk kita sahaja...
Dan juga bukan selama-lamanya...

Aku bersyukur kerana masih diberikan rezeki...
Semoga aku di hindari dari perasaan tersebut...
Mohon kepada Mu dapat memberikan aku rezeki...

Sama-sama lah kita baca ayat dibawah...



Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (  yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.


Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu


notakakiku : Kuatkan semangat untuk memotong baju esok...

0 comments:

Catat Ulasan