follow me =)

Ahad, 11 Mac 2012

dia


dia...
kalau aku jauh, dia akan dekat...
kalau aku dekat dia akan jauh...
dugaan...
kesabaran...

Sabtu, 10 Mac 2012

dia

sekadar gambar hiasan =)

dia...

beritahu satu perkara....
Kalau betul-betul hendak mainkan perasaan orang..
tidak sampai sebulan akan bercinta...

dia


dia...

membuatkan aku asyik terfikir kenapa....

Isnin, 5 Mac 2012

this means war

Tarikh : 4 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.10malam - 11.50malam
Tempat : Wangsa Walk (tgv)
Harga : RM14.00


Director: McG
Cast: Tom Hardy, Reese Witherspoon and Chris Pine

Synopsis: Two of the world's top secret agents are best friends who never let anything come between them -- until they inadvertently fall for the same woman. It's all-out war between them, as the two spies battle each other with high-tech surveillance, advanced tactics, and an arsenal capable of bringing down a small country. At the same time, she struggles with the difficult task of choosing between two very different, but equally attractive romantic propositions.


noted : best dan sangat2 kelakar cerita ini... boleh release tension kot... 

tree steak house

kad tree steak house

Selama kami pergi makan petang atau lebih manis dinner bersama di tree steak house... Sudah lama hendak pergi makan disana tapi asal pergi je mesti tutup.. Mungkin bukan rezeki aku lagi tu.. Semalam tidak tahu hendak kemana, jadi kami buat keputusan untuk makan disana kerana kami sangat lapar.. Kedai buka pukul6 petang sehingga 12 malam tapi kami sampai 15minit awal dan kedai itu sudah ada beberapa pelanggan.. Jadi kami decide untuk masuk dan buat pesanan... Aku pesan piziola chicken chop (kuahnya ditumis dengan bawang) dan dia pesan bakau '..' (lupa pulak nama dia tp gabungan lamb dan beef, kuah pun 2 jenis). Air pula aku pilih jus apel dan dia pilih nescafe ais.. Ok rasa pula, aku rasa aku punya emm..bolehla sebab aku tidak suka bawang.. tapi dia punya lagi sedap.. Kandungan dia memang mengenyangkan.. Harga pula, semua sekali RM43.. Secara detail tu aku takde sebab resitnya hilang huhuhu...

Kalau hendak ke sana boleh guna jalan MRR2.. jalannya terus sahaja dan kedai dia disebelah kiri jalan.. Kedai dia betul-betul tepi jalan di sungai buloh... Alamatnya seperti kad di atas. Boleh buat tempahan meja juga (booking).. Kedai dia tidakla besar seperti restauran tapi selesa...

Oh yea.. terlupa satu makanan iaitu blueberry cheese cake.. Sedap sangat-sangat.. harga agak mahal bagi aku iaitu RM5..

cheese cake

piziola chicken chop

sedia untuk makan =)

ini dia yang lupa nama makanan tu =)

ehem..ehem.. control nampak =)...
noted : thanks kerana belanja saya =).. lain kali boleh belanja lagi hehehe =)... selepas makan, kami pergi tengok wayang...

Sabtu, 3 Mac 2012

temu dugaan =)

gambar hiasan...

Hari ini, pergi cyberjaya dengan niat untuk pergi temuduga terbuka di Jobsmalaysia... Semangat pergi dengan pakaian kemas (baju kurung) dan singgah di opis ila untuk print resume dan fotostat sijil-sijil dan juga ambil barang peribadi yang tertinggal.. Selepas siap semua, kami pun pergi ke cyberjaya.. Bila sampai je di sana, kami pun mengambil fail untuk pendaftaran.. Selepas itu, kami hantar hanya untuk daftar sahaja bukannya untuk temuduga hehehe.. banyak sebabnya dan salah satunya adalah aku tidak bersedia huhuhu.. emmm...rasa berdebar-debar pula nak pergi temuduga ni maklumlah dah lama tidak pergi.. Jadi, kami buat keputusan tidak pergi temuduga huhuhu.. masa balik tu, sedih pula rasanya... Selepas itu, kami bungkus makanan di restoran saba dan makan kek di secret recipies.. Lepas tu, kami terus pulang..

nasi arab..

bungkusan nasi arab saba restorant
Harga nasi ayam ni dalam RM12.50... Sedap!.. Makan nasi sahaja pun sedap juga... 

kek indulgence =)

Khamis, 1 Mac 2012

one step again

sumber : google..


Hari ini bermulanya perjalanan baru ku dalam menceburi dunia kerjaya... Apa yang penting aku kena berusaha dan terus berusaha... Semoga pengalaman kerja aku sebelum ini dapat membantu aku dalam pencarian kerja baru... Ya, aku redha dengan ketentuan-Mu dalam mencari rezeki.. Mungkin aku perlu lebih berusaha bagi mencapai pekerjaan yang lebih baik... Selamat tinggal dan terima kasih buat TM Berhad dan KKLW, jikalau ada rezeki lagi kita akan bertemu lagi.. Yang baik akan ku dijadikan teladan, yang kurang baik akan ku dijadikan sempadan... Walaupun sedih tetapi hidup harus diteruskan.. Masih ada banyak rezeki Allah di muka bumi ini... 

p/s : berusaha dan terus berusaha... credit to abah, mak, ubaidah dan friends kerana sudi mendengar luahan perasaan dan memberi semangat kepada ku... terima kasih banyak2... =)