follow me =)

Selasa, 5 Julai 2011

Transformers : Dark of the Moon

Tarikh : 29 Jun 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 malam - 11.30 malam
Tempat : Cheras Leisure Mall (GSC)
Harga : RM10.00


Director: Michael Bay

Cast: Shia LaBeouf, John Turturro, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Rosie Huntington-Whiteley, Patrick Dempsey, Kevin Dunn, with John Malkovich and Frances McDormand

Synopsis: Shia LaBeouf returns as Sam Witwicky in Transformers: Dark of the Moon. When a mysterious event from Earth's past erupts into the present day it threatens to bring a war to Earth so big that the Transformers alone will not be able to save us.

Komen dari saya :
Jalan cerita sangat simple tapi sangat best nak2 time berlawan. Kalau tengok 3D lagi best tapi mahalla =)..

kursus anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahun 2011

Kawan-kawan,

Syukur kepada tuhan kerana kursus di bawah KKLW yang dilaksanakan dibawah unit saya iaitu Unit Latihan Keusahawanan yang akan dijalankan seperti biasa yang bermula pada 11 Julai 2011 sehingga 14 Disember 2011. Terlalu banyak prosedur yang perlu diikuti menyebabkan kursus ini lambat bermula tetapi kerana kecekalan dalam menjalankan tugas, maka kursus ini dapat dijalankan seperti biasa. Kursus tahun ini merangkumi kursus peningkatan kemahiran keusahawanan. Ia menjurus kepada pemantapan bisnes berbanding tahun lepas yang mempunyai kursus yang pelbagai iaitu dari pemprosesan makanan sehingga kepada pembungkusan, kualiti produk dan sebagainya..

Anda bolehlah mendaftar dan juga memilih kursus yang diingini di laman web KKLW (http://www.rurallink.gov.my/) atau https://smu.rurallink.gov.my/.

Antara kursus yang ada pada tahun ini ialah kursus pengurusan kewangan, pemasaran, kursus pembungkusan, kursus kualiti pembungkusan, kursus GHP, kursus GMP, kursus Halal dan kursus pengurusan.

Isnin, 4 Julai 2011

tengah kemaskini...

Dear Blogger,

Sekarang aku tengah kemaskini/ upgrade blog aku. Harap maaf di atas kekurangan di blog ini =)..
Hendak tukar blog ke wajah baru =)..

Sabtu, 2 Julai 2011

P1 wiggy

Dear Blogger..


Hari ini aku online menggunakan P1 wiggy. Aku hendak try guna wiggy pulak samada ok ke tak guna di putrajaya. So far aku pakai agak lambat sedikit la untuk download cete. P1 ni aku kongsi dengan bai. dia amik package RM99 yang warna putih dan aku try add on wiggy putih. Cuma tambah RM30 sahaja. Volume 20G kongsi bersama. Jumlah keseluruhan dalam RM130 sebulan. Aku try pakai dalam sebulan ini, kalau tidak ok, aku akan terminated, kalau ok, aku still go on or maybe ambil package personal. 

P1 Wimax


kotak superwiggy
wiggy sambung ke my laptop =)

Selasa, 28 Jun 2011

pergila kau jauh-jauh dari aku....

Dear Blogger,

Kenapa kau masih mahu dekat dengan aku...
Aku sudah bilang jangan dekat sama aku...
Aku sudah bosan dengan kau...
Aku sudah jemu dengan kau..
Kenapa kau sekejap ada sekejap tiada...
Alangkah indah dunia ini jika tiada kau...
Aku benci sama kau..
Aku hate sama kau...
Pergilah wahai perasaan sedih..
Sedih kerana aku tidak dapat macam dia...
Sedih kerana aku tidak macam dia...
Sedih kerana aku gembira dia macam itu...
Apa pun Tahniah kepada dia dan chayok-chayok kepada aku....

p/s : yyeyeyye.. sok malam tengok transformer... gile penuh + full booked wayang... =).. Miss my mum+daddy.. miss u so much...

Ahad, 26 Jun 2011

Fraser Hill

Dear Blogger,

Semalam aku pergi ke raub untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku Wan Nursyazwani. Kawan semasa di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra dan juga satu asrama. Tahniah diucapkan kepada Wan dan Faiz..





Semua ini gambar perkahwinan Wan dan Faiz..
Selepas pergi menghadiri majlis tersebut, aku dan bai pergi ke 'Bukit Fraser' untuk melihat apa yang ada disana sambil jalan-jalan makan angin. Sungguh tenang berada disana, tidak la sejuk sangat tapi selesa sangat. Tempat sangat lawa, ada tempat berkuda, ada taman awam, ada jungle tracking, ada tasik yang boleh bermain ala2 basikal, tak tau apa nama dia.. Semasa naik memang pening kepala sebab jalan pusing-pusing, dalam 1jam setengah sampai atas, itu pun kalau bawa kelajuan 60km je. Nasib baik aku yang bawa, memang tak rasa loya la, kalau aku yang duduk disebelah memang loyala jawabnya.. Selepas pusing-pusing, kami pun pulang ke rumah..




Sampai sudah...

Dear Blogger,

Hari ini sampai sudah mesin basuh yang aku beli iaitu samsung 7kg dengan harga RM599 + free delivery.. Disamping itu, ada juga beli rice cooker pensonic dengan harga RM69. Dengan pembelian itu, aku dapat percuma sabun basuh breeze cecair 1kg. Terima kasih kepada ubaidah kerana tolong tempahkan mesin basuh dan rice cooker. Cuma terlupa hendak minta free kaki bagi mesin basuh tersebut. Lepas pasang terus je basuh baju yang menimbun tu =)... Lega rasanya..

mesin basuh Samsung 7kg

Rice cooker Pensonic