follow me =)

Jumaat, 31 Ogos 2012

SHRMZB

1 hari di Hari Raya~~

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. Mungkin trend sekarang dalam laman-laman sosial => SHRMZB...

Apapun, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin =).. Halalkan makan minum kami...



Hari sabtu sebelum naik cuti, kami sekeluarga pergi ke pekan untuk melawat akak aku yang dah bersalin dua hari sebelum raya sambil-sambil berjalan raya.. 

ini dia Muhammad Abdullah Asyraf

Tahun ini aku beraya di rumah saje, menanti kakak-kakak dan abang-abang balik beraya maklumlah masing-masing sudah ada keluarga sendiri.. Selalunya malam raya kami akan balik beraya di Melaka.. Tengahari Hari Raya pertama pula kami pergi beraya ke Negeri Sembilan pula.. Macam gitu la tiap-tiap tahun kami beraya.. Sekarang perubahan berlaku dalam keluarga aku pula, beraya di rumah sendiri.. Dalam masa yang sama pula atok aku tidak berapa sihat, jadi kalau nak berjalan pun tak boleh jalan jauh-jauh sangat.. Kebetulan kami beraya di Pekan tu, PM ada buat majlis HR.. So kami pun pergilah serbu sekali hehheh =)... Punyalah orang berebut-rebut beratur nak duit raya dengan kuih raya.. siap leh beratur dua tiga kali hhuhuuh... Ni la hasilnya =)..

siap ada gambar lagi tu =)

persembahan oleh para artis

selepas abis collect ape yg patut heheh =)

banyak tu kumpul =)


welcome...
orang jual emas celup pada malam raya.. Ramai juga yang beli.

M-day ~~~

noted : Kemungkinan ini raya terakhir aku sambut as a 'single' =).. InsyaAllah...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Akhirnya bulan ramadhan


Alhamdulilllah, hampir di perhujung bulan ramadhan..Rasa sayu, sedih bertandang di hati... Bila kah akan berjumpa kembali dengan ramadhan.. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buatku berbanding tahun lepas.. dan Insha-Allah ramadhan tahun depan semoga lebih bermakna buat ku.. Tahun ini, aku berpuasa bersama-sama adik aku di rumah.. dia yang tolong belikan makanan untuk berbuka kerana aku tidak sempat singgah untuk membeli juadah berbuka puasa memandangkan jarak dari rumah ke tempat kerja yang jauh.. Balik pukul5.30 petang pun akan sampai di rumah dalam pukul7 malam.. itu pun kalau tidak 'jem' dan balik lewat.. Kalau balik lewat atau 'jem', aku akan sampai dirumah ngam-ngam azan berkumandang =).. Apapun alhamdulillah dan berterima kasih sangat-sangat kat Ani =)... 

gambar hiasan

Semalam aku dan tunang pergi ke jalan tar.. niat di hati nak beli tudung =).. Tapi bila dah sampai sana, usha barang lain pula heheheh... Pusing-pusing jalan tar, aku berkenan dengan satu telekung ini.. Bila dah berkenan dan si tunang pun kata ok, aku pun beli la telekung tersebut sebagai barang hantaran nanti =).. Sebenarnya dah tiga kali aku masuk kedai tu dan aku rasa kedai tu paling ok kot heheh =).. Sebelum ni ada beli telekung kt dalam fb, tapi tak puas hati sebab dia bagi corak lain.. Aku apa lagi, komenla kt fb dia, kata tak nak telekung tu.. Nasib baik dia ok, dan nak pulangkan semula duit aku tu.. Tapi bagus guna aku pulangkan sebab tak berapa berkenan sangat dengan kain dia.. dalam fb kemain kata lembut dan selesa di pakai.. tapi bila pakai je.. urmmm..sabar je la =).. Mungkin taste aku berlainan dengan pembeli-pembeli yang lain kot... =)..


gambar hiasan

Sebelum beli telekung, aku jalan-jalan di antara deretan kedai tu.. banyak juga jualan murah tapi biasa la, kalau dah murah ni ada yang barang nya elok dan tak elok.. So kena rajin memilih.. Kalau bab baju, aku akan perhatikan pada patung saja, sebabnya dipatung saje aku akan nampak cantik =).. Kalau gantung saje, memang tak nampak cantik bagi sesetengah baju.. Setelah usha-usha, ada satu baju kurung aku berkenan sangat-sangat hehehhe.. Kaler baju tu, tak perlula aku btau, sape yang kenal aku mesti tau kaler ape yg aku minat heheh =).. Berkenan saje tapi tak beli sebab takde bajet.. mungkin dah ada bajet boleh aku beli sekali dengan baju melayu.. Harga baju perempuan tu agak mahal gak la RM229, baju melayu dia ada bagi diskaun dalam sertaus lebih, cantikla baju dia siap ada corak skit kt leher dia dan tangan =).. Kaler pun ada sama dengan baju aku.. memang ngam la =).. Tapi tu la, tunggu bulan seterusnye untuk beli barang yang lain =)...


boorch yang sempat aku beli =)...


Isnin, 13 Ogos 2012

mengambil ukuran baju

Selepas kita mengenali bahan-bahan yang digunakan untuk menjahit (DISINI). Sekarang, mari kita mengambil ukuran baju pula... Ukuran ini sangat penting kerana jika tersalah ukur akan menyebabkan baju kita terkecik atau terbesar.. Kalau terbesar tidak mengapa sebab boleh 'oter' semula.. tp kalau terkecil.. payah pula nak 'oter'.. kena cantum2 kain pula.. Jadi berhati-hati semasa mengambil ukuran.. =)

1. Lebar Baju : Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung tulang bahu kanan.

Ukuran Lebar Baju












2. Labuh Lengan : Ukur ke pergelangan tangan mengikut labuh lengan yang bersesuaian. Nilai sebenar labuh lengan ialah labuh lengan tolak lebar bahu.

Ukuran Labuh Lengan












3. Bukaan Tangan : Ukuran lilitan hujung pergelangan tangan.

Ukuran Bukaan Tangan












4. Keliling dada : Ukur lilitandi bahagian dada yang paling besar dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.

Keliling dada













5. Labuh Baju : Ukur dari bahu hingga ke paras labuh yang bersesuaian.

Ukuran Labuh Baju














6. Keliling Leher : Ukur lilitan di pangkal leher dan masukkan satu jari untuk kelonggaran.

Ukuran Keliling Leher














Ok..Sampai di sini dulu untuk ukuran baju.. selepas ini ukuran seluar pula ye.. =)


Khamis, 9 Ogos 2012

Jahitan Baju Melaju Cekak Musang - Bahan

Jom belajar...

Ok.. Selepas kita berkenalan dengan bahagian baju dan seluar baju melayu (DISINI).. Sekarang kita perlu tahu bahan-bahan yang digunakan untuk menjahit baju pula...

Jenis fabrik

Anggaran fabrik :

Anggaran juga mengikut saiz badan seseorang...

Bahan jahitan

benang mengikut warna baju
Butang untuk baju

Kancing dan palang untuk seluar
zip seluar
Balkrum : digunakan di bahagian pinggang
Stafflex : Digunakan dibahagian pinggang sebagai ikatan
Interfacing : rupa dan warna sama seperti stafflex tapi strukturnya lebih lembut.
- dilekatkan diantara pakaian dan lapik untuk mengeraskan

noted : Selepas ini, kita mengambil ukuran pula.. =)

Jahitan Baju Melayu Cekak Musang - Pengenalan

Jom Belajar...

Pengenalan kepada Baju Melayu Cekak Musang..

Bahagian yang perlu ada pada Baju Melayu...




Bahagian yang perlu ada pada seluar Baju Melayu..



noted : nantikan cara seterusnya =)... Selamat berkongsi ilmu =)